Tudung kanak-kanak

NASI LEMAK DI PAGI HARI..

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. 

بسم الله الرحمن الرحيم. 

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد



Alhamdulillah. 


Kenyang sepinggan nasi lemak sambal ikan bilis goreng. Minum air suam je. Cik abe ambik nasi lemak sambal kerang. Air teh o panas. 

Syukur dengan nikmat pagi ni.. 


Tapi..


Tak henti di situ..

Siap tapau nasi lemak dia sebab sedap dan kena dengan selera anak tekak den 😆 sambal dia ummphh.. yang penting ikan bilis goreng dan ranggup dimakan.. lembut je ikan bilisnya.. ada telur rebus dan telur mata kerbau.. tapi ciksu toksey.. masih berpantang makan lagi.. Rania pon toksey juga telur.. so, dari membazir tak perlulah ambil, kan! 


Bubur ayam mcd habuan wajib..


Roti purple.. kot-kot lapaq habuan kudap kudapan nanti 


Apa pon semoga Allah limpahkan rezeki yang tidak putus-putus seperti air sungai perak yang mengalir ke muara buat family pakcik ni.. aamiin 


Family ni, mak ayah dan anak perempuannya ada masalah.. masalah pendengaran dan tak boleh bercakap.. 


Doakan ye buat mereka.. 


#ciksujjcm





Total makan nasi lemak kerang, nasi lemak sambal ikan bilis, air teh o panas dengan air suam RM8.00 

Lokasi gerai ni laluan nak ke Talang sebelah kanan selepas Balai Bomba Kuala Kuala Kangsar. Kalau dari Taiping gerai ni sebelah kiri sebelum Balai Bomba Kuala Kangsar. Dekat area kedai-kedai motor Kuala Kangsar tu. Betul betul bawah pokok dekat simpang tiga. Ada pasar malam dekat tapak tu sebelum ni. Musim musim Covid ni tak surelah ada ke idok pasar malamnya.. 



#ciksujjcm 

1 Comments

  1. syoknya cik sue JJCM...masih kat besut lagi ke sekarang ni?

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)