Tudung kanak-kanak

Resepi Untuk Bayi - 8 Bulan Dan Ke Atas

baby sudah 8 bulan. apa lagi menu yang boleh diberi pada baby? 

baby 8 bulan dah boleh kenalkan lebih sikit grains macam millet, quinoa, red rice, cous cous & pasta.

sayuran macam capsicum, cendawan, sayur daun hijau (kecuali bayam), beetroot.
protein macam ayam, daging & kuning telur. 
waktu ni dah boleh tumis, tambah rempah serta santan. 
tapi.. jangan dilupa 4 days rules ye. termasuk masa intro rempah, kena satu2 untuk 4 hari juga.

8 bulan

menu2 bubur nasi + puri sayur yang umiayah berjaya masak dan suapkan dekat Rania. antaranya: 

Bubur Nasi
Bubur Nasi + Kurma
Bubur Nasi + Labu 
Bubur Nasi + Keledek Jepun 
Bubur Nasi + Cauliflow

selepas berjaya makan bubur nasi, umi buat stok ayam pulak. memang senang dan sedap bila buat sendiri kiub ayam untuk anak. makpak pon boleh tumpang sekaki. 

Kali ini, umi mula masukkan sebiji bawang putih setiap kali masakkan bubur nasi.


Bubur Nasi + Ayam
Bubur Nasi + Ayam + Labu
Bubur Nasi + Ayam + Bunga Kubis
Bubur Nasi + Ayam + Lobak Merah

masa ayah masuk wad Rania kurang selera makan. macam2 umi buat, asalkan Rania jamah juga sikit. 


selepas ayah keluar wad, kita balik kampung (kedah). untuk travel umi buatkan stok ikan bilis. senang. 

Bubur Nasi + Ikan Bilis
Bubur Nasi + Ikan Bilis + Epal
Bubur Nasi + Ikan Bilis + Lobak Merah
Bubur Nasi + Ikan Bilis + Kurma

Masa kenalkan Rania dengan Ikan bilis umi perasan, Rania suka garu2 cuping telinga sebelah kanan, sudahnya nampak macam luka sikit sebabnya ada nampak kesan darah.

jadi.. umi budjet Rania alah dengan ikan bilis.. balik KL umi terus stop bagi menu yang ada ikan bilis.. stok ikan bilis Rania, umi yang habiskan.. hihi (",)

seterusnya.. umi hanya buatkan bubur letak sayur & buah semata2 sebab sayur dan buah dah serasi dengan Rania. 

Bubur Nasi + Sayur (Cauliflower )
Bubur Nasi + Sayur (Kacang Peas)
Bubur Nasi + Buah (Pear + kurma)
Bubur Nasi + Sayur (Labu)

oh ya, hasil daripada pembacaan, kentang dan nasi jangan dicampur sebab dua2 karbo, jadi.. tak berapa elok digabungkan, nanti akan menyebabkan baby sembelit. 

kentang + puri kurma

alhamdulillah, rania baik2 aja. bila makan bubur sayur dan buah. 

selain bubur nasi, ada juga bagi oat & cous-cous. buat permulaan, memang rania terima, lepas tu macam nak tak nak je makan bila umi suap. 

setiap menu bubur umi renjiskan minyak zaitun. minyak zaitun pon ada macam2 jenis. cara guna pon berbeza antara satu sama lain.. ada yang hanya untuk merenjis, ada yang boleh guna untuk ditumis. boleh semak di SINI.

5 Comments

  1. Wahhhh..ra ji nnya mama Rania...mesti Rania nnati comel dan sihat dapat mama yang rajin macam ni.

    ReplyDelete
  2. Byk menu utk baby. Kena rajin explore resepi.

    ReplyDelete
  3. rajinnnya ciksu ni.. untung rania..

    ReplyDelete
  4. sy pun biasa buat menu2 ni semua untuk afia.paling kerap buat nasi plus kurma or nasinplus kismis.cuma kentang je afia tak suka..pernah buat kentang putar versi baby tu dia takmau makan..huhu smp sekarang pun afia tak berapa suka kentang

    ReplyDelete
  5. seronok masak untuk anak kan, nak pulak anak makan dengan seleranya.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)