Hai...Selamat Pagi Malaysia..
Sudah sarapan ke ..hehehe
Jom buat Murtabak Maggi..
U all penah try resepi ni tak. Bagi yang dah mencuba alhamdulillah.
Bagi yang belum mencuba, apa kata jom try buat.
Sebab penyediaannya simple
dan
bahan-bahan pon senang sajo nak dapat.
Jom kita usha bahan-bahan yang diperlukan
untuk menyediakan Murtabak Maggi.
1 bungkus Maggi Cintan perisa Kari
(ciksu guna cintan sebab dia kenyal)
3 biji telur ayam
sedikit dada ayam - dadukan
3 batang Daun bawang - hiris
1 batang Cili merah - hiris
1 batang cili hijau - hiris
1/2 biji Bawang besar - dadukan
garam secukup rasa
-
dalam bekas lain pukul telur hingga kembang bersama perencah kari maggi dan garam
campurkan maggi yang telah ditos
masukkan isi ayam, daun bawang, bawang besar cili merah dan cili hijau. bagi yang suka pedas boleh letak cili lebih
gaul sebati dan masukkan dalam telur yang dipukul tadi.
masak atas kuali leper mengikut citarasa masing-masing
- bila siap boleh dimakan bersama sos cili
Orang bujang lelaki pon boleh try buat Murtabak Maggi ni..
sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang :)
P/s : 1 bungkus boleh untuk 2 orang makan =)
6 Comments
ehhh pernah la buat meni ni masa mula2 dpt kebenaran menyalakan api dapur gas dulu2.. dgn kawan2 sekolah rendah.. hihihih.. menu kenangan nama dia :)
ReplyDeletekena try ni...simple jer kan..
ReplyDeletealamak kecur liur tgk. suker. tq yer :)
ReplyDeletedulu pernah makan sekali..
ReplyDeletepizza maggi perisa ayam...sedap gok..
dulu sy dh pnh buat tp time tu blm kawen lg la :-)
ReplyDeleteyummmy...memang sodap murtabak maggi nie...pernah cuba buat dulu..lma dh tak makan..nanti nak buat lagi ler... :)
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)