Tudung kanak-kanak

Program Kehamilan Biodex (suami)

Sambungan dari entry Usaha Untuk HamilTahun 2013 kami ada menghadiri Seminar Kehamilan Biodex. Itu yang boleh terguna produk Biodex :)

Usai seminar para peserta boleh berjumpa dengan staff2 Biodex untuk berkongsi masalah yang dihadapi. Ikut giliran & meja yang ditentukan berdasarkan no yang diberi semasa pendaftaran :’)

Kami dapat Pn. Laila. Setelah bercerita dari A hingga Z, Pn. Laila cadangkan SET KESUBURAN UNTUK SUAMI & ISTERI. HARGA UNTUK KEDUA2 SET TU HAMPIR MENCECAH KE 1K JUGA. UNTUK TEMPOH SEBULAN PENGAMBILAN. KALAU DAH AMBIL TAK BOLEH PUTUS2. SO, KENA BERPIKIR PANJANG2 SEBELUM BUAT KEPUTUSAN. Akhirnya keputusan yang diputuskan ialah cik abe yang ambik produk BIODEX. 

Ini set Program Kehamilan Biodex yang cik abe ambil selepas dicadangkan oleh Pn. Laila.. 


Untuk cik abe ada 4 jenis supplement yang dicadangkan. Antaranya:

1) SupreMix


Supremix ada 2 jenis. satu perasa original (buah-buahan) & satu perasa coklat.

so, boleh pilih nak yang mana satu suka. keduanya takda beza apa pon cuma berbeza  
rasa aje la sebab nanti masa nak minum supremix + Susu Igc takut yang tak serasi rasa muak. itu je. 

20 sachets

KANDUNGAN SUPREMIX


Beras Perang – meningkatkan kawalan glukosa.

Teh Hijau – dapat melindungi kulit yang rosak akibat sinar matahari dan mencegah kanser. Ia sebagai antioksidan dan dapat mencegah penuaan.
Biji Anggur – merupakan antioksidan yang baik yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan kulit.
Barli Hijau – mengekalkan kesihatan keseluruhan badan.
Spirulina – mengandungi protein, vitamin, karotenoid dan nutrien lain.
Kacang Soya – diperlukan dalam membantu menyuburkan sistem hormon, membantu dalam penyembuhan luka dan mengatur perjalanan darah.

2) Susu Igc


30 sachets

Susu kambing yang kaya dengan khasiat kalsium, zat dan vitamin yang diperlukan. Berfungsi untuk membantu proses pembentukan tulang, metabolisme, membekalkan kalsium, membantu meningkatkan kualiti sperma dan mengelakkan sakit sendi dan pinggang. 


Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Menurut kajian, susu kambing lebih banyak khasiatnya di dalam menyembuh serta mencegah penyakit dalaman.


3) Natto- K
30 tablets

Kelebihan Natto-K ialah melancarkan peredaran darah, mengelakkan pembekuan darah terutama bagi pesakit jantung & strok, mencegah kanser, membantu sistem perkumuhan, menguatkan daya ingatan, mencegah osteoporosis, mencantikkan kulit, meningkatkan kesuburan (lelaki/ wanita), mnegurangkan kandungan kolestrol dalam badan & baik untuk yang menghidapi masalah tekanan darah tinggi.

4) SkyHerbs Honey



Membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki kerana kandungan BioFlavonoid dan Saponins di dalam Skyherbs melebihi Ginseng, Tongkat Ali, Ubi Jaga & lain2 herba.
 Mampu membuka saluran darah hingga yang paling luas. (membantu zakar yang terdiri dari saluran rerambut darah yang kecil) 

Bioflavonoids semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah serta memperbaiki peredaran darah, mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL, mengurangkan dan mengimbangkan tahap gula & bertindak sebagai anti pengoksida.

Saponins (Sapogenin glycoside) yang tinggi dalam buah tunjuk langit dapat membantu meningkatkan pembinaan darah, meningkatkan penghasilan hormon lelaki, melancarkan saluran penafasan, mententeramkan otak & memperbaiki insomnia, menguatkan hati & mengelakkan kesan kemabukan terhadap toksin yang dimakan. 

Skyherb Honey boleh diambil oleh mereka yang mengalami kencing manis kerana ia mengandungi manisan madu & bukan gula. 
Pesakit darah tinggi juga boleh menggunakannya dengan sukatan 2 sudu di sebelah pagi.


pppsstt :  Inilah serba sikit mengenai info produk Program Kehamilan Bidodex (PKB).
semua ni untuk suami (sila dapatkan nasihat dari yang pakar sebelum mengambilnya).
semoga ianya bermanfaat untuk yang memerlukannya.

** cara pengambilan setiap produk ditentukan oleh pakar bukan main ambil aje ye **



17 Comments

  1. semoga usaha cik sue berhasil.amin

    ReplyDelete
  2. Assalam QR..semoga berjaya..In syaa allah
    kawan satu opis acik ada makan..dia sorang je..suami dia tak makan..
    Alhamdulillah..dia teruskan makan masa dalam pantang.
    in syaa allah QR..banyakkan berdoa dibulan Ramadhan ni..semoga di makbulka yang Esa

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. antara shaklee dan biodex mana yang lebih ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pilih biodex. Sbb dh kenal dan jumpa sendiri pn munirah

      Delete
  5. mahal jugak ye...takpe2 demi cahaya mata kan cik su ;p

    ReplyDelete
  6. Semoga dpermudahkan yer ciksue..husna doakan yg terbaik utk ciksue... amin.. :)

    ReplyDelete
  7. moga Allah permudahkan usaha ciksu.. amin

    ReplyDelete
  8. salam qr..
    teringat susu kambing tu.. hihi..
    alhamdulillah..semoga rezeki cik su pula kali ni..aamin...

    ReplyDelete
  9. Moga usaha berhasil ye. Insya Allah

    ReplyDelete
  10. semoga usaha su n suami berbaloi

    ReplyDelete
  11. inshaAllah ciksu segala usaha pasti akan berbaloi

    ReplyDelete
  12. banyak jugak tuh benda nak kena makan..apa2 pon semoga kuat untuk terus berusaha ye cik sue dan suami..:)

    ReplyDelete
  13. semoga berjaya ciksu dan suami..insyaAllah..

    ReplyDelete
  14. Semoga termakbul hasrat cik su dan suami...

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin