bila call sembang dengan mak, mak suruh pi klinik cepat2. risau takut dehidrasi. pi klinik nanti doktor akan bagi 'air garam'. minum je nanti.
nak makan memang tak lalu tau.. minum air putih pon gagah2 je..
kebetulan family mertua (ayah, mak, abang ipar) mai sini sebab nak pergi berubat di puncak jalil. cik suami kena temankan sebab abang ipar tak tahu jalan. ajak saya sekali. memang tak ikut sama sekali la, kan ! dengan keadaan badan yang lemah + cirit birit pulak. kang menyusahkan je. baik duduk rumah. anytime boleh ke toilet.. habis tak larat kita golek2 dengan Rania >_<
tunggu punya tunggu sudahnya pagi tu minum Oral Rehydration Salts (ORS). ini lah yang mak saya maksudkan tu.
ORS ni dapat daripada kakak ipar. kakak ipar kirim dekat cik suami sebab cik suami balik semula ke rumah malam tu. tak jadi bermalam di sana. kebetulan hari tu kakak ipar sekeluarga ceri beri, pergi klinik dapat ORS. so, ada la lebihan lagi.
kakak ipar bagi 2 sachet. tapi saya minum 1 sachet je. bancuh dengan air suam. rasa pon sedap. first time minum ORS ni.
saya mula minum ORS pukul 11:45 pagi selepas uruskan Rania.. sesambil tu saya masak bubur nasi.. setting untuk 2 jam.. nanti bila jaga tidur, bubur dah ngam2 masak, boleh terus makan.. so, tak payah nak tunggu lelama, kan ;)
kendian saya pergi golek2 dengan Rania sampai tertidur kedua2nya.. jaga2 dah hampir jam 3 petang..
sebelum mandi saya makan sebiji pisang untuk tambah tenaga kembali katanya..
13 Comments
Alhamdulillah dah baik
ReplyDeleteHihi...memang seksa la kalo keluar masuk tandas.....
mmg seksa kalo asek berulang ke toilet je..
ReplyDeletemmg letih.. tenaga byk hilang.. huhu
time kecik2 dulu sy selalu ceri beri,,haha
ReplyDeleteSesekali Allah menguji...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAllah sis, macam2 dugaan tu.. Moga terus dikurniakan kesihatan yang baik ye..")
hadoi memang x tahan kalau kena cerry berry.
ReplyDeleteaida sejak amalkan sole qaseh, kena cerry berry, minum air titik lebih dgn sole qaseh la.
ia memang air garam dah.
anak2 pun gitu, serasi dgn sole qaseh.
Tan pnah telan ORS ni..slalu p cheketeon tu la betul ka eja.hahaha...teh teln memang tak arr sy nk telan..takut ehh kelat tak sedap..rela lg ulang alik toilet.hahaha
ReplyDeletesyukur alhamdulillah dah baik...memang kalau kena cirit birit nak buat apa pun tak boleh kan.
ReplyDeleteSetuju Cik Sue......kalau dah kena ceri beri gini eloknya duk diam jerlah kat rumah hihi...
ReplyDeleteMmg selera makan tak de ek....Ada ceri beri yg tak memulas kan....cuma gruk gruk jer pas tu membuang
Setuju Cik Sue......kalau dah kena ceri beri gini eloknya duk diam jerlah kat rumah hihi...
ReplyDeleteMmg selera makan tak de ek....Ada ceri beri yg tak memulas kan....cuma gruk gruk jer pas tu membuang
mmg ye la... dah kena ceri beri tu dok umah je la kan.. hehehe air ors tu mmg bagus juga untuk kembalikan hidrasi dlm badan... mujur ada stokkan...!
ReplyDeleteAlhamdulilah ok dah kan. memang kalau kena ceri beri tu ape pun tak lalu. macam saya la hari tu. smpi dehidrasi kena masuk kecemasan tambah air. sebab bila makan ke minum ke. ceri beri sampai muntah sekali keluar.
ReplyDeletepaling penting minum air garam tu utk gantikan balik tenaga yg kuar!
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)