Lepas balik dari berurut dengan Chu Mah, kami relax dulu dalam dua tiga bulan. Tak lama lepas tu, kami cuba Perubatan Tradisional Islam pulak.
Untuk Perubatan Tradisional Islam ni kami buat dua orang sekaligus. Alhamdulillah, selesai berubat kami dibekalkan seorang sebotol air penawar.
Untuk makluman Perubatan Tradisional Islam ni beroperasi di 2 tempat berlainan. Satu di Perak & satu lagi di Sentul, KL. Saya ke Sentul sebab lebih selesa & dekat dengan kami di sini. Orang yang ubatkan tetap orang yang sama di Perak. Cumanya kalau di Sentul setiap hari Sabtu, Ahad, Isnin & Selasa. Selebihnya beliau balik ke Perak.
Selepas berubat di sini, kebetulan Tok Hasrul ada ajak cik abe ke Puchong untuk berubat dengan sorang ustaz tapi saya cakap dengan cik abe, kita tunggu dulu. Buat satu2. Tak nak bercampur. Tolak cara elok la. Kami tahu Tok Hasrul juga ikhlas berusaha untuk bantu kami. Terharu oke. Sebelum ni pon Tok Hasrul dah pernah rekomen seseorang kepada kami. Tapi masih belom rezeki kami. Berubat cara begini sama ada perubatan islam atau berurut memang kena cari yang serasi dengan kita. Nak jumpa yang serasi memang ambik
masa. Sabar itu separuh daripada iman :’)
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan rawatan di Perubatan Tradisional Islam ni boleh hubungi saya di emel yang tertera.
ppppssttt: tak sabarnya nak habiskan entry pasai Usaha Untuk Hamil ni.. dah pertengahan tahun 2014 sudah.. tak jugak habis2 lagi.. tahun 2013 banyak yang kami usahakan..
itu yang nak update "bercinta" dari sehari ke sehari.. In shaa Allah bulan Julai nanti kita up citer baru sikit.. baru pon masih dikira "trowback" le jugak.. kikiki.. apa pon tak boleh la ciksu ni kan.. korang jangan jemu tau singgah sini..
22 Comments
InsyaAllah mudah2an usaha membuahkan hasil ye.
ReplyDeleteRos tak jemu dengna entry entry yang macma ni Ciksu.. setia menunggu ciksu updated.. hihihi
ReplyDeletesalam QR..
ReplyDeletehihi.cma eksited nk baca ttc cara cik su tau.. ada sebahagian cma share dgn kawan2 cma yg masih berusaha..*mintak izin yer*
insyaallah..semoga usaha kalian membuahkan hasil :)
insyaAllah.
ReplyDeletesalam singgah :)
www.irrayyan.com
InsyaAllah...semoga Allah permudahkan usaha cik su...Amin
ReplyDeletein sha Allah akan singgah selalu..tak pernah jemu..
ReplyDeletebanyak dah usaha... cuma rezeki je belum nak datang...
ReplyDeleteakak xpenah jemu pun singgh din3 ni..best apa coz cik su ni xjemu berusaha,akak teruja nak bc n3 ciksu next...hihi
ReplyDeleteAs salam..lamanya akk x singgah sini.. Semoga sihat2 selalu ya..
ReplyDeleteApapun yg dilakukan semoga dipermudahkan. Dan semoga segala usaha dan ihktiar membuahkan hasil apa yg penting jgn berhenti berusaha dan berdoa.. Semoga ada rezeki nnt.. Aminnnn
Throwback pun xpee..banyak manfaat untuk org lain yg ttc gak.teringin gak nk cuba tapi jauhhhhh.hihi
ReplyDeleteTak jemu pun. Asalkan ada. Klu takde nt mesti rindu hikhikhik
ReplyDeletetakpe..buat entry mcm ni sbg perkongsian untuk orang2 lain kan..niat baik tuh..=)
ReplyDeleteCeritalah apa pun Ciksu, saya baca juga. Dalam hal ni yang penting kena rajin berusaha dan jangan putus asa. Insya Allah ada ganjarannya seperti yang Ciksu dan suami harapkan.
ReplyDeletetak kisah throwback pon tetap kami nk baca gak ;p
ReplyDeletein shaa Allah berkat usaha yg pelbagai...
ReplyDeleteterus berdoa dan selebihnya bertawakal..
ada rezkinya in shaa Allah tak ke mana...
jijah xtahu nak cakap cmner.. sbb jijah setahun xpregnant pon dah berusaha macam2.. ciksu lagilah kan.. moga Allah murahkan rezeki anak buat ciksu n suami
ReplyDeletexpe sue yg penting usaha...usaha dan usaha
ReplyDeleteSuka baca usaha kuat Cik Sue ni....Moga akan ada hasilnya nanti....Insyaallah....
ReplyDeleteUsaha tangga kejayaan. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA.
ReplyDeleteMoga Allah makbulkan doa dan usaha akk dan suami...
ReplyDeletebercinta pon tak pe..siapa sangka, ada jugak yg tgh usaha mencari penawar, then diorang boleh rujuk sini..:)
ReplyDeleteTERBAIK
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)