Tudung kanak-kanak

Perkembangan Rania 15 Bulan

10/11/2015 
15 BULAN

snap daripada buku Mama & Si Manja 


alhamdulillah, genap usia permata hati hari ni 15 bulan @ 1 tahun 3 bulan. bila ditanya suka sebut tahun, tapi bila tulis suka guna bulan. acaner tu ×_× ikut mana senang. hikhiks.

sebelum tu, pada 2/11/2015 buat check up bulanan macam biasa. berat terkini ialah 10.1 kilo.

semakin banyak akal.. semakin lasak.. macam-macam kerenah.. tapiii umiayah makin sayang2222

rutin setiap pagi, bangun peluk "baby". bila umi suruh peluk cium kemain beria peluk cium, bila suruh cium umiayah, huk aloh, malu2 je. tapi rania suka sangat, bila umi duduk datang peluk dari belakang.

makin kenal anggota badan
tiap kali lepas mandi mesti umi test. cuma asyik keliru telinga dengan hidung. rambut, kaki, tangan, perut, gigi dan mata semua pass. alhamdulillah  +_+

paling suka tunjuk perut. sebut je sakit perut, terus tepuk2 perut. ommey anggattt. 

dah pandai cakap sikit2

mulut makin rancak bila umiayah pasang lagu2 PASTI & DIDI AND FRIENDS. sambil tangan pegang remote, mulut bunyi itu ini. siap ikut gaya lagi..

pandai sebut "Nak.."

pantang nampak kita makan, mesti bunyi "nak.. nak.. nak.." selagi umi tak bagi selagi tu dok berzikir. itu yang kekadang nak makan, kena sorok2 sikit. sekarang ni, umi masak semua menu tak letak garam & gula. ikut makan macam rania. lagipon duduk berdua dengan rania, senang nak masak. ayah rania nak diet. menunya asyik rebus & bakar je.

kalau nak susu lagi cepat. kemain dengan tangan2 sekali digunapakai. kalau umi tengah masak di dapur, datang sambil tarik baju, mulut "nak.. nak.."

ada juga sebut "bik.."  "bis.."

ajar sebut umi, disebutnya "mmmmmakkkkkk.." ini dari umur 10m+ lagi kot..

memanjat


ini terkezut. pepandai sendiri tarik kerusi meja makan, pastu berusaha naik, duduk, pastu tadah tangan nak makan. alolo, anak umi dah besar ye, tak mo duduk dalam baby chair lagi erk !

kalau sebelum ni, berani juga tinggal pergi mandi atau solat sambil buka astro oasis, sejak dah pandai panjat kerusi, memang tak berani tinggal. pernah sekali, tengah dok masak di dapur, kemain tarik kerusi, siap duduk atas meja, belek2 bunga buat muka tak bersalah.

urut dada tengok gelagat rania sekarang.


baru lepas solat, sekali pusing belakang, dah siap sedia dah. sendiri tolak kerusi ke tepi sofa. setakat ni baru pandai naik, turun tak berani sebab tinggi, kan ! dok acah2 sua kaki je dulu.

acah-acah nak berlari pulak
atur langkah makin laju. pantang letak bawah. kalau dekat mall, memang jenuh ligan. 


suka buku
bukan setakat buka buku, sambil dok berzikir, tangan selak demi selai sambil tunjuk itu ini. kalau dulu, masa mula kenalkan dengan buku, habis kulit dan isi buku umi di koyakkan rania. sekarang, alhamdulillah dah bijak tapi kekadang kalau geram, ditariknya juga.

menconteng
makin suka. pantang nampak umiayah pegang pen, lelaju nak jug. sejak umur 14m+ lagi dah pandai menconteng. cuma tu la, suka pegang pen tangan kiri. tanya nurse, katanya normal. walauapapon tetap kena ajar guna tangan kanan juga. 

alhamdulillah, anak umiayah semakin membesar..

in shaa Allah 15 Nov, 2015 genaplah usia perkahwinan umiayah yang ke 8 tahun. tahun 2015 merupakan tahun ke 2 sambut dengan permata hati. last year, ulangtahun ke 7, pertama kali merasa sambut dengan rania, waktu tu permata hati umiayah baru berusia 3m+


11 Comments

  1. Wah.. dah macam2 pandainya tu ya.. rania ni good girl.. alhamdulillah rezki Allah yang paling berharga.. tak lama dah tu nak sambut ulang tahun ke 8.. tahniah buat korang.. berjaya harungi detik2 susah suka bersama.. moga bahagia sokmo

    ReplyDelete
  2. bahagia je kan tgk perkembangan anak dri hari ke hari..semoga rania membesar menjadi anak yg solehah :)

    ReplyDelete
  3. Alolo comeynya Rania......
    Ni lah permata hati yg ditunggu tunggu selama 6 tahun yer cik Sue. Akhirnya si comey pun muncul. Manalah umi tak sayang separuh nyawa!!

    Tengok Rania, umi sanggup sediakan mcm mcm puree untuk Rania tau

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar!!!
    pipi dia..geramlah!!!

    pandainye dia panjat kerusi, azra suka juga manjat2
    didi and friends pun dia suka
    azra suka melawa, amek sikat, nk tengok cermin
    antik..antik..

    nak,,nak..amek..habis...umi pun x pandai sebut, panggil mi mi mi
    ayah tula ayat 1st dia
    hihi

    ReplyDelete
  5. Rania dah besarrrrrr, dah banyak ikut iras muka awak la ciksu. umur mcm ni. tengah byk akal memang tak boleh tinggal. kes tu yg mandi pun mandi dengan dia sekali. kerusi semua letak dalam stor. takut anak manjat jatuh tak pasal je huuuu

    ReplyDelete
  6. rasa macam kejap je..dh setaun 3 bulan rania ye..dh pndaiacam2..good girl suka buku..besaq ni kena belikan softbook klu tak memang koyak makan je la kerjanya.hehe

    ReplyDelete
  7. hahahaa.. sakan rania skarang ye.. acik husna lama tak singgah blog umi, tawu² dah setahun pon rania.. huhuhu.. moga membesar dengan sihat..

    ReplyDelete
  8. kejap nya dah besar anak dara ni...alahai....

    ReplyDelete
  9. Comeynyer rania, makin banyak akal ni...kejap je dah besarkan ciksu

    ReplyDelete
  10. good girl rania.
    moga membesar dgn sihat ye darling umiayah...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)