Tudung kanak-kanak

Innalillahiwainnailaihirajiun..

Hari ni hari jumaat. jumaat yang penuh barakah. semakin hari, kita semakin hampir ke bulan Ramadan. in shaa Allah, mudah mudahan kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan kali ni (",)

Petang tadi sambil menonton drama Akadku Yang Terakhir, suami dapat berita dari group whatapps blok, katanya ade kematian di tingkat 10. baby perempuan berusia 5 bulan, meninggal dunia time tidur ketika berada di rumah pengasuh. now, baby di HKL untuk post mortem. al-fatihah.

Baru sebentar tadi (10:49 malam) tengah tidurkan Rania, tetiba bunyi message di whatapps group sekolah menengah saya pula. berita kematian juga. adik kawan baik saya semasa di sekolah menengah meninggal dunia. Allah Hu Akhbar. kemalangan berlaku di highway utara selatan berdekatan restoran jejantas ayer keroh. arwah dalam perjalanan pulang ke Johor untuk bertemu isteri di sana. sekarang arwah tengah berkursus di kl. balik hujung minggu berjumpa isteri dan arwah juga anggota tentera, unit 9(RAMD). arwah tua setahun daripada arwah adik saya yang meninggal.. khabarnya urusan post mortem akan dibuat pada jam 8:30 pagi esok. al-fatihah

*Updated: boleh baca berita di SINI

Dengan ini, saya minta jasa uols yang baca entry, sesama mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan hendakNya. aamiin. in shaa Allah, kedua dua jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Jitra dan Pendang, Kedah.

Perasaan saya sekarang ni, rasa macam nak terbang balik kedah, jumpa my bff. sayunya hati ni, memang tak tertahan. call dia tadi, dapat cakap.. saya paham kesedihannya. lagipon my bff kehilangan ibu sewaktu kami berusia 20 tahun ;-( 

Allah Hu Akbar. 
sesungguhnya kematian itu pasti. bila dan bagaimana sahaja tidak kita ketahui. itu semua rahsia Allah. 


11 Comments

  1. alfatihah moga arwah di tempat kan di tempat yang mulia di sisi allah...

    ReplyDelete
  2. Al fatihah. Salam takziah untuk keluarga baby dan bff ciksue.. Akak pon sensitip juga kalau dengar excident2 ni..

    ReplyDelete
  3. mati itu pasti... peringatan untuk diri sendiri gak...

    ReplyDelete
  4. Ikatan yg terpisah dgn kematianlah yg paling menyedihkan CikSu
    Namun perpisahan satu inilah yg tak dpt kita nak elak.

    Semoga semuanya redha dan yg pergi tenang di sana.

    ReplyDelete
  5. Salam takziah ciksue..hidup pasti mati..kita yg hidup ni kena teruskan hidup kan.Semoga urusan kedua2 jenazah dipermudahkan hendaknya

    ReplyDelete
  6. Alfatihah! Bila mendengar tentang kematian ni, memang rasa insaf tiba-tiba.

    ReplyDelete
  7. Alfatihah....ajal tu bila bila ajekan cik sue... Takut rasanya

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)