Menu berbuka puasa pada 26 Ramadan 2014..
kami berbuka dengan Yong Tau Fu sajok. simple tapi mengenyangkan.
nak2 lagi bila kuahnya dibuat sendiri hasil mengoogle resepinya di sini.
memang tak jemu guna resepi ni. sedapppp :)
Cik abe yang suka sangat pon makan Yong Tau Fu ni. sebelum2 ni pon sokmo aje guna resepi ni. mudah.
kalau beli kat pasar malam atau PARAM, ntah berapa hengget kena charge.. padahal senang ya amat nak menyediakannya.
YONG TAU FU
Bahan2 untuk kuah Yong Tau Fu:
10 tangkai cili kering -buang biji
1 sudu besar minyak masak
25g gula melaka
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
300 ml air
belacan
1 1/2sudu besar tepung jagung
2 sudu besar bijan -goreng tanpa minyak
Caranya :
Panaskan minyak. Dengan api yang kecil, goreng cili kering lebih kurang 1- 2 minit.
Setelah garing, (awas jgn sampai hangit nanti pahit) angkat dan tumbuk sehingga hancur.
Masukkan 50ml air ke dalam cili yg telah ditumbuk tadi, kacau.
Didihkan air bersama gula melaka.
Masukkan cili yang siap di campur air bersama belacan, oyster, gula dan garam.
Didihkan supaya cili kering masak
Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Bila cukup rasa pedas, manis dan masin.. tutup api.. siap
Bahannya:
fish cake *
bebola ikan *
bebola sotong *
bebola sayur *
kangkung
fucuk *
sosej *
Caranya:
Didihkan air kukusan. kendian kukus bahan bertanda *
dah siap boleh rebus kangkung pula..
pastu potong ikut suka la macam mana ye..
Siramkan sos ke atasnya dan tabur sedikit bijan goreng..
Kuah dah siap.. bahan lain pon dah siap..
apalagi, jemput makan (",)



13 Comments
Wah.. menarik ni. Dah pelbagai bahan yang cik su masak ni, memang menjadi azam ramadan su kali ni nampaknya
ReplyDeleteSedap....puas hati kan masak sendiri...selamat dan jimat :)
ReplyDeleteJeles ngn cik su, setiap hari masak sedap, len kali kirim k sini semangkuk...
ReplyDeletenampak mudah resepi ni..memang boleh cuba ni..
ReplyDeleteKalau katpasar malam ni dah 10 hingggit kena kot...
ReplyDeletekami suka yon tau foo sup :)
ReplyDeletetu dia...bukan susah pun kan cik su!akak pun rase nak try la..kalu bli mmg mahal kan..
ReplyDeleteAlahaiii...sedapnya sue. Dah lama tak mkn YTF.
ReplyDeleteboleh try ni :)
ReplyDeleteSue mcm teringin nak buat....lama dah tekak ni mengidam tp lum dpt lagi....Sue ni rajin masak yek....
ReplyDeletesedapnye
ReplyDeleteSelamat hari raya Ciksu :)
ReplyDeletelama tak datang sini sebab cuti raya. hihihi
Puas hati kn dpt buat sendiri...
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)