Tudung kanak-kanak

Big Kids, Aeon Big Wangsa Maju

Alhamdullilah.. selamat sampai key el pukul 5:45 pagi tadi.. sebulan di kampung.. puassss baq hang !!

selepas Asar keluar JJCM di D’ Pendang, Setiawangsa.. ummi order roti canai & nasi royale, roti telur untuk Rania, bihun sup untuk ayah.. pastu ke Aeon Big Wangsa Maju beli barang dapur.. masa nak balik nampak kedai baru buka.. muka happy sebab sebelum ni kurang seronok ke sini sebab habuan untuk Rania tak ade.. 

sekali ade ni haaa.. BIG KIDS.. wahh. suke...suke.. 
kebetulan masa lalu tu dorang tengah buat happy hour.. katanya just bayar RM12.50.. boleh main sampai time dorang nak tutup.. lebih kurang sejam jugak la.. kalau tak harganya RM15.. 

sambil teman Rania berseronok di BIG KIDS.. tanya la juga staffnya.. 
katanya baru sahaja di buka pada RABU MINGGU LEPAS.. IN SHAA ALLAH maybe lepas ni dorang akan buat pakej.. sekali masuk RM25 untuk sehari, boleh keluar masuk ikut suka hati asalkan tak tanggalkan sticker yang dorang tampal tu..
ibu/ayah boleh teman anak bermain di dalam.. 
syaratnya kene pakai stoking laaaa.. nasib tadi ummi dengan Rania siap berstoking.. so, terus aje bayar untuk Rania.. kalau tak pakai stoking tak pasti boleh beli dengan dorang atau tak.. 

akhirnya ade juga tempat beriadah di Aeon Big, Wangsa Maju.. 
ok lah, kan.. daripada tak ade langsung.. ye dakk !!! not bad laaaa tempatnya.. memang nampak Rania enjoy and happy je tadi.. sebelum ni dok plan nak ke 
 Kids Paradise, The Mines tapiiiii macam jauhhhh jek.. maka asyik le dok postpone dari sehari ke sehari..

banyak ruang yang anak2 boleh teroka.. 
walaupon tak luas mana.. in shaa Allah, anak2 puas hati dan happy..
 ini kira reward untuk Rania sempena 1 tahun 8 bulan hari ni~ 10/4/2016

ini ruang main pasir sintetik.. tak bagi pon Rania main sini sebab risau Rania bukan nak main sangat tapi dok kutip pasir masuk mulut pulak kang.. 

boleh lompat2 yang bahagian belakang tu.. bila tak ade orang, baru try letak Rania..
risau bila lompat dengan budak2 lain.. lagipon Rania tak teruja nak lompat-lompat.. hiks.. 

 paling disukai.. dekat-dekat nak balik lagi syiokk Rania dok ulang naik.. tetiba je.. masa awal2 tadi, takut2 

tengah gigih meneroka

laju je lari 

pandai pulak meniti.. slow slow langkahnya.. 

ini yang paling Rania teruja.. puas ummi jerit suruh duduk.. risau je tengok.. 

pelan-pelan duduk

yeayyyyyy..

memang puas hati

berenang renang dalam lautan bola biru putih.. awal2 tadi terus masuk sini dulu.. Rania takut.. muka nak nangis dah.. tetiba je.. mulut dok berzikir panggil "miiiii.."
 lama2 pandai suaikan diri.. asal ummi dekat je suruh "piiii.." amboii sangat, kan !!! kemain eksyen bila dah happy erkk.. 

bila dah seronok main, time nak balik, bila ajak keluar mula buat drama air mata.. aduhhh.. ni yang tak mo ni.. next time kita singgah lagi, oke !! 

perkembangan Rania diusia 1 tahun 8 bulan

~ berat still 11 kg
~ dah pandai sebut miawww, ayam, itik, ummi ayah, tok, wan, bas.. banyak lagi la perkataan baru
~ dah mula kenal orang.. means kalau sebut tok, wan, ummiayah.. laju je Rania tunjuk sambil sebut balik.. tadi masa nak makan, Rania tengok frame gambar kawin ummiayah.. laju je sebut ummi.. ayah.. sambil tunjuk.. lagi satu, kalau orang lain tolak troli comfirm Rania panggil "miii..." pastu mulut dok suruh orang yang tolak troli tu "piiiiii.." 
~ dah boleh sebut 2 perkataan sekaligus "mai... duduk.." lawak je time ni.. 
Rania akan panggil sesiapa datang duduk dekat dia.. termasuk lah kucing2.. kucing tak datang kemain marah.. adoiii.. 
~ kalau makan dah boleh rasa yang mana pedas, masam, panas.. dah tahu kenapa Rania tak suka minum Caliph.. masam.. asal bagi je.. laju je sebut "asssamm.."
~ ummi perasan sepanjang di kampung, lagi cepat Rania belajar sebut perkataan2 baru dan kenal benda baru.. maybe ramai orang melayan + suasana di kampung.. 
~ pandai dah tukar slang kedah.. hiks.. sebelum ni bila nak air sebut "air" tapi 2,3 hari lepas jap2 sebut "ayak" (ayaq).. lagi satu.. "aann nak" dah tukar jadi "aann mau" 
~ mentang2 ummi dah ajar free diapers, sekarang bila waktu malam nak pakaikan pampers, kemain ambil pampers campak jauh2.. mulut laju je sebut "aann mau"
~ peel baru.. sebelum pakai baju punyalah payah nak pakaikan.. tapi bila nak tanggalkan baju sama jugak.. kemain payah nak bukakan.. kadang tu siap 
nangis.. apa yang sentap sangat pon tak tau laaaaa.. ade je.. 

anak ummiayah dah besar.. lagi 4 bulan nak masuk 2 tahun.. kejapnya rasa.. doa ummi ayah.. semoga Rania Mohamad Raziz membesar dengan sihat, cergas, bijak, jadi anak solehah, taat perintah Allah, dengar cakap ummiayah, rajin solat, lembut hati, berjaya di dunia dan akhirat.. aamiin..

8 Comments

  1. waaa..seronok rania bergolek dlm ball byk2 tu..

    ok dah tu brt 11kg..

    kak fsya umur 8y baru j berat 17kg.. huhu

    ReplyDelete
  2. lepas ni senang la mak2 bershoping,apak budak jaga budak kat big kids hahaha

    ReplyDelete
  3. bagus kecik2 ummi dh ajar free diapers yek..anak akak yg sulung 3 thn lebih br start..yg zareef lagilah 5 thn ni br berjaya free sepenuhnya..caiyok.rania..hehehe

    ReplyDelete
  4. bagus tempat2 mcm ni bawak dorang. tapi kena pergi time tak ramai orang. takut nanti anak kita kena lanyak dengan budak lagi beso. kecuali anak kita dah beso sikit dah boleh 'gaduh' dgn orang. boleh bawak ke sini time peak hour hihihi.

    good girl rania. makin besar makinnnn bijak. memang dorang kalau dah mula free diapers. dorang xmo dah pakai pampers. mungkin rasa xselesa kot

    ReplyDelete
  5. Suka sangatlah si Rania tu dapat main kawasan luas gitu....
    Dapatlah umi layan hp sekejap hihi

    ReplyDelete
  6. wah dah nak masuk 2 tahun dh rania.betul kejap dunia sekarang berputar kan.rania pun dh pndai macam2.ciksue dh ajar free diapers ye..bagus..dah pndai cakap rania ni..kelass tau cakap utaqa.hehe

    ReplyDelete
  7. oh rania! cepat nya awk besar syg...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)