Tudung kanak-kanak

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA. PENUTUP SYAWAL 1439H



السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Iols kekenyangan.. baru balik beraya 😆 majlis penutup syawal.. semoga tahun depan berpeluang sambut raya lagi, aamiin.. 

Meriah..

Tahun kedua duduk di sini. alhamdulillah berpeluang sambut raya kali kedua di sini dengan jiran tetangga dalam perumahan kami..

Alhamdulillah.. dapat makan lemang bukit dengan rendang perlis yang sedap.. sate daging yang lembut.. terasa rasa perapannya.. sate ayam pon sodap..

Ada set kuih muih [ketupat, tepung bungkus, akok, tapai & tepung pelita], roti jala & kari ayam.. semuanya menu penambah kilo 😂

Menu lain nasi + ayam masak merah, laksa, bihun sup, nasi impit, cendol dan rojak pon ada tapi tak jeling tengok pon. ekekeke. kang terlebih jeling mau di sambar juga. ahaks 😅

Jomlah layan gambar-gambar yang ada.. tahun ni sama macam tahun lepas. berdua je dengan raniaku sayang sebab cik abe keje malam..

Rania dengan ummi. peneman ummi sentiasa.. terima kasih Allah 😘



Bulan depan [10 Ogos] genaplah umur Raniaku sayang 4 tahun. 



Raniaku sayang dengan anak jiran. 
Sekarang ni rania dah pandai tanya.. 

"ummi, kenapa rania tak ada abang long. kakak princess ada abang long. rania nak abang long juga.."

ngko rasa camno.. 

In shaa Allah, tak lama lagi Allah makbulkan doa Rania ye sayang. Rania akan ada adik nanti.. kakak atau abang memang tak dapatlah sebab Rania anak ummi ayah yang sulung.. nak pahamkan dia bahawasanya dia anak sulung tu, ambik masa. jenuh persoalan di tanyanya. 

Rania dengan Auni. beza dua tahun deme ni.. 



Blok ciksu duduk ni (F14) ada tiga pasang pasangan kembar.

Ini salah sorang. lelaki. anak jiran bawah sekali.  jiran sorang lagi kembar perempuan. ini jiran tingkat 1 manakala jiran tingkat 2, kembar lelaki juga. mudah-mudahan ummi rania pon dapat kembar juga nanti.. aamiin 😘

gambar deme saje sebab paling awal.. hihi. 

lagi dengan anak jiran. tumpang happy dengan deme je lah.. ibu dorang tengah bersiap, so, deme ikut ciksu duluan. in shaa Allah ibu dorang tengah tunggu hari nak bersalin tu. 
doakan ye semoga puan adila maisarah dipermudahkan untuk bersalin anak ke 6 ni nanti.. aamiin



Mereka lagi. hihi



Tak janji tapi tersama tema. hiks. 



Kami lagi.. hahaha



Selesai menjamu selera, mohler kita bergambar. untuk kenang kenangan katanya. 

Kami yang sedondondon.. 



Khemah ni cantik. menang tempat kedua. siap ada panjut.. 



Bersama Kak Ngah anak Ummi Yatie



Gelagat Rania dan kakak Hafiya. makan nak bersuap. laju pulak deme berdua ni haa. berebut rebut nak habiskan cendol yang Ibu Ani suap. hahaha





Sesi bersalam dapat duit raya. terima kasih Datin Suriati. Semoga Datin Su sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan aamiin 😘😃





Sebelum penutup, dihidangkan pertunjukkan bunga api. memang meriah sangat. last year tak ada bunga api. cuaca pon elok je.. 

Ciksu di sini.. 


 









Gendang gendut tali kecapi, 
Kenyang perut senang hati..
Mohler balik..
Rombongan ciksu pergi beraya.. ekekeke

Jiran blok F14 dalam kenangan.. ramai yang tak ada ni.. ada yang tak pergi sebab anak kecik, baru lepas pantang, anak tak sihat dan ada yang dah pindah keluar..
Ini yang mana ada.. pendek kata "handbag" dah boleh dilepaskan. Rania laju je nonong ke depan dengan kakak Hafiyanya.. 





#29syawal1439h
#ciksuberaya
#raya2018

2 Comments

  1. sronok raye. office mek pn yg mane tk smpat syawal hr tu, smbung lagi dengan zulkaedah

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)