Tudung kanak-kanak

Jom Masak: Nasi Goreng Nirmala


Selamat pagi semua.. 
ghasanya dapur ciksu dah lama tak berasap kan.. hihi.. '
maklumlah bercuti.. 
maka jadinya dapur pon bercuti la jugak.. jimat gas.. hahahaaa..


Semalam masak simple aje.. masakan paling simple dan sekiranya penyakit M.A.L.A.S datang menjelma.. 


Nak masak apa ciksu?
Jom kita masak Nasi Goreng Nirmala.. sebab apa Nirmala.. sebab ciksu suka Datuk Siti.. so, harus taruk nama lagu nyanyian beliau.. amacam, boleh ke?

Bahan-bahan

  • Udang sederhana 
  • Nasi putih -secukupnya
  • Telur -2 biji
  • Cili padi –hiris dan tumbuk
  • Bawang putih –hiris dan tumbuk
  • Bawang merah –hiris dan tumbuk
  • Sayur campur -ikut kuantiti nasi
  • Daun ketumbar - potong kasar
  • Bawang goreng -tabur
  • Garam secukup rasa

Cara memasak

1)  Nasi digaul dengan garam. Udang lumur dengan garam kunyit goreng sekejap, angkat.. ketepikan.

2)  Tumis bawang putih hingga kuning.. masuk bawang merah, cili padi.. gaul rata-rata..

3)  Pecahkan telur.. kacau lagi kemdian masukkan sayur campur

4)  Kemdian masukkan nasi yang siap digaul garam tadi dan daun ketumbar.. gaul sebati.. kemdian masukkan udang yang digoreng tadi.. tutup api.. angkat dan taburkan bawang goreng.. 

pppsssttt: macam mana gathering GSF`ian hari tu.. mesti happening kan..



23 Comments

  1. amboi banyaknya... udang dia... x menahan nama nasi goreng nirmala..

    ReplyDelete
  2. wah pandai letak nama yer..hihihi..selamat makan ..

    ReplyDelete
  3. amboi..Nirmala tu..Nasi Goreng Cindai dah buat ke belum? :p

    ReplyDelete
  4. sedapnya ciksue dhla tgh lpar ni..hihi

    ReplyDelete
  5. wah...memang nirmala sungguh...sebab udang2 dia besar.....he3

    ReplyDelete
  6. perghhhh penuh udang..... dap nyerrrr....

    ReplyDelete
  7. aduh duh.. nmpk sdp.. nasi goreng normala xde ke? hahahah

    ReplyDelete
  8. Apa yg menyebabkan namanya Nirmala? Sbb udang tu ke?

    ReplyDelete
  9. klu ikut pada nama tu mesti sedap nasi goreng ni

    ReplyDelete
  10. akak dah 20 th dok kat kedah...tp baru 2 kali ja makan nasi ulam..

    ReplyDelete
  11. wah sedapnya,,banyaknye udang =) terliur

    ReplyDelete
  12. tengok udang pun dah sedap. huhu.. tapi makan konfem bengkak2 muka. :)

    ReplyDelete
  13. kompom sedap tu...tgk udang tu pn dh teliur hihi

    ReplyDelete
  14. Udang..... feveret ros tu.
    Tp skarang ni ros tengah pantang udang. Tak leh makan byk dah. Resdung. Huhu. Cik su ni saja tau tauang udang kat sinim huhu

    ReplyDelete
  15. Tang udang tu memang tak menahan M tengok ni..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)