Tudung kanak-kanak

Gulai Pucuk Johar sedapppppp

u'olls pernah makan gulai pucuk johar, tak ??? sy pernah post entry berkaitan gulai pucuk johar ni dulu, dimakan dengan ketupat daun buluh
 sape pernah bace entry tu tau la kot. 

 pokok pucuk johar ni tumbuh sendiri rasanya sebab area padang dekat rumah sy di kampung banyak. kalau tak salah sy, dulu ade sepokok je pokok pucuk johar ni. belakang reban ayam. lepas dah tebang, tumbuh merata la pulak. baru ni balik, rata rata ade pokok ni. baru nak tumbuh. kemain banyak lah pucuknya. 

ni lah rupe pucuk johar. pucuk johar ni kalau uolls nak tau.. pahitnya leh pejam pejam mata oke. bagi sesiapa yang tak tahan makan pahit, rasanya memang tak makan la kot. he he he. sebelum di gulaikan pucuk johar tu, selepas dipetik pucuknya, cuci bersih, kendian rebus dan salin airnya 4,5 kali. tujuannya untuk kurangkan rasa pahitnya tu. tahap pahit yang diinginkan tu, terpulang lah, ikut selera memasing (",)


 bahan hiris, kisar
serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih, bawang besar, cili merah, cili hijau, belacan

ikan temenung/ ikan kembung
rebus dan ambil isinya

masak rempah atas api
masukkan santan cair & santan pekat
pucuk johar 
isi ikan
asam gelugor
perasa dengan garam & gula sesedap rasa
siap


ni gabungannya yang serashi bershama..
sambai belacan, pucuk mengkudu & gulai pucuk johar.. perghhhhh.. bertambah2 makan nasinya.. kalau ade ikan gelama masin pon sedap ni. 
.. nyum.. nyum.. 


9 Comments

  1. tak tau laa ...akak baru pes time bace nie...tgk daun ala2 pokok turi tapi turi kecik sikit daunnyer....tapi yg pasti akak tau makanan ni sedap...siap digulaikan dgn isi ikan hah.... ni dpt ngan nasi panas2, sambal belacan, ikan goreng garing2...cukup dah pada akak...boleh bertambah oiii ....

    ReplyDelete
  2. Pucuk johar pestime ni dengaq..rupanya lg la tak tau.tak tau la sy ni boleh makan ke tak..jenia tak reti jugak nk makan benda pelik2 ni.haha..

    Tp nmpk macam sedap je sbb masak gulainya ala2 masak lemak org pntai timur kan..guna isi ikan.

    ReplyDelete
  3. perghhhhhhhhhhhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. first time dengar nama pucuk ni..tapi bila tgk cik sue masak..terus rasa nak makan

    ReplyDelete

  5. K nrl x pernah lg rasa gulai pucuk johar ni...

    ReplyDelete
  6. Kali pertama dengar nama pucuk johar ni. Maklumlah saya ni memang tak kenal sayur-sayuran kecuali yang biasa tengoklah. Nasib baiklah saya tak makan sayur, makanya takdalah terliur mana, Ciksu!

    ReplyDelete
  7. baru pestime akak dengar nih, apatah lagi makan memang tak pernah

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)