Tudung kanak-kanak

3 SYAWAL 1439H [PERAK, KEDAH]

3 SYAWAL 1439H
#teamrayakuning

Happy sangat-sangat sebab dah nak gerak balik kampungku, Negeri Kedah Darul Aman. hewhewhew 😁


Sebelum balik Kedah, sempatlah singgah rumah pak sedara belah perak. kasi habis mana yang berbaki. rumah kenduri cancel sebab rasa macam dah lewat sangat haaa.. 




Rendang ayam ada bau daun limau purut yang sedap. cicah pulak dengan ketupat palas tu.. Ya Allah sedap sangat-sangat.. 


Dapat juga makan laksa kuah lemak versi tomyam tu.. mak tam tempah.. 





Rumah paktam.. adik ayah perak.. 


On the way balik tu, jenjalan cari durian perak tapi non hado. orang tak meniagalah pulak.. call adik ipar nak gi beraya umah mertuanya, sekali tak dapat pulak. line non hado. tretttt tretttt je manjang.. paling tak tahan, tak memasal sangkut jem. jenuh oiii sejam lebih dok atas jalan sebelum boleh larikan diri keluar ikut tol changkat jering.. serik uuuiii.. 😝


Ingatkan atas highway tak jemlah menghala ke utara sekali jem juga. ohoiiii.. rapat-rapat pulak tu. siap ada yang bercium vontot lagi haaa dengan panjangnya kereta. 


Jemmmmmmmmm uuuiiiiiii 😅


Nak boleh sampai pukoi berapalah ni haaaa..




Kepenatan berbaris jem.. kita singgah sebentar di Shell Sungai Dua.. cantik deko dekat Shell Sungai Dua ni.. kemain Rania ajak ummi bergambar 😄

Maskot Shell


Pondok telefon merah


"Hello Tok!! Rania nak sampai dah ni.. " 😂😂



Selepas juru nengok cuaca macam mendung, berjerebu jee. ba elok sampai gurun, hujan lebat selebatnya 🌧


Alhamdulillah. sampai je tol pendang lega dah rasanya tapi sangkut jem lagi. huahuahuahu.. lepas je tol pendang, kita sambung berbaris lagi.. 7:32 pm 😆


Akhirnya barulah sampai ke destinasi rumah terakhir di hari raya ketiga.. kiranya penutup di hari raya ketigalah ni..


Rezeki dapat menjamu selera nasi kenduri.. siangnya memang ada majlis perkahwinan anak sedara my bff.. 


Ada menu peberet.. gulai daging batang pisang.. ayaq asam.. ayam goreng kepsi, hati masak kunyit.. 

alhamdulillah.. 





Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.. jomlah balik ke rumah mak.. hujan plak.. kenyang.. memang mencari tilam dan bantal ajelah.. 


Pukul 930 malam sampai rumah tok rania. alhamdulillah 🏡


Selamat Malam.. destinasi esok? Ke mana? tengoklah macam mana.. 


#ciksuberaya2018 

#ciksuqasehnyarania 
#teamrayakgmertua 
#teamrayaperak
#raya2018

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)