Tudung kanak-kanak

Menu Waktu Berbuka Minggu Pertama Ramadan 2016

 seminggu berlalu. macam mana ramadan tahun ni ? harapnya berjalan lancar lah ye. sepanjang seminggu berpuasa ni, cuaca pon seakan memahami.. alhamdulillah (",)

mmmmm, tak de ape pon nak dikongsikan.. entry ini hanya lah catatan biasa pada ramadan kali ini. tahun ni rasanya menu hanya ala kadar. masak sesimple yang boleh. boleh dikatakan sehari waktu berbuka kami berdua hanya masak dan makan sejenis lauk sahaja. macam tak percaya je tapi bila diingat2 balik, betul lah.. memang satu lauk je yang ade. bila masak macam ni, baru lah tak rambang mata masa nak makan nanti, kan!! fokus pada lauk yang ade jek. baru lah tak membazir. hiks. menu macam biasa lah masak versi anak. lebey kurang gula, garam.. pepandai lah makpaknya... 

tapiiiiiiii..

bila balik berbuka di kampung.. haaaaa.. amek kau, penuh meja, sampai nak letak pinggan untuk diri sendiri makan pon kene curi2 jek. penangan bila berkumpul ramai2, kan!!

 6/6/2016
menu first day waktu berbuka, ayah rania yang masakkan sebab ummi tak de mood, penat tawaf cari kedai repair hp. berbuka pon just jamah kurma dengan susu kambing jek. tak da selera nak makan. same juga time sahur. makan kurma dengan oat. terkenangkan nasib hp hu hu hu
- nasi putih
- ikan terubok bakar
-air asam 

7/6/2016
kene masak sebab ayah rania kerja. menu simple untuk ummiayah. untuk rania masak nasi putih, ikan bawal emas bakar. berselera rania makan ikan bawal emas tu. 
- kue tiaw goreng
-kuih pelita (beli) 

8/6/2016
-nasi beriani 
-kari kambing 
-kuih vadei (beli)

9/6/2016
malam tu nak gerak balik kedah, kari kambing masih berbaki, just bancuh tepung, mari lah kita menjala.. ahaaaaahaaa


-roti jala
-kari kambing
- terung bakar

balik kedah berbuka dengan my family. balik naik bas jek. boleh relax2 sikit. bertolak malam, ngam2 sampai kampung dah habis waktu sahur. sebabnya bas lambat lah. ikut jadual 11:05, pastu kata pukul 11:20, sudahnya 12:05 baru nak gerak keluar hentian. ho ho ho

Rania yang dah bosan tunggu bas. mula lah ke hulu ke hilir berjalan

10/6/2016
- nasi putih 
- kerabu tauge dengan pelam epal
-gulai ikan rambai
- ayam goreng daun kari
- sambal ayam
- kuih muih (beli) 

11/6/2016
- bihun sup kedah
- nasi putih
- ayam golek
- gulai ikan talang (chik bagi)
- kerabu kaki ayam (angah bagi) 
- kuih muih (kuih talam, karipap, seri bulan, pulut udang, masalodeh, kuih abok2)

petang kemarin selamat sampai kl. sampai kl ngam2 waktu Asar nasib lah dah siap2 bawa bekal ayam golek dari kampung.. special sebab adik no 4 yang buat. dia jual ayam golek di PARAM. bawa juga sambal ayam mak masak. selepas habis ngaji, mak sempat pergi beli pulut udang. balik rumah just masak nasi beriani, nasi dah masak, masukkan sekali ayam golek tu. hiks. then bakar pulut udang. sap sap soi dah siap semuanya. senang khoje den ;)

12/6/2016
- nasi beriani
- ayam golek
- sambal ayam 
- pulut udang 

6 Comments

  1. Roti jala tu...lama tak makan...

    ReplyDelete
  2. Apa pun memang paling meriah kalau berbuka puasa di kampung ramai-ramai dgn mak-ayah lagi pasti makan apa pun sedap belaka. Rania tu tak mengantuk dah malam-malam masih berjalan-jalan hihi... senang dah nak jaga tak sama dulu balik masa baby ingat tak CikSu. Kakak teringat entri dulu tu.

    ReplyDelete
  3. Ciksuuu cantiknya buat roti jala. Hari tu Nani buat tak berapa nak jadi. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. Makin lama makin bertambah menu berbukanya Ciksu ^_^

    Saya satu family pun memang berbuka dengan apa yang saya masak aje. Takda beli kuih-muih pun sebab anak-anak dan suami bukan suka sangat makan kuih.

    Tengok roti jala tetiba teringin pulak! Cicah kari sedap ni. Tapi kari dah beberapa kali jadi hidangan berbuka...

    ReplyDelete
  5. meriahnye menu...roti jala tu sama menu dengan saya tapi saya hari ke7..cuma roti jala ke sempat snap gambo

    ReplyDelete
  6. ingat hari ni rasa nak wat roti jala jugak... hihkhik.. selamat berpuasa...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)