Tudung kanak-kanak

Pelangi Di Taman Tasik Titiwangsa

riadah petang setiap hujung minggu anak beranak.. semestinya ke TTT. kebiasaannya akan gerak ke sana lebih awal. datang awal cari parking je benornya. dah dapat parking tak kisah dah. dah pergi awal, balik pon awal. selalunya jam 630 kami dah sampai rumah.

kalau lewat ke TTT maka jenuh la dok pusing keliling tasik cari parking sebab sabtu ahad memang meriah. setiap pelusuk ada je kelibat orang. macam2 aktiviti ada. sesak jangan cakap la. memang tersangattttttt lah sesak. nak2 dibahu2 jalan penuh denga kereta pengunjung. ikut mana dan je parking asalkan tak halang lalu lintas.

kisah sabtu lepas. 20 februari, 2016


tempat pertama yag dituju. playground ni boleh dikatakan Rania dah puas melenjan, ke hulu ke hilir. jenuh nak ligan. memang umiayah yang letih dulu. Rania wat lek wat pis je.. bersemangat ^_^

kebetulan masa pergi masih panas, so, umiayah bagi naik buai dulu. kisanhya minggu2 sebelum tu jarang dapat naik buai sebab habis dikonker oleh anak2 yang sampai awal. sampai berjanggut tunggu turn nak naik. sudahnya, jom la balik..


dah biasa naik buai ni sejak umur Rania 9m+. just ayun pelan2. gelak ngekek je nanti. suka lettew °_____^

maklum la, Rania memang tak tidur buai. alhamdulillah, sampai sekarang Rania bebas berbuaian. memang niat daku daripada awal tak nak ajar anak tidur dalam buaian. walaupon tiap kali balik kampung ada je orang yang menyuruhnya. daku ada alasan tersendiri, itu yang tak nak.. huhuhuhu


tetiba nampak burung terbang. laju je tunjuk ke atas sambil mulut dok nyebut.


dah boring, nak turun. benornya dok nampak yang depan tu haaaa. nak main. nampak orang lain sonok berlari ke sana ke mari.. nak juga letttew tapi panasssss lagi walaupon dah jam 5 lebih waktu tu..

alih perhatian bawa ke tepi tasik. nak bagi tengok ikan..

jalan punya jalan sampai lah ke sini.. sekali nampak..........












PELANGI..


MASYAALLAH... cantiknya !!!! masa ni terang lagi warnanya..


snap lagi...


lagi....


nak bergambar dengan Rania berlatarbelakangkan pelangi, Rania tak bagi kerjasama la pulakkkk. so, umi sensorang pon jadi ler. kenangan katanya..


sibuk dok cari "semut.. semut "..


ralit nengok ikan.

pelangi makin hilang. ingatkan memang sedia ada. macam lukisan ke ape. skali bila pergi semula nak ambil gambar, tengok2 pelangi makin hilang.

alaaaaa....


suami kata mana ada pelangi dibuat2.. sebab sebelum tu daku dok nengok la juga ke dada langit. tapi tak nampak ape-ape pon. itu yang dok pikir kot2 dorang pasang lampu pa pe ke, kan !!!

tipah tertipu !!!!

memang pelangi betul lah.. nasib ada juga gambar dengan pelangi.. hiks ^_^


habissssss (",)


ppppppssttt: nak habaq ni, sabtu ahad nak datang ni, ada PESTA MAKANAN WARISAN DI TAMAN TASIK TITIWANGSA.....

14 Comments

  1. Betullah CikSu sekarang ni payah nak jumpa pelangi kan
    Kalau di kampung zaman sekolah dulu selalu jumpa pelangi

    #raniasemakincomel:)

    ReplyDelete
  2. mmg nampak terang sangat! huhuhu...seronok budak kecik tu berjalan beriadah yerr

    ReplyDelete
  3. wow nice capture sue...mujur sempat snap dan sempat menikmati rainbow tu.....mesti excited rania kan...sonok layan budak baye rania ni, bawak kemane, main ape2 jek sebab dah bijak...keletah die buat kite seronok...tgk le tu sempat plak intai semut ekekekeekekek.....

    wow ade pesta makanan...syok tu....nanti sue pergi tau buat liputan...snap byk2 ape yg ade...leh akak cuti mata jeeee heheheeheheh

    ReplyDelete
  4. aloo.serononye kalau anak dah bsar.mcm ni..senang nak ajak buat aktiviti

    ReplyDelete
  5. wow...indahnya...terang pulak tu..bukan senang nak tengok pelangi bawah daripada langit kan

    ReplyDelete
  6. Cantik pelangi walaupun x penuh...
    Seronok beriadah gini..

    ReplyDelete
  7. bestla budak sorang tu dpt main..hehe..gaya last tu mcm Adam gak..bila dah habis atau takde..huhu~

    Adam suka tgk budak ramai-ramai, nk main sama tapi dia kecik, asyik kena buli je..tp dia relaks je :p

    ReplyDelete
  8. cantik pelangi tu cik sue..wah rania good girlnya dia...comel lah geram

    ReplyDelete
  9. nasib sempat snap dwngan pelangi..memang susah skang ni nk nmpk pelangi.klu nmpk pun biasanua tak ingat nk snap..

    budak mana yg tak suka playground..time ni memang nmpk muka happy anak2..cantik bila kita abadikan gambaq depa kt taman

    ReplyDelete
  10. cantiknya pelangi...
    budak besar rania memang suka playground..
    saya suka bagi anak2 main di playground sampai penat..
    balik rumah tido malam awal sikit

    ReplyDelete
  11. Seronok bwak ank berjln ke tman kn ciksu.. :)
    Zara blm pnh pergi tmn mcm ni. Hihi..
    Teringin nk bwak jgk nti..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)