Tudung kanak-kanak

GANTI LCD NINETOLOGY

inilah SEBAB utama balik kampung ari tu. Hp kesayangan dapat pelepasan sudah. Huhuhu.. setelah 2 bulan tak dapat belek segala memori yang dirakam dengan hp ni. RINDU.. Sebulan kami berpisah. macam-macam rasa dok ada. Masih ada harapan atau tidak selepas ini. Hanya DOA dipinta, semoga semuanya dipermudahkan.. Alhamdulillah.. syukur.. inilah hasilnya.. penantian satu penyiksaan.. hohoho.. 

Terima kasih Allah kerna permudahkan segalanya..
 terima kasih my dear kerna memahami..
nampak !! dah boleh on.. 

terima kasih rayxon kerna berjaya siapkan tugasan yang diberi. Sebulan tunggu.. dapat sebulan ja warranty 

kadang sakit ati juge dengan rayxon ni tau sebab die bukannya nak bagitau ape-ape progress. 2 minggu awal memang tak kesah sebab baru lepas raya. Memahami situasi beliau juge. tapi bila masuk minggu ketiga mula lah risau. bila tanya kata lagi seminggu. lepas seminggu die diam lagi. tanya lagi katanya lagi 2 ari. aiii.. memang sabaq je lah dengan rayxon sorang ni tau ! nasib ensem pastu sopan jek die layan customer :-) mulut die asyik "sorry ye kakak, abang.." patlima kali
masa pergi ambil hp memang bebel juge kat die. luahan perasaan gituu. 

walauapepon tetap berterima kasih dengan rayxon sebab die berusaha juge. merata kl dah pusing cari. low yat dah pergi, pertama complex pon dah pergi.. wangsa walk pon pergi.. call sana sini tanya.. rata-rata semuanya geleng pale. cakap susah mau cari lah. itu lah  ini lah.. sampai aku sendiri redha. kalau ade rezeki, ada lah nanti. just usaha dan doa je yang mampu.. 

masa ke aman central ari tu, main redah jek. dekat tingkat 4 tu memang khas untuk hp2.. bila tanya semua pon tak boleh. memula tanya rayxon, die bagitau harga, pastu pusing cari lagi. tapi hampa. selepas diskas dengan my dear, kami pilih rayxon. 

kenapa pilih rayxon ? sebab die berani ambil risiko nak cuba. walaupon harga yang ditawarkan agak mahal daripada sorang lagi mamat yang my dear deal sebelum tu.. lagi satu memandangkan kami tak tahu nak ke sana. pasrah je lah suruh rayxon . 

so, kalau nak cari rayxon boleh whatapps die.. 

hantar hp 9/7. masa tu ari raya keempat. 12/8 baru siap. gambar semua baik-baik aje. 

walaupon dah dibagitau harga untuk tukar lcd hp tu sangat tak berbaloi tapi aku tetap juga nak gantikannya. Nak diikutkan harga tu dah boleh beli hp baru. Aku tak kisah. Apa yang aku kesah, hp tu boleh back to normal. GAMBAR RANIA KESAYANGAN LAGI BERMAKNA ... 

Lepas ni kene lelaju buat apa yang patut. selesaikan seperti apa yang dirancang. Semoga dipermudahkan hendakNya. Aamiin.. 


4 Comments

  1. Ini namanya kenangan tak boleh dijual beli kan..Alhamdulillah dpt juga penyelesaian akhirnya..cepat2 buat photobook ciksue..moga kenangan rania membesar dpt dipotretkan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah!

    Selesai juga masalah hp CikSu tu ya. Yalah, kalau ikutkan harga membaiki, lebih baik beli baru. Tapi kenangan yang tersimpan di dalam tu yang lagi mahal dari harga nak repair hp tukan!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...selesai juga masalah ye ciksu, syukur dapat balik gambar2 yang ada dalam hp tu

    ReplyDelete
  4. Alahai.. sian ciksu..
    Mujur dah ok ye..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)