Tudung kanak-kanak

Buka Akaun Simpanan Anak


alhamdulillah tengah hari tadi selesai sudah buka akaun simpanan Tabung Haji (TH) buat permata hati :) dah lama dok tangguh. nak pergi TH area KL memang bercinta le jawabnya. nak kena masuk tengah bandar. sudahnya balik buka akaun TH di kampung. senang. cepat pon cepat (",)

CARA BUKA AKAUN SIMPANAN TABUNG HAJI UNTUK ANAK

☑ nak buka akaun simpanan kena isi borang ahli baru
kalau tak tahu tanya aje pada pegawai yang bertugas. in shaa Allah mereka sedia membantu
☑ dah selesai isi segala butiran diri, ambil no giliran
☑ bila sampai giliran, serahkan borang yang diisi, beserta MyKad & MyKid anak yang ingin dibuka akaunnya
(rupa2nya, nak buka akaun simpanan untuk anak, ibu atau ayah perlu ada akaun di TH juga. macam kes saya ni, saya belom ada akaun simpanan dengan TH. cik abe dah ada.
memandangkan nak guna nama saya maka saya kena la buka akaun simpanan TH juga). 
☑ minimun untuk buka akaun simpanan di TH ialah RM10. kendian kena isi borang lagi. isi di depan pegawai bertugas tu aje. sesambil dia lengkapkan data untuk akaun simpanan permata hati. 
☑ selesai bab borang serahkan wang yang ingin disimpan.
☑ kalau duit kertas cuma asingkan mengikut nilai. sekiranya duit syiling tak perlu asingkan mengikut nilainya. 
bila dah selesai bab borang, bab cop ibu jari tangan kiri yang tak menahan tu. banyak juga.
☑ baru lah dapat buku simpanan. 

ada juga bertanya tentang tabung. kot2 ada rezeki permata hati. katanya tabung kehabisan stok. maklum le hujung tahun. paham2 je la kan :) 

meh tengok kelebihan menyimpan di TH. antara 7 Kelebihan & Faedah Menyimpan di Tabung Haji ialah: 

1. Syiar Islam - Melaksanakan Sistem Kewangan Islam
2. Zakat - Zakat perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit
3. Halal - Simpanan dilabur menepati tuntutan syarak
4. Bonus - Bonus yang kompetitif
5. Pengecualian Cukai - Bonus dikecualikan cukai pendapatan
6. Dijamin - Simpanan dijamin oleh kerajaan
7. Kekerapan Pengeluaran - Pengeluaran wang tanpa had kekerapan

ppssstt: sekarang ni tengah pikir sama ada nak buka akaun SSPN ke tak?? 
ada antara uols dah buka ke? apa kebaikan & kekurangan SSPN? 

cer komen ciked ^-^



13 Comments

  1. Kalau kat bintulu ni, TH memang tiada orang. Tak ramai orang Islam sangat kan. Jadi cepat saja urusannya. Mel dulu simpan RM2 sahaja masa daftar..Memang kena simpan awal2 untuk anak. TH mel rasa bagus. Zakat terus dipotong dan patuh syariah ^^

    ReplyDelete
  2. kalau yang dekat KL nak cari parking pun susah :)

    ReplyDelete
  3. untung ciksu buat simpanan TH..klu bleh terus dftr haji sekali pon boley..SSPN pon perlu coz itu utk pelaburan pembelajaran ank2 pd msa akan dtg kiranya takde la bergantung dgn duit pinjaman lgiiii...

    ReplyDelete
  4. langkah yang bijak ni awal2 dah buka akaun untuk baby RAnia.... untuk simpanan masa depan..

    yang SSPN akak tak buka pun lagi, tapi setakat yang akak tahu, akaun tu boleh kurangkan potongan cukai kita... elok juga, nanti dapat banyak duit masa bayaran balik.. dan kalau ada akaun ni, anak nak pinjam PTPTN mudah...

    memang nak komen sini kena ada moderation ke? ke ini kes google problem?

    ReplyDelete
  5. Anak-anak saya cuma ada ASB dan Tabung Haji je. SSPN takdalah pulak Ciksu. Ni pun tengah berkira-kira nak masuk insuran. Tengah timbal balik berfikir nih!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. hakimi pon ada tabung haji gak.. plan nak insurans prubsn .. org kata bagus utk simpanan n kesihatan..

    ReplyDelete
  7. woo mak pak kena ada akaun th gak ye..aiman taun lepas cikgu yg bukakan akaun th..masuk ic sy pun tak betul.huhu

    ReplyDelete
  8. Ayu cadng nk bukak acc TH gak utk coming baby. dan juga SSPN-i.. Insya allah selamat utk sspn islamic sbb dizakat skali..

    ReplyDelete
  9. Bagusnya CIkSu. Luthy takde akaun lagi. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah ada account bank ☺

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...dah ada akaun senang kan

    ReplyDelete
  12. saya baru bercadang nak buka buku TH tu anak-anak
    mujur ada entry ni sebab saya pun tak akaun dengan TH =)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)