Tudung kanak-kanak

Persediaan Sebelum Buat Bubur Anak


umi mula bagi bubur nasi dekat rania. umi pilih usia 8 bulan sebab nak rania betul2 hadam puri sayur dan puri buah. bila dah hadam, senang nak campur dalam bubur nasi. 

sebenarnya.. terpulang pada ibu masing2, bila masa sesuai nak bagi anak makan bubur nasi. ada yang bagi seawal 6 bulan. yakni saat pertama diperkenalkan dengan makanan pejal dan ada juga yang mula bagi ketika usia 7 bulan. 

jadi.. terpulang. 

beras wangi

umi pilih beras wangi untuk dijadikan bubur nasi sebab wangi je bila masak bubur, lagi satu tak perlu ambil masa yang lama. 


beras di sangai

caranya:
basuh beras seperti biasa, toskan, sangai dalam kuali hingga jadi seperti gambar di bawah. pepandai la agak ye. siap disangai, blend dan simpan dapam bekas kedap udara. letak dalam esbok/ peti ais untuk elakkan daripada berkulat. stok ni sampai rania 9 bulan je sebab selepas tu, masak bubur nasi macam biasa.


stok beras dan slow cooker

umi pilih untuk masak bubur nasi rania guna slow cooker. boleh pilih masa yang diinginkan. low atau high. bezanya masa yang diambil. 

sepanjang sediakan bubur nasi rania, umi guna high. jadi.. tak perlu tunggu lama2. kadang2 buat stok, kadang2 masak hari2. umi pon tumpang makan bubur nasi rania juga. hikhiks.

kekadang tu, guna juga low. masak waktu subuh, ngam2 tengah hari dah elok masak. bubur nasi sedang elok aje masaknya. 


buat permulaan.. memang bagi makan bubur nasi semata. lepas tu baru di campur dengan puri buah dan puri sayur. bila pass puri buah dan puri sayur, umi perkenalkan sumber protein diikuti dairy product, telur dsbnya. ikut penerimaan anak.  

seronok yak mat bila berpeluang sediakan homemade solid food untuk anak ni. enjoy je ^_^

9 Comments

  1. Seronoknya...nikmat...air tangan umi untuk Rania.

    ReplyDelete
  2. Afia dulu mulakan masa bg 7mth plus2 kot..entah tak ingat..tp bubur memang sy masak hari2..pkai gas je..malam tu rendam sesiap beras..esok masak cepat sket dia lembut

    ReplyDelete
  3. Kita belum ada anak..huhu..buat bubur untuk diri sendiri je..hihihi

    ReplyDelete
  4. Wah..mesti Rania seronok sebab ummi dia mesti masak sedap2 nanti kan hehhehe

    ReplyDelete
  5. Umi rania pn tumpng sekali ek hihihi

    ReplyDelete
  6. setiap ibu pasti buatkan y tbaik utk anak

    ReplyDelete
  7. Lissa yang sudah besar ni pun masih suka makan bubur nasi. hehe

    ReplyDelete
  8. Air tangan mak jugak yg terbaik. Seronok tengok bila anak berselara dgn bubur yang kita masak.

    ReplyDelete
  9. slow cooker tu ada.. mmg masa anak mula2 makan dulu excited beli macam2 alat utk memasak makanan dia

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)