Tudung kanak-kanak

KFC PETRON KAMPUNG RAJA, BESUT.. KINI BEROPERASI

Alhamdulillah.. sebelum ni ciksu sokmo dok berangan. kalaulah ada lagi satu branch KFC area Kuala Besut atau Kampung Raja, comfirm KFC Jerteh tak sesak dan padat dengan pelanggan untuk satu-satu masa..

Memang kemalasan nak beratur di KFC Jerteh.. antara salah satu sebabnya ialah kekurangan parkir.. kedudukannanya tepi jalan besar yang sangatlah sesak sentiasa.. nak-nak lagi kalau time kemuncak.. perggghh.. jenuh memusing nak cari parkir tau..

Boleh jurr kalau nak parkir dalam kawasan Pasar Jerteh. pastu kenalah berjalan dalam 500m gituu. kalau pepagi oklah.. kalau tengah hari nak berjalan.. comfirm lap peluh sebelum sampai depan pintu KFC tu haaa.. dah lah letih berjalan.. masuk masuk, berbaris baris orang beratur.. kalau bulan puasa boleh penuh kerusi meja di booking. kesian mak enon tau 😂😂

Kini,

Akhirnya menjadi realiti..
Alhamdulillah..
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar..
Rasanya baru tahun ni kot tapak ni di naik taraf.. memula memang tak tahu untuk pembinaan apa.. tapi dalam hati sokmolah berdoa.. mudah-mudahan buka KFC atau pasaraya Tesco ke Mydin ke. hahaha. angan-angan tak sudah ciksu hampa ni tau..

Al-maklumlah duduk di Daerah Besut ni tak banyak kemudahan pasaraya.. kalau ada pon pasaraya Pantai Timur dan Giant serta Econjaya.. Giant apa jurr yang ada.. tak banyak kiosk kat dalamnya.. samalah juga Pantai Timur dan Econjaya.. deme jual barang deme jurr.. ciksu ni bukannya nak membeli pon.. nak cuci mata.. nengok-nengok apa yang menarik.. nak gi Aeon KB Mall mau 50km.. setakat nak window shoppong memang tak berbaloilah ooiii..

Ok. Melalut dah ni 😅

Berbalik pada tajuk entry di atas nun..
Selesai berteka teki selepas signboard naik.
Rupanya buat stesen minyak PETRON DAN KFC..

Yeay!! yeay!!

Kedudukannya tersangatlah strategik ok..
Jalan utama untuk pengguna keluar ke KUALA TERENGGANU, KUANTAN DAN LEBUHRAYA PANTAI TIMUR. SAMA ADA GUNA LALUAN PANTAI ATAU JALAN NEGERI.. KEDUANYA MEMANG AKAN LALU SINI NANTI..

Alang-alang lalu bolehlah singgah isi minyak dan tapau makanan. ahaks 👍

Macam kami penduduk Daerah Besut (Kuala Besut, Jerteh dan kawasan-kawasan berdekatan sekitarnya) bolehlah pilih nak pergi KFC mana.. macam ciksu sebelum ni kami suka ke KFC Pasir Puteh, cuma jauhlah.. tapi kadang-kadang bosan juga asyik makan di rumah... sesekali pekena jugalah KFC..

KFC PETRON KAMPUNG RAJA mula beroperasi sehari sebelum Raya Haji baru-baru ni.. kebetulan pada hari kejadian memang kami ada lalu sebab nak ke Kuala Besut.. ada ternampak banyak kereta.. dalam hati berkata-kata "dah buka ke.." tapi kami tak singgah pon.. teruskan perjalanan..

Alhamdulillah 29/8/2018 sempatlah singgah meninjau kawasan.. ececeh.. kemain ciksu, kan!! 😂

Mehlah tengok gambar-gambar KFC PETRON KAMPUNG RAJA yang sempat ciksu snap.. untuk dikongsikan dengan hampa..

Jangan lupa singgah KFC PETRON KAMPUNG RAJA deh..
tempatnya luas dan selesa..
boleh guna tandas dan surau PETRON di bahagian luar..

KFC PETRON KAMPUNG RAJA, BESUT, TERENGGANU 



KAUNTER MEMESAN PESANAN


PEMANDANGAN DALAM RESTORAN KFC 





KELEBIHAN KFC PETRON KAMPUNG RAJA, BESUT ialah 

▪ DRIVE TRHU 
▪ 24 HOURS 



Buat masa sekarang parkir memang luas sebab stesen minyak belum beroperasi lagi.. sikit-sikit hari lagi ni comfirm bersusun kereta dan pelanggannya, kan
😂😂

Jenama KFC sentiasa menghantui pelanggannya, kan!!



Sebelah kanan kalau hampa dari arah Jerteh menghala Ke Kuala Besut..
Sebelah kiri kalau hampa dari Kuala Besut Ke Jerteh.. 



Tuan tanah kedaung


Gigih singgah sebab nak tengok suasana dalamannya jurr.. 😂😂.. order cheezy wedges dengan set nasi dan ayam original untuk Rania..


Kekenyagan sudah.. ayuhlah pulang ke rumah..

Hampa nak pergi ni alamatnya.. 

KFC PETRON KAMPUNG RAJA BESUT,
MUKIM KAMPUNG RAJA DAERAH BESUT,
22200 BESUT,
TERENGGANU. 

2 Comments

  1. Assalammualaikum Tuan/Puan KFC dekat situ terima budak intern untuk buat practical tak?

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)