Tudung kanak-kanak

Caliph - Sunnah Supplement Untuk Anak

CALIPH Sunnah Supplement untuk Rania ku sayangggggg ;-)


CALIPH Sunnah Supplement merupakan makanan tambahan dalam bentuk jus yg diperbuat daripada buah-buahan sunnah dan diperakui sangat berkesan dalam membantu merangsang fungsi otak kanak-kanak. sudah semesti rasanya sedap, berkhasiat & sihat !

Terdapat 7 kelebihan CALIPH Sunnah Supplement. Antaranya :-
  
  • Meningkatkan antibodi
  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Membantu tumbesaran
  • Mengekalkan kesihatan
  • Mengelakkan sembelit
  • Meningkatkan fokus
  • Mempunyai kandungan 6 Buah Hebat yg memberi impak tinggi kepada sesiapa yg mengamalkannya (",)

Kandungan CALIPH Sunnah Supplement:-

  • Kurma
  • Kismis
  • Madu
  • Delima
  • Buah Tin
  • Aprikot
  • Omega 3
  • Omega 6


Duta CALIPH - Food Supplement For Kids


Nampak !!!! Duta CALIPH yang dah tak sabar nak minum CALIPH sebagai supplement baru..

pertama kali nak bagi, agak mencabar.. entah la, Rania macam tak suka je daku tengok.. tapi daku suka CALIPH ni. rasanya masam manis buah-buahan dan sedap tapiiiii lagi suka supplement sebelum ni.. sebab Rania memang serasi sangat + lagi mudah nak bagi minum. tanpa ada drama waktu pagi atau malam. drama tu maksudnya, masa bagi supplement lama, asal tuang dalam sudu, laju je sua mulut nak mamam. bila bagi Caliph ni, mak aiiiii.. kemain dramanya. geleng kepala la, lari sana sini la, kemam mulut la. pendek kata ade je cara Rania nak elakkan diri daripada umi suapkannya.

walaupon payah Rania nak terima pada mulanya tapi bila dah mula bagi Rania dah suka. suka kejap tu je.

sekarang, dah hampir sebulan amalkan CALIPH, apa yang daku perasan.. RANIA memang tak SUKA LA. MAKIN HARI MAKIN PAYAH NAK BAGI RANIA MINUM. sudahnya daku bancuh dengan air putih je, letak dalam botol, bagi minum. nasib mau minum.

WALAUPON ADA HARI NAK MINUM CALIPH ni tapi selera makan Rania sentiasa ada.. tak ada masalah sembelit, setiap hari ada je words baru yang nak disebutnya.. bila umi sebut, Rania ikut..



ppssstt: ada sesiapa antara uols bagi supplement ni untuk anak ??? meh la share tips untuk bagi anak suka minum Caliph ni..

21 Comments

  1. Tak pernah bg lagi kat anak2 akak..tp zareef dh mula terpengaruh tgk iklan kat tv..asyik tanhs mama bile nak beli..hehehe..nway, besar dah rania kan..^_^

    ReplyDelete
  2. Alalala Rania...baru nak suai kenal ya sayang....

    ReplyDelete
  3. anak MV minum ni..syamimi mula2 tak suka minum..lama2 dia suka siap nyanyi..mama nak caliph adik suka caliph...dia selalu tengok iklan .......sebab tu makin hari makin suka caliph ni

    ReplyDelete
  4. sy bg scotts pun susah adam nk telan..seksaaaa..huhu

    ReplyDelete
  5. anak2 sy memang tak bg apa2 supplemen.dulu bg jugak la vitamin champs tu.Skang ni bg makanan berkhasiat air tangan ibu saja.haha..Alhamdulillah la dua2 memang jenis selera makan..sembelit pun tak pernah.haritu je sekali afia kena sembelit.tu pun pasal dia suka tahan berak

    ReplyDelete
  6. saya bagi...tapi memang ye yang kecik mmg tak nak..yg besar je mkn..huhu..

    ReplyDelete
  7. akak tgk fynn jamal bagi juna mkn pun byk perkembangan baik.... tu laa sue, ape yg terbaik utk anak kite try utk usahakan kan ....in sya Allah moga rania membesar menjadi anak yg bijak dan sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  8. akak tgk fynn jamal bagi juna mkn pun byk perkembangan baik.... tu laa sue, ape yg terbaik utk anak kite try utk usahakan kan ....in sya Allah moga rania membesar menjadi anak yg bijak dan sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  9. Hihi... akhirnya Rania mengalah ye. Umi lagi bijak dah masuk botol kena minum juga. Nasib baik dia nak hisap masuk botol tu CikSu.

    ReplyDelete
  10. Bagus kan produk macam ni vagi untuk anak anak:)

    ReplyDelete
  11. bagus produk seperti ini banyak dari sumber pemakanan sunnah

    ReplyDelete
  12. olorr..tomeynya rania...
    mmg bgus calip ni..

    ReplyDelete
  13. Dlm perancangan nk bli kn untuk zara juga. Sbb dia sekarang dh kurang mkn.

    ReplyDelete
  14. SORRY LAMA MENYEPI.... BZLAH SKRG X SEMPAT UPDATE BLOG, AMIR PUN MINUM NI SKRG SEJAK DR BULAN DISEMBER HARI TU... ALHAMDULILLAH SKRG SEKOLAH PENAT ... TP SEJAK AMIR MINUM NI JARANG DEMAM.

    ReplyDelete
  15. Ciksu! Saya pun baru je beli Caliph ni utk bagi kat Luth. Sebelum ni saya bagi Luth Qaseh Junior. Yang tu mmg ssuai utk Luth. Sbb Luth ni ada problem sembelit. Kalau makan Qaseh junior tu, elok la dia membuang. YG Caliph ni saje je nak tukar angin. Tak tau la elok ke tak. Baru je bagi kat Luth malam tadi. Bagi saya, saya suka lagi rasa Qaseh Junior.

    ReplyDelete
  16. ada jugak nak beli caliph ni. tapi harga dia macam mahal sgt pulak tgk huuu. bagi uwais appeton je buat masa ni

    ReplyDelete
  17. alahai rania.
    sib baik la anak2 aida serasi dgn qaseh junior.
    maaf. aida lupa sgt nak respon pasal komen awak di blog pasal qaseh junior.
    terlepas pandang...
    memang payah skang nak cari qaseh junior.
    sebab dia restrict jual kpd ejen aje.
    rasa nya kat kiosk pun susah nak cari yg jual.
    kecuali stok lama-lama.
    takpe. try teruskan rania dgn caliph. in shaa Allah.
    if nak qaseh junior later, just wassap aida ekk 012-6823611.

    ReplyDelete
  18. baru-baru ni Firas dok tanya bila IbuNoey nak belikan dia CALIPH.rupanya terpengaruh dengan lagu dalam TV tu hah.tapi tak tau lagi bila nak belikan dia CALIPH tu.risau dah beli kang tak nak minum lak.sebelum ni dah try bagi Scot,tak nak pun dia.

    ReplyDelete
  19. anak2 akak pun minum juga, takde tips dpt share sebab anak2 akak memang suka makan ubat2 nih

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)