Tudung kanak-kanak

Segmen Memori 2012 Terpahat Di ingatan

Tak sabar ghasanya menanti detik ketibaan tahun 2013  yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.. ada antara uols pergi ICT ke atau ke Dataran Merdeka? kalau pergi hati-hati yer dan jaga diri especially kepada gegurl yang pergi dengan bobo-boi..


Tergerak hati nak join segmen ni sebab tahun 2012 banyak memori terpahat di ingatan saya.
Bukan kegembiraan tapi kesedihan.
 Alhamdulillah saya terpilih walaupon berat untuk terima dan lalui semua ini.

Permulaan tahun 2012 saya sudah diuji.
Segalanya bermula pada penghujung Januari selepas kembali bercuti dari kampung. Saya diserang migrain. Pertama kali dalam hidup mengalaminya.Tuhan sahaja Maha Mengetahui kesakitan yang dirasai. Hanya air mata menjadi saksi kesakitan yang ditanggung. Nasib ada suami dan abang chik ketika itu. Mereka yang jaga saya.

Saya dimasukkan sebotol air dan diberi dua suntikan tahan sakit sebab ubat tiada kesan.
  Masih tidak cukup kemdian ditambah lagi 2 pain air dan kene satu injection divontot. Sesekali doktor ada masukkan ubat tahan sakit.
 Kisah lanjut boleh terjah sini.
Saya redha.
 Februari datang. 
Bulan kelahiran saya. Tak sabar ghasanya walaupon sakit akibat migrain masih berbekas. Genap 3 hari sambut ulangtahun, saya diuji kembali.
 
Kad pengenalan(ic) dan lesen memandu saya hilang entah ke mana. Puas dicari dan bertanya tapi hampa. Menangis saya dok pikir ke mana hilang harta saya itu.Tiada sesiapa yang nampak atau terjumpa. Ya Allah. Harta benda paling saya sayang dan saya jaganya bagaikan menatang minyak yang penuh. Sejak ada ic dan lesen memandu belom pernah saya hilangkan.Tapi benda nak jadi, apakan daya saya untuk menghalangnya. Setelah puas mengeledah rumah sudahnya saya pasrah. Ke Balai Polis juga akhirnya.

Sah tercicir tapi di mana? Saya buntu.

Kisah lanjut boleh terjah sini.
Saya redha.

Mac datang menyusul. 
Hajat dihati nak pulang ke Kedah sebab ada jemputan kenduri nikah member pada cuti sekolah penggal pertama. 
 Tapi macam-macam yang dipikir. Terutamanya mengenai appoinment dengan pakar mata pada 18h Mac 2012 susulan kes migrain tempoh hari dan juga appoinment dengan pakar O & G. Juga lawatan ke rumah anak yatim di Pasir Gudang. Akhirnya ayah dan ayah mertua turun Jay Bee. Hati berkata-kata nak ikut ayah balik juga pada 15hb Mac 2012 tapi.. seperti ada halangan.

Rupa-rupanya ada dugaan besar yang Allah atur untuk saya dan keluarga. Tepat jam 12:10am pada 21hb Mac 2012 saya dapat panggilan dari ayah. Suara ayah sayup kedengaran di corong telepon.. 
Oh tidakkkkkkkkkkkkkkk.. kenapa saya.. ;(
 
Adik kedua saya terlibat dalam kemalangan. Namun Allah lebih sayangkan arwah. Akhirnya arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Arwah tercampak ke dalam sawah padi yang digenangi air. 

Hampir satu jam lebih selepas kemalangan baru arwah dijumpai oleh adik ketiga saya yang keluar mencari setelah ada kawan kampung mereka `ternampak` serpihan no. plat moto arwah bersepai atas jalan raya. Adik saya lemas.
Allah Hu Akhbar.

Akhirnya setelah mendapat kekuatan mental dan fizikal saya luahkan di sini.
 Saya redha.


Al-Fatihah buat arwah.

April bertandang. 
Belom genap 40 hari pemergian arwah adik, sekali lagi kami dikejutkan dengan berita kematian Pakndak suami Ndak(adik mak saya) yang meninggal kerna sakit tua pada 13hb April 2012. Saya sempat ziarah arwah sebelum balik Jay Bee awal April. Alhamdulillah.

Al-Fatihah.

 Mei menyusul. 
Yang sebenarnya berita ni dapat tahu pada malam kejadian arwah adik kemalangan. Tepat jam 9:00pm suami dapat panggilan dari `office` mengatakan beliau dapat balik Key El awal bulan Mei. Seronok tak terkata saya. Kononnya nak `surprisekan` arwah.
Kerana impian arwah harap saya balik ke Key El tertunai tapi belom sempat bagitahu, arwah `pergi` dulu ;(
Arwah adik seorang tentera. Arwah selalu ulang alik ke MINDEF atas urusan kerja.
Arwah selalu kata dengan saya:

  • "Minta la balik dok key el. senang sikit kalau aku nak lepak-lepak kalau turun key el. Kalau nak kirim apa pon senang nak hantaq".. katanya.
Sudah suratan dari Allah saya dapat pindah ke kawasan berdekatan MINDEF. 
  • Dugaan.. Inikah dugaan untukku.. Hujungnya yang tak seindah mimpi.. Hanyalah igauan ngeri.. Kau yang pernah ku rindu..
  • Aku menerima.. Salam perpisahan.. Segalanya sebagai ingatan..
 Saya redha.

 
Kisahnya di sini

Pejam celik pejam celik Oktober bertandang.
 A`aah sekejap aje dah bulan 10. Lebih kurang 2 bulan lagi 2012 akan melabuhkan tirai. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya gerimis mengundang di tengah hari.

Oh tidak.. saya kembali diuji. 
Tiba-tiba badan saya di`banjiri` biji-biji merah seperti `kelopak garam` panggilan sebelah utara. Mula-mula merah seperti digigit nyamuk kemdian makin besar dan besar. Ia amat gatai sekali. Merenyam tau. Pelik bin ajaib. Pergi klinik doktor kata ALLERGIC. Bagi ubat makan dan sapu.
Hampir sebulan juga menanggungnya. Yang penting jangan ter`miss` ubat.
 Tapi sampai bila?
Saya redha.

ada sesiapa penah kena sebegini..

lihatlah..

Kisahnya diabadikan di sini

  • Inilah `Memori 2012 Terpahat Di Ingatan` saya sampai bila-bila. Tak mudah untuk saya lenyapkan dari kotak fikiran ini. Inilah kenyataan yang perlu diterima walaupon amat sukar.

  • Doa saya semoga tahun 2013 memberi sinar. In shaa ALLAH.

 Selamat Tahun Baru 2013
 kepada semua yang menjadi followers saya ;)



38 Comments

  1. setiap yg berlaku ada sebabnya...mungkin itu yg terbaik buat su dan keluarga...Allah lbh sygkan arwah...dia baik, moga dia aman di sana...al-fatihah

    ReplyDelete
  2. selamat bersegmen dan selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  3. subhanAllah,,dugaan kan,,moga tahun baru mmbawa bjuta2 kebahagiaan ye cik sue

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru.seoga 2013 menjanjikan lebih byk kebahagiaan n kegembiraan..:)

    ReplyDelete
  5. amin... hope 2013 menjadi kenangan terindah buat ciksu sekeluarga..;-)

    ReplyDelete
  6. Slmt thn baru QR. Semoga tahun ini lebih baik dan impian tercapai.

    ReplyDelete
  7. bile diingatkan balik,macam macam yang jadi sepanjang tahun 2012...btw kak,dh follow sini

    ReplyDelete
  8. Salam Sis,
    Banyaknya dugaan tahun 2012. Namun Inshaa Allah semua dugaan itu ada hikmah yang tersirat disebaliknya. Semoga tahun ini menjadi lebih baik, Amin..

    ReplyDelete
  9. selamat thn baru
    kita tinggalkan segala yg berlalu dan mulakan dgn yg baru
    setiap yg berlaku pasti ada sebabnya dan kita MESTI KUAT DAN TABAH
    aminnn

    ReplyDelete
  10. semoga tahun ni lebih baik dari tahun sblmnya
    selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  11. semoga semua tu jadi kenangan utk tahun2 selepas ni. selamat tahun baru ciksu. :)

    ReplyDelete
  12. itu lah kehidupan cik sue..
    ada sedih..ada suka...
    yg hidup yg mati..
    silih berganti..
    sekurang2 masih ada keluarga n suami...


    selamat tahun baru..

    ReplyDelete
  13. banyak juga tragedi yg berlaku....namun tabah menghadapi. al-fatihah buat arwah adik kamu ye ..

    selamat tahun baru

    ReplyDelete
  14. Macam2 dugaan kita kan...tapi, apa yang pasti Allah swt menguji kita sesuai dengan keupayaan kita.Apapun, tahniah sebab melaluinya dengan penuh kesabaran.Semoga 2013 menjanjikan kemanisan buat kita kan?:)

    ReplyDelete
  15. selamat bersegmen cik su..maaf wani lewat singgah sini...

    banyak memori pahit utk ciksu..harap ciksu tabah yer

    ReplyDelete
  16. saya baru sampai sini, terharu baca post ni, banyak perkara yang berlaku pada diri kita sepanjang tahun 2012 lepas. Semoga tahun ini kita lebih kuat untuk terus menjalani hidup ini. Salam perkenalan dari nazray :D

    ReplyDelete
  17. ehh , sy pun join segmen nie jgak..sedih baca entri lobak susu..mcm2 dugaan , redha jela..Allah mesti syg lobak susu..selamat tahun baru jugak :) semoga byk kenangan terindah tercipta di tahun 2013 nnt :)

    ReplyDelete
  18. Banyaknya dugaan. Tapi dugaan itulah yang membuatkan kita ingat Tuhan.

    apapun, salam perkenalan!

    ReplyDelete
  19. slmt bersegmen :) alahaii mcm² dugaan ya kak..mudah²an tahun nih lbh mbawa rahmat pada akak ya..ohya asal kedah ke??kedah kt mana ek?? dq org alor setar..

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum qaseh...mama pun ada allegik ubat mcm tu kalau silap makan ubat mesti jadi bengkak mcm tu..:)


    p/s mekacih beritahu mama tentang hadiah saguhati tu yer...

    ReplyDelete
  21. Banyaknya kenangan.... nampaknya saya tak sempat nak kenang kembali apa yang berlaku sepanjang 2012 sebab banhyak sangat, satu dua perkara saja yang terpahat dalam hati, itu pun yang sedih2!

    ReplyDelete
  22. tabahkan hati mu dik
    semua ini dugaan dari allah , kuatkan hati , berdoa agar tahun baru ini akan memberikan sinar dan kebahagian buat adik sekeluarga ..

    semoga roh arwah yg disayangi tenang disana .. aminn

    selamat tahun baru dan semoga berjaya dengan segmen ini ;)

    ReplyDelete
  23. Banyaknya dugaan cik su. Tabahkan hati ye cik su.. Ros sentiasa doakab untuk cik su :-)

    ReplyDelete
  24. Banyaknya dugaan yg Cik Sue tempuh yek..moga tahun ni lebih baik dr yg sebelumnya ..

    ReplyDelete
  25. selamat bersegmen selamat tahun baru, dan alfatihah untuk dia. yang gatal gatal tu akak saya pernah kena, tapi dia hanya sapu ubat seja

    ReplyDelete
  26. DIA uji kerana dia tahu sue tabah dan kuat. ganjaran yang manis utk org2 yg sabar dan reda dgn seikhlas hati atas ujianNYA.

    ReplyDelete
  27. al-fatihah buat arwah adik & pak cik

    ReplyDelete
  28. Banyak jugak kenagan sedih ye, semoga tahun 2013 membawa sinar kebahagiaan dan kesihatan yang baik ye ;D

    ReplyDelete
  29. Al-Fatihah pada semua yg telah pergi...
    mg mereka tenang di sana
    migrain ??..akak pun mmg sll kena..waktu tuu mmg sakit,..asyik nk marah jer....nasib laa kalau yg kena marah..mmg xleh kontrol..sampai guling2 sakitnya

    ReplyDelete
  30. kenangan manisku pada thn lepas adalah dikurniakan seorang anak lelaki yang sekian lama, 7 tahun penantian utk mendapatkannya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa tanpa henti, Allah swt makbulkan juga.

    kenangan pahit? 12jam tahan sakit nak branak. tunggu sampai 12jam, dah bukak 10cm tak bleh normal plak sbb tali pusat baby belit tengkuk dia. so sakit atas sakit bawah juga. hahahaha.. merasa!

    ReplyDelete
  31. ya Allah..hebatnya dugaan utk awak... pastinya awak seorang yg tabah sebab tu Allah uji.. banyak bersabar yea. eyza doakan tahun 2013 akn membawa sinar kebahagiaan pada awak nanti.

    ReplyDelete
  32. Al Fatihah untuk mereka yg telah pergi...Allah berikan dugaan buat ciksu sebab Allah kasihkan Ciksu...semuanya ada hikmah

    ReplyDelete
  33. mcm2 dugaan ye sue..moga tahun ni lebih bermakna utk sue..

    ReplyDelete
  34. X blh nak komen lebeh2. sebab sebak membaca kenangan ciksu. Moga ciksu tabah. setiap dugaan yang datang itu ada himahnya..

    Dari segmen yg sama

    http://tintamerah4488.blogspot.com/2012/12/segmen-memori-2012-terpahat-dalam.html?showComment=1357273728349#c6521059528021783041

    ReplyDelete
  35. sedih baca kisah ciksu..nak nangis dibuatnya.. sungguh Allah memberi ujian buat ciksu.. T_T

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)