Tudung kanak-kanak

Masker Air Beras

Sejak zaman sekolah menengah lagi saya suka guna air beras untuk dijadikan masker pada muka. khasiatnya untuk mengecilkan liang pori, memutihkan, melembutkan dan mengencangkan kulit muka

Pernah entrykan dalam entry yang lepas-lepas tapi tak letak gambar. entry ni ada contoh air beras yang digunakan tu. harap membantu. 

Saya tahu pasai air beras ni, selepas terbaca ruangan petua dalam majalah Seri Dewi Keluarga kepunyaan mak. sejak dari itu hingga sekarang saya masih amalkan pemakaian masker air beras ni. hasilnya seperti yang dinyatakan di atas. tapi bab putih tu, saya ni bukannya putih mana pon. tapi rasa lah perbezaannya selepas pakai masker air beras tu. paling penting sebab kaedah ini sangat lah murah dan paling senang cuma nak kena bersabar sikit lah. sebab apa? sebab nak kena tunggu air beras tu mendap ke bawah dulu. just guna pati yang likat tu nanti. 

Caranya : basuh beras macam biasa
simpan air bilasan pertama dalam bekas lain. ketepikan
biarkan sampai kesemua patinya mendap ke bawah. pastu buang air yang tak diperlukan
pastu boleh lah guna/ sapu di muka. selepas sapu ke muka biarkan kering dengan sendiri
kendian basah jari dengan air dan gosok perlahan-lahan sehingga kesemuanya tanggal.
cuci dan bilas muka macam biasa. 

contohnya kalau saya nak guna malam nanti, pagi atau tengah hari tu dah gigih simpan air beras ni. baru dapat pati yang pekat. bila pakai, melekat lekat kat muka. masa nak kering tu, rasa tegang/ cekang je kulit muka.
TAPI AWAS.. jangan biarkan air beras lelama di situ. contohnya ko biarkan air beras tu semalaman, esok pagi ke tengah hari baru nak guna. dia ada bau lah sikit. tau, kan ! bau air beras masam macam mana. tapi kalau saya, ok je kalau nak guna. sayang punya pasal. selalu jugak terjadi sebab FAKTOR LUPA. ahhahhaaaa 

In shaa Allah, bila selalu amalkan, akan dapat rasa perubahannya nanti.




10 Comments

  1. Ohh... kakak baru tahu petua ini
    Terima kasih CikSu

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pulak saya simpan air beras ni CikSu. Boleh bertukar jadi macam tu sekali ke?

    Ni memang paling senang nak buatkan Ciksu. Takda modal pun. Yang penting hasilnya memberangsangkan!

    ReplyDelete
  3. pasni boleh cuba neh.dari dulu nak buat,selalu lupa je nak simpan air beras

    ReplyDelete
  4. banyak produk2 kecantikan tu guna ir beras jugak..kan>?

    ReplyDelete
  5. this really helps! ^^ fae nak cuba tapiiiii .......

    ReplyDelete
  6. kita dulu ada je amalkan. tapi x tunggu mendap pun. haha..
    sekarang air beras buat jirus pokok. hehe

    ReplyDelete
  7. dulu2 rajin juga buat, sekarang dah makin malas pula akak hehehe

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi buat gini.. selalunya saya terus basuh muka dengan air bilasan beras tu.. Nanti saya nak try cara ciksu pula.. mesti lagi halus..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)