Tudung kanak-kanak

Resepi Untuk Bayi - Homemade Stok Ayam

entry hari ni, umi su nak kongsikan cara2 membuat homemade chicken stock untuk bayi. apa yang pasti TIADA PENAMBAHAN GARAM, GULA DAN PERASA YANG TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK BAYI. In shaa Allah, berkat air tangan umi/ ibu/ mama/ mummy/ mak yang memasak penuh kasih sayang pasti sedaplah makanan tu nanti tanpa bantuan bahan perasa.

alhamdulillah ^_^ jom kita sama2 buat stok ayam homemade untuk bayi ni. mudah je rupanya. dedulu tak pernah pon buat untuk diri sendiri. bila ada anak, automatik berusaha mencari ilmu untuk dapatkan hasil yang terbaik. 


kali pertama buat stok ayam untuk bayi, saya rebus dalam periuk letak atas dapur gas. kali kedua dan seterusnya, just masak stok ayam, guna slow cooker. lagi mabeles. memang memuaskan hati.

caranya.. 
satukan air + saderi + lobak merah + kulit kayu manis + bunga cengkih + bunga lawang + buah pelaga + bawang holland + halia + garlic + rangka ayam + dada ayam. 

kalau guna dapur biasa rebus 6 jam dengan api perlahan dan ditutup, supaya wapnya terkumpul. guna slow cooker pon sama jugak. cuma bezanya, bila guna slow cooker tak ada la nak ulang alik nengok airnya. sama ada kering atau tidak. cukup masa dah siap. 

*kesemua bahan2 main agak2 je ye* 

bila dah masak dan serasi bersama, 
tapis kesemuannya dan asingkan 4 sekawan, halia, bawang & sayur mayur.

just ambil dada ayam + air rebusan ayam + sedikit daun saderi and then kisar. 

masukkan dalam tray/ baby bullet supaya mudah nak asingkan selepas dibekukan. kendian simpan dalam bekas kedap udara dan labelkan nama menu dan tarikh dibuat. bila nak guna just ambil kiub dan campurkan dalam bubur baby. sedap oke ;) 

tadaa, siap sudah stok ayam untuk Rania ku sayang :) selalu guna kiub stok ayam ni dalam menu bubur nasi atau pasta.

macam sekarang Rania dah umur setahun lebih pon saya masih buat juga homemade chicken stok. kekadang tu untuk masak nasi ayam ke, nasi tomato ke, makaroni goreng ke. wahh! kemain, kan menu Rania. hikhiks. kena pelbagaikan, kalau tidak memang Rania tak mo makan. bulan ni ada satu kisah bab makan Rania ni. sabaq je la. ada masa nanti umi kongsi, kan !


manakala bahan2 lain jangan dibuang sebaliknya jadi habuan umi. hikhiks :)


saki baki sayur mayur dalam stok ayam tu, dibuat nasi goreng. pon sodap jugak !! cuma tambah cili padi sebiji dua, memang terangkat lah.. 

nampak ! nampak ! tiada pembaziran di situ, kan !

ada masa nanti, nak kongsikan cara buat sos tomato dan stok ikan bilis, pulak..

next entry.. 

7 Comments

  1. tengok pun dah tau sedap. hehe
    best la jadi rania.. suka betul mama dia masak macam-macam.. hehe

    ReplyDelete
  2. dulu rajinnya buat stok ayam camni

    ReplyDelete
  3. Haiii .....mmg untunglah Rania dpt umi rajin tau....Dapat umi mcm auntie, menyesal Rania! Hihi

    Yelah kan ....untuk baby mmg tak sepatutnya tambahkan perasa mcm garam gula tu biar depa biasa dgn rasa yg plain...Baik untuk kesihatan, katanyalah...

    ReplyDelete
  4. wow gempak semua menu2 rania..sy klu buat stok ayam just rebus ayam or tulang ayam je..klu rajin sket masuk bawang halia..klu dak seadanya la..masa afia dulu jarang buat stok ni..sebab sy memang suka masak fresh.hehe

    ReplyDelete
  5. saya tak penah buat camni
    masak hak gitu2 aje

    ReplyDelete
  6. bagusnya ciksu...akak kena rajin juga la macam ni

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)