09/05/2015
Ya ALLAH ! bila dapat gigit Kuih Kaswi ni kan.. nikmatnya.. Nampak ! Nampak ! mengalahkan ibu mengandung pulak keteringinannya tu.. hahahahaha
Taraaa.. jemput makan
Kuih Kaswi Gandum yang terlajak sedapppp ni..
Haaa.. uols ingat tak
entry lepas yang saya bagitau gara-gara
Kuih Kaswi ni lah saya sakit gigi. tetiba je. boleh tahan penangan sakit gigi. itu sebab pernah dengar kak sepupu cakap, kalau sakit gigi, ada orang dok hingaq-hingaq memang ringan je tangan tu nak boh penampaq. saya jarang nak sakit gigi tapi bila kena sekali. perghhhh !
saya goggle je resepi ni. jumpa resepi Kuih Kaswi yang bahannya sudah
sedia ada di rumah. So, kira jadilah kan. sebelum tu kena buat sirapnya dahulu.
Bahannya:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Daun pandan
Satukan dan masak atas api hingga gula hancur. Sejukkan
Untuk adunan tepung:
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu kecil air kapur
Kelapa parut (muda dan putih) digaulkan dengan garam.. nak
bagi tahan lama kukus sekejap kelapa parut yang digaul tu nanti. Kendian baru
digaul dengan kuih kaswi gandum
Cara nak buat pon senang aje. punyalah tak tahu pon sebelum-sebelum ni, oh ya, saya bukan penggemar Kuih Kaswi. rasanya tak pernah makan kot sebelum tu. gara-gara merasa sikit di rumah mak lang hari tu, terus jatuh cinta dengan Kuih Kaswi..
In shaa Allah bulan puasa nanti boleh la buat lagi.. ala, nak buat sekejap je. just masak sirap, satukan dalam tepung, kacau-kacau bagi sebati. kendian tapis ke dalam loyang yang siap disapu dengan minyak. sebelum tu sila panaskan pengukus anda ye.. kukus sehingga masak.. saya nak tahu dah masak ke belum, saya cucuk dengan lidi sate, kalau masih melekat belum masak lagi la tu..
sila guna pisau plastik bila nak potong dan pastikan kuih kaswi betoi-betoi sejuk sebelum dipotong ye.. jangan
jadi macam saya. Tak nyabor dah nak makan. Itu yang jadi tak cantik. Pedulik la
kan. Nanti nak masuk dalam mulut juga ye dok :p
ps: resepi asal dari
SINI
13 Comments
Tadi baru je lepas mkn kuih kaswi..haahah
ReplyDeletesedapnyaaa kuih kaswi :D
ReplyDeleteadoi )cik sue suka goda chek soh buat benda ni..sy pun seumur hidup tak pernah buat kuih kaswi..nyoq ada tu ingat nak buat apom..tgok kuih ciksu n tergoda pulak..adoii nak buat ke tak ni..kuih ni Aiman suka tau..klu apom tu peberet sy.hehe
ReplyDeletefaveret ni kuih kaswi.. tenki ciksu share resepi.. boleh buat puasa nanti.. mmg semua suka ni.. huhu..
ReplyDeletelaaa senang je buat nye ye ;p
ReplyDeleteahhh sedapp! faverite jijah ni..dulu ms kecik2 mak suka buat kuih2..kek..skrg anak da besar n dia dah tua dia mls dahh..hee
ReplyDeleteLama tak.makan.. Dan mmg tak kan buat sbb xde org nk makan..
ReplyDeletekuih kegemaran aida ni.
ReplyDeletekalau ke param memang carik ni.
but susah nak dpt yg sedap kat param.
hu hu hu :(
yes. buat sendiri kan, tak sedap tak le frust sgt ha ha ha ha :)
blh sediakan utk berbuka nanti
ReplyDeleteSaya suka kuih kaswi ni, Ciksu. Baru minggu dua hari sebelum puasa hari tu saya beli. Sedapnya mengunyah dalam mulut... Tapi buat tak pernah lagi. Hihihi!
ReplyDeleteSedapnya kawsi. Bru ni blik ipoh dpt merasa. Nikmat. Tp xleh mkn sllu. Mnis.. Hehe
ReplyDeletesedapnya nampak...
ReplyDeletesenang je buatnya,, selama ni duk makan je yg mama buat ekekekeke
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)