Tudung kanak-kanak

KEDAI SARAPAN BEST DI JERTEH

Hai.. hai.. hampa.. 
dah sarapan ke pagi ni.. no no no.. jangan skip sarapan.. okay.. tak baguih untuk diri.. kang tak ambik sarapan, mai tengah hari kemain ko melantak, kan!! so tak adil.. gituuu.. 

Sebenornya ciksu nak share salah satu tempat makan best di Jerteh ni.. 

kenapa ciksu nak share di sini? sebab sebelum datang Jerteh, ciksu ni punyalah gabra okay.. merata cerok dok goggle cari info pasai Jerteh.. apa yang best di sini.. apa yang ada di sini.. tapi tak banyak info yang ciksu dapat.. so, kita redah je lah bila mari sini.. 

kalau sebut Jerteh dok femes sangat.. acu sebut Besut.. dang² orang pakat kenai dan tahu di mana.. 

ini special buat korang yang kalau bertandang ke sini.. kot kot nak mai berjalan ke pulau perhentian bolehlah cuba mari makan sini.. syaratnya kena naik kenderaan sendirilah.. mudah nak bergerak ke sana ke mari.. 

kalau naik bas, bolehlah menjamu selera di MEDAN SELERA JERTEH, YANG BERHADAPAN DENGAN STESEN BAS JERTEH ATAU DALAM BANGUNAN TU.. ADA SE LAGI MEDAN SELERA BELAH BELAKANG.. stesen bas pon tak macam stesen bas.. kecik je haaa.. kalau orang tak tahu, tak tahulah yang itu stesen bas.. satu bangunan dengan KEDAI DIY.. 

saat korang melangkah masuk ke dalam bangunan barulah nampak deretan kaunter² tiket yang ada.. banyak.. macam² jenis bas dok ada.. pilih je nak guna perkhidmatan mana 😍

kalau tengok di luaq memang teda bas menunggu.. bas hanya singgah ambik penumpang, pastu terus jalan.. 


okey, berbalik pada tempat makan best tu, kedainya warung biasa je.. yang didatangi atuk² berkopiah datang minum kopi pepagi.. suasananya best.. terasa macam di kampung.. 

menu pepagi ciksu kalau hantar anak ke sekolah bersama cik abe tersayang.. kalau sensorang kawe dok gi.. 😂😂

iols kan wanita melayu terakhir.. pemalu dan penyegan orangnya... kahkahkah.. 


menu peberet nasi putih, ayam bakar.. 
sedap oiii.. pepagi makan ayam bakaq dah haaa..

special sebab cara bakarnya pakai arang, kipas² tu tau.. bukannya bakar atas dapur gas macam kat dato keramat tu.. 



roti canai terbey.. owner kedai yang buat ye.. perempuan 😘

roti lembut.. ciksu suka roti canai garing.. baru sedap..cuma yang kurang kedai akak ni tak ada kuah sambal.. tapi apa ada hal, ciksu campur je sambal belacan tu.. hahahah. kasi ada rasa pedas² sikit kuah dal tu.. 

Menu

kedai kakak ni pepagi dah buka.. 
menu utama roti canai dan nasi putih ayam bakar/ikan bakar.. 
roti canai akak ni special tau sebab dia tanya dulu, kita nak garing ke tak.
so, dan dan la ciksu teringat ke roti canai mak nun di kampung.. rindu.. 

nasi putih, kuah gulai, sambai belacan dan ayam bakar.. sedap baq hang.. pepagi mai sini semerbak bau ikan dan ayam bakarnya.. dah lah bau wangi, sedap pulak tu.. bila makan berasa perapan ayam tu.. yummy ❗


paling penting murah.. set nasi berlauk ayam bakar tu hanya RM3 sahaja.. murah, kan!! murah sebab suami akak ni tokey ayam.. hihihi.. buka kedai ayam berdekatan kedai roti canai cik puan isterinya hihihi 


untuk ikan bakar sekor RM5.. besar ikannya.. ikan temenung/ kembung 🐟

kedai buka dari pagi sampai tengah hari.. 

kadang bergantung pada lauk pauknya juga.. ikut keadaan.. if habis awal, awallah..
tapi setakat dok pergi ambik rania memang ada je tengah hari tu.. sebab dekat je dengan sekolah rania.. hihihi.. rasanya kalau tak hantar rania ke sekolah area sini, memang tak berjodohlah dengan kedai akak ni.. memang tak lalu sini pon.. kalau sesaja.. nak lalu dok lah 😂😂

kat mana kedai ni? 

laluan ke Hospital Besut..
kedainya selepas Hospital Besut.. 
sederet dengan kedai jual pisang, ayam, ikan, kedai roti canai dan kedai ayam.. 
laluan ni juga menghala ke LA HOT SPRING.. TEMPAT MANDI MANDA YANG ADA DUA JENIS AIR.. AIR SEJUK DAN AIR PANAS.. BEST TAU..KADANG TU AMBIK JE RANIA DARI SEKOLAH.. TAPAU NASI AYAM BAKAR TERUS KE LA HOT SPRING.. 🚗🚗

in shaa Allah next entry ciksu share tempatnya.. okay ✌

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)