Tudung kanak-kanak

Karipap Inti Kentang Menu Minum Petang Rania

Karipap Inti Kentang Versi Baby

punya lah lama tak menguli tepung untuk buat karipap. tetiba angin rajin bertiup kencang. gigih bin gagah dengan jayanya siapkan dohnya. sambil uli tepung, sambil melayan Rania uli tepung juga. iols pandai buat karipap guna acuan jek, kalau kelim sendiri, entah bila tahun baru siapnya. hiks. pakai acuan laju jek siapnya. makan pon laju jugak. keh keh keh. 

nak dijadikan ceghita, dah lama tak buat karipap, punya lah hazabedah iols selongkar lemari carik acuan karipap tuh. rasanya pat, lima kali gak duk kuaq masuk stor cari. memang lupe sungguh kat mana simpannya. dah puas cari tak juge jumpe. padahal rase macam dah nampak kat mana simpan tu, cuma tak boleh nak ingat. makan masa sejam juga dok mencari. aiyokkk !!! kussss semangat nak buat karipap hari tu. tarik napas, hembus napas... tup2 terjumpa jugak. haiiissshhh.. 

rezeki Rania lah dapat makan karipap ummi buatkan di usia 1tahun8bulan. hew hew hew.. 

ummi buat karipap inti kentang jek (",) bila2 nanti, nanti lah.. kalau mai mood ghajin lagi, ummi buatkan inti keledek plakk. setakat ni kentang, memang pebret Rania. Rania sebut UBi

untuk inti kentang
kentang potong dadu rebus. ketepikan
tumis daun kari + bahan kisar (bawang besar, putih, halia & udang kering).. naik bau
masukkan isi ayam
masukkan rempah kari & serbuk jintan manis.. biar garing
masukkan kentang, kurma & air 
sesuaikan rasa, biar kering. tutup api. 

siap...
 inti kentang + ayam

untuk dohnya : 
minyak + butter panaskan
tepung gandum 
air sejuk 
... uli, bulat, canai, tekap atas acuan, isi inti ...
dengan inti secoet tu, dapat lah 8 ketoi karipap untuk Rania. buat frozen juga. senang, nanti nak makan goreng. ummiayah makan karipap inti serunding ayam jek. 

Rania suka karipap. makan sebiji karipap pon kemain lama. 



12 Comments

  1. wah! dah besar rania...dah lama bunda tak singgah sini... nak karipap satu..

    ReplyDelete
  2. Wahhh diam tak diam besar dah dia... Nampak sangat Aunty dah lama tak datang singgah sini... :-)... Sedap karipap tu...

    ReplyDelete
  3. Kita suka makan karipap.... tapi kalau buat karipap, habis intinya separuh masuk mulut dulu... kulit karipap tak siap lagi!

    ReplyDelete
  4. waaah sedap.! rajin sis =) hehehe apa pun buat sendiri mmg puas hati

    ReplyDelete
  5. Cedapnyeee rania makan..
    Kalo safiyya makan karipap..dia makan yg hujung je..inti x sentuh

    ReplyDelete
  6. dah lama plan nak buat karipap tapi tak buat-buat..punyalah pemalas kan

    ReplyDelete
  7. Bukan Rania je yg suka tau Cik Sue... mak pun suka ni. Tapi nak buatnya nauzubillah malas sungguh!Haha...

    Untunglah Rania dapat rasa karipap tangan umi

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaa tengok Rania makan karipap. ummi Rania rajin

    ReplyDelete
  9. bagusnya rania...selera makan nampaknya tu ha, mesti sedap ummi masakkan

    ReplyDelete
  10. pandainya Rania dah makan karipap, anak akak pon layan ubi juga...tapi ubi yang dibegedilkan ajer, ok jugalah sesuai ngan mak dia yang becintaaanya lahai bab uli-menguli ni.

    ReplyDelete
  11. sedapnya..rania auntie nak sikit boleh

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)