Tudung kanak-kanak

Tenanglah di sana adikku.. Al-Fatihah

21.3.2012
Hari ni genap 6 tahun permergian arwah. Rindu rasanya. Arwah pergi selepas terlibat kemalangan jalan raya. Sekelip mata.. semuanya terkejut.. mati itu pasti.. itu janji Allah.

Pada mula kita kehilangan seseorang, kita sedih, sebak setiap hari menangis, solat menangis, mengaji menangis, baca doa menangis, tidur pun menangis. Tapi lama kelamaan kita lupa. Bukan lupakan orang yang meninggal, tetapi lupa akan kesedihan itu. Walaupun aku kurang bersedih tentang arwah sekarang, tapi ada sesetengah masa atau ketika atau peristiwa yang mengingatkan aku tentang arwah adik, aku sebak dan menangis.

Apapun semua tinggal kenangan. Kita hanya merancang.

Tenanglah di sana adikku, in sha Allah kami di dunia pastinya dijemput Allah, cuma waktunya belum diketahui.

Al-fatihah untuk adik. Moga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. aamiin


#ciksuqasehnyarania #familyciksu 

3 Comments

  1. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya

    ReplyDelete
  2. alfatihah..sy pun kehilangan satu2nya kakak 2 thn lps secara tiba2. Allah jer tau perasaan tu :'(

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah..
    Kita juga pasti menyusul..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)