Tudung kanak-kanak

PERMULAAN TAHUN 2019 YANG SIBUK..

Assalamualaikum..
Lamanya tak menulis di sini..
Ada je di sini. Masih Di Jerteh, Terengganu. Hihi

Alhamdulillah kami sekeluarga sihat-sihat je. Hangpa sihat? 

Tahun 2019 agak sibuk dengan aktiviti harian. Hahaha. Maklumlah jadi supir Raniaku sayang. Tahun ni Rania dah 5 tahun. Bulan Ogos nanti genaplah 5 tahun umur Rania. Sekejap je masa berlalu. Tahun depan dah 6 tahun. Huhuhu. Cepat nau anak ummi ayah membesar.

Tahun 2019 juga kami asyik berulang ke HUSM, Kubang Kerian, Kelantan. Untuk follow up masalah kesihatan Rania dan ayahnya. Tolong doakan ye semoga semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga sentiasa di bawah lindunganNya.. aamiin.

Selain itu, Ciksu hangpa sibuk join persatuan nasyidlah, tarianlah.. Semua ada. Selagi mampu aku okje. 
Itu belum lagi sibuk nguruskan event sebagai AJKK lagi.. Penat memang penat tapi seronok. 

Ikutkan macam-macam nak update..
Banyak tempat makan best untuk di review di sini.
Banyak tempat menarik yang ada di Pantai Timur ni.

Waktu petang sibukkan diri dengan berjoging.. hihi. Nak sihat, kan! Kenalah senaman sikit-sikit. Ini tidak asyik dok nyumbat makanan ke mulut je haaa. Senaman nom hado. Pastu bising bakpe berat badan aku mencanak naik ni. Kahkahkah..

In shaa Allah, ada masa lapang yang tak berapa nak lapang ni, aku cuba update semampu boleh.. Moga - moga dapat bantu korang yang datang bercuti di Pantai Timur nanti, kan!! 

Sekeping dua gambar tuan tanah kedaung. 
Buat kengkawan di sini..
Ada ke yang merinduiku di sini 😂😂😂

Taman Permainan
HUSM, Kubang Kerian, Kelantan
26 Februari, 2019

Ajet-ajet comel lettew 😂😂😂
Cantik ke idok LIPMATTE yang aku pakai tu..

Salam sayang dari Ciksu QasehnyaRania 🌹

Semoga niatku untuk permudahkan urusan orang ramai ketika berkunjung ke Pantai Timur especially ke KELANTAN DAN TERENGGANU dipermudahkan. aamiin.

Sharing is caring!

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)