|
sup udang ketak sedap diratah. memang ralit bila mengopek kulitnya. apepon usaha tangga kejayaan. nak makan sangat, kan ! hikhiks. |
balik kampung.. comfirm cari
udang ketak atau udang lipan ni. setakat ni, belah kampung saya memang mudah nak dapatkannya. sentiasa ada dijual di pasar malam atau pekan nat.
udang ketak atau udang lipan ni sedap dimakan kalau masak kena caranya.
antara menu udang ketak atau udang lipan yang biasa dibuat ialah ikut permintaan. contohnya mak suka buat
gulai udang ketak. saya pulak lagi suka buat
sup udang ketak manakala adik no 3 lagi suka
udang ketak goreng kunyit. selera masing2, kan ! tak sama.
|
isi udang ketak sangat sedap, lembut dan manis2 gituu. bagi juga Rania rasa. dah bagi nak lagi, lagi dan lagi.lepas makan udang ketak ni, so far takde alergic ke ape. so, leh buat menu udang plak lepas ni, kan !!tapi nak makannya teramat lah perit. hati2 ye dengan kulitnya yang tajam tu.. |
entry kali ni nak share resepi simple sup udang ketak. sedapp yak mat ! sampai bermangkuk2 ulang makan dan hirup kuahnya. siap makan dengan bihun lagi sebab punya sayang dengan kuahnya tu. rasa manisnya macam makan sup ketam pulakk. hikhiks.
2 batang serai ketuk
1 labu bawang besar hiris halus
3 ulas bawang putih ketuk
air & garam secukupnya
2 pinggan udang ketak
daun limau purut secukupnya
tumis serai, bawang besar & bawang putih.. dah garing
masukkan air, biar mendidih
masukkan udang, garam, daun limau purut
cukup rasa, tutup api
entry lama tentang
udang ketak.
Rania makan udang ketak pada
usia 1 tahun 4 bulan. Alhamdulillah. Berjaya sebab tak ada alahan. Yeay! Yeay! Lepas ni kita makan udang lain pulak ye 😍
9 Comments
sedap nie.....lagi klau dpt yg bertelur
ReplyDeletepnh tgk udang ni.. terasa geli2 pula sbb rupa dia tu.. hehe
ReplyDeleteSekali jer dulu beli Cik Sue tak ingat dah mak masak apa....
ReplyDeleteYelah..... selera memasingkan, masak apa pun boleh kot kalau kena seleranya
Tak pernah dah makan dah.. Dulu ada gak la makan..
ReplyDeleteudang ketak ni isinya memang manis gila..sy suka goreng kunyit..tak pun kuahnya buat kuah mee ke charkoteaw ke memang terbaik dia punya manis..susah nk dpt ni tau
ReplyDeletejarang dpt jumpa ni.
ReplyDeletebesar2 ke udang ni cik su..
brp harga tu sekilo?
ok yang ni tak pernah makan
ReplyDeletefirst time dgr ~ udang ketak :)
ReplyDeletejarang beli.. rasanya sejak kawin x pernah beli.. sebab malas nak kopek nak makan hahahaha ... dulu pun abah je yg suka beli.. masak kari.. mmg terangkat.
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)