Tudung kanak-kanak

Makanan Bayi: Menu Jagung

 11 bulan

anak masuk usia 11m baru kenalkan dengan jagung. alhamdulillah, rania boleh terima jagung seadanya.
sampai sekarang rania suka makan jagung. jagung sangat2 membantu untuk aktiviti pelawasan rania. memang lawas sesangat ×_____×

bila ada jagung, senang kerja umi nak mengerjakannya, daripada setongkol jagung tu, memacam boleh dipelbagaikan menu. nak2 pulak dapat jagung madu. lagilah sedap dimakan. bukan setakat anak je yang tersuka. sekali umiayah pon tumpang sekaki. setakat ni umi masak makanan rania semuanya tanpa garam, gula dan bahan perasa lagi. sampai bila tu kita tengok pada keadaan. umiayah pon dah terikut sama. ala, sekali sekala, kan ! tanda sokongan buat permata hati. tak cukup rasa, kicap kan, ada !! untuk membantu menambah rasa. hiks :')

antara menu simple untuk anak berasaskan jagung. berselera rania makan.. makan cara anak kecil makan la.. makan sambil main *_^ 

Nasi Jagung
bawang putih + unsalted butter + air + beras + jagung + cheese 


Lempeng Jagung
jagung + air + tepung atta 


Bubur Jagung 
jagung + air + santan + daun pandan 


Jagung Rebus
jagung + air

Jagung Kukus
jagung + unsalted butter

siap buat frozen. senang kalau nak buat nasi goreng atau telur dadar jagung.

kemain, kan ! umiayah dah siap kopek isi jagung untuk mudahkan rania tapi tetap nak juga gigit gituu. anak oh anak :') gigit gituuu2 je, pastu bagi umiayah habiskan. saje suka2 hati 


9 Comments

  1. wowwwwwwwwwwwwwww pandainya cik su olah makanan anak

    ReplyDelete
  2. menu untuk orang tua pun best jugak ni

    ReplyDelete
  3. sedapnye tgk..

    sy baru terbaca, ramai lg blog yg follower kurang..saya pun sama lah..baru perasann..huhu

    ReplyDelete
  4. jagung ni memang peberet kami sekeluarga..makan rebus gitu je dah sedap.Afia pun suka

    ReplyDelete
  5. bab ni akk mmg kena tabik spring kat ciksu.
    impian dulu pon macam tu, no salt, no sugar...tapi kalau dah org lain tolong jagakan non hado nya perkara mcm tu. kalau buat dah siap2 bubur bby pon, blk kerja nanti tgk tak berapa nak luak. hari minggu kita suap ok aje bby mkn...pasrah....syukur lah ada org nak jagakan anak sementara kita kerja.

    ReplyDelete
  6. oii sedap tu, bukan rania je suka, acik pun suka makan jagung

    ReplyDelete
  7. sedap nyer la...
    jagung rebus feveret famili aida tau.

    ReplyDelete
  8. seronok tengok Rania makan. Uwais tak suka jagung

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)