Tudung kanak-kanak

Pisang Nangka

hasil tanaman dari ofis ayah rania. alhamdulillah, dah 2 kali dapat merasa hasilnya.

tahun lepas buat kerepek pisang nangka.
sekejap je dah habis. ayah rania la yang suka sangat makan kerepek pisang. kudap2 sambil nonton tibi :)

ini hasil yang dibawa balik pada pertengahan bulan januari baru2 ni.


pisang nangka yang sedap dimakan. 


hasil daripada pisang nangka ittewww..
kerepek pisang, separuh untuk ayah, separuh untuk rania. buat sikit untuk rania. kang nengok ayah dok mengunyah, dia pon lelaju je sebut 
" nak.. nak.. "

actually, suka kalau buat kerepek pisang guna pisang nangka ni disagat panjang2, baru cantik dan puas makan. teringat zaman form 2 dulu, suka sangat beli kerepek pisang nangka ni. sepalastik singgit je. beli di koperasi sekolah. dok lepak tepi kelas makan kepek waktu rehat. 

memandangkan nak cepat lagi mudah sagat bulat2 gitu. laju pon laju. hikhiks. 

ini untuk daku. separuh kongsi dengan jiran. ayah rania kureng. sebab berminyak katanya. orang anti minyak, kan ! tapi kerepek boleh pulak dilayannya. macam2. .


nampak.. panjang, kan ! 


batter yang best. dapat hasilkan pisang goreng yang ranggup dan sedap dimakan. 


bila dah panjang sangat, sampai ambil ruang dalam kuali, maka kita potong dua. tapi macam tak best pula. bila dipendekkan gituuu. 


perghhhhh terbaek sangat bila dapat makan pisang goreng cicah cili kicap tu. boleh habis sepinggan tau tanpa sedar. 

mmmmm... dapnya >_<

11 Comments

  1. CikSu ni... pertengahan 2015lah sayang:)

    Bila dah goreng potong dua pun ok jugalah
    Duduk dlm pinggan pun lebih sempurna.

    ReplyDelete
  2. family saya kalo pisang goreng mmg mkn pisang nangka je.kalo pisang lain memang xmkn ..hehe..

    ReplyDelete
  3. mmg terbaik kalau cicah dengan sambal kicap...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah ciksu.. Nikmat ya amat pisang goreng tu.. Fav sngt. Hihi

    ReplyDelete
  5. wahh kerepek pisang tu buat kudap2an mmg sedap! xsedar habis

    ReplyDelete
  6. Sedapnya goreng pisang tu. mmg nmpk panjang. Subur buahnya.

    Zaman skrg jarang org jual kerepek pisang kat sek kan? Kita dulu mkn tu la kat sek.. Hehe

    ReplyDelete
  7. kannn sama la. suka cicah dengan cili kicap. tak kisah pisang ape pun hihihihi

    ReplyDelete
  8. sedapnya nampak goreng pisang tu.. Ros kalau goreng, mesti tak jadi macam tu. huhu

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin