Tudung kanak-kanak

Resepi Rendang Itik


uols pernah makan itik? kalau pernah makan itik, selalu uols suka masak apa ye ?

saya pon baru je belajar makan itik ni. kebetulan ayah saya ada bela itik sejak tahun lepas. kalau ayah tak bela itik, rasanya belum merasa lagi la kot. hikhikhik. alhamdulillah, tak da la banyak sangat itik tu, tapi setakat ni makayah dah pernah buat kenduri di rumah berlaukkan itik peliharaan makayah tu. 

setakat ni mak dah pernah buat rendang, kurma dan gulai itik. memang sedap la.. cuma itik ni tak ada la banyak sangat isinya. cutting ayam dengan itik tak sama ye. belakang itik kurang berdaging. kalau ayam kita suka bahagian drumstik kan.. kalau itik pehanya hahaha. sendiri mau tau la, kan ;)

sebelum nak makan kena basuh/ cuci itik ni betul2 sebab baunya boleh tahan. takut tak lalu nak makan pula nanti, kan =)

paling nyeksa bab cabut bulu itik la. adoii, kemain tebal oke bulu2nya. dah la tebal, halus mulus pulak tu. jenuh nak cabut. lenguh habis lengan2 ni haaa.. sekor itik mau 2 orang selesainkannya . kalau sensorang, alamatnya entah pukul berapa la boleh siap, kan ? tapi bila dapat makan itik, memang lupa la perit jerih sebelum tu. 

mak saya selalu basuh itik dengan daun limau purut dan tepung gandum. cuci dan bilas sebersih2nya. kendian boleh lah dimasak ikut menu pilihan :

resepi rendang itik 

bahan kisar : cili padi, cabai kering, kunyit hidup, halia, lengkuas, serai, bawang merah

bahan tumis : kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah & putih 

bahan2 lain: itik, santan,daun limau purut, daun kunyit (hiris halus), asam keping, kerisik, garam & gula melaka sesedap rasa 

caranya : tumis bahan tumis, masukkan bahan kisar. biar sampai pecah minyak.
masukkan itik, daun limau purut. masak hingga itik mengecut. 
masukkan santan. renehkan sampai mendidih dengan api slow. pastikan itik betul betul lembut baru
masukkan asam gelugor + kerisik. kacau bagi rata, perasakan dengan garam + gula melaka. masak hingga kering atau terpulang pada selera memasing. 

Rendang ni ada yang suka masak tanpa tumis.. bagi ciksu terpulang.. kadang nak tumis, tumis.. kadang tak nak tumis.. terus renehkan.. suka suka hati.. kita yang buat deme, kan!! 



12 Comments

  1. hehe itik saya makan!.
    masa arwah tok ada tiap tiap kali acara besar kat rumah mesti ada itik ni, bulan puasa kalau acara bkk puasa rumah tok itik jugk ada.
    tapi leps arwah takde jarang makan, hari tu sekali ayah cakp nak makan, so mak masak kan gulai itik,

    biasany gulai je la

    ReplyDelete
  2. PC belum pernah lagi makan daging itik..nak juga cuba sesekali..

    ReplyDelete
  3. Ain xmkn itik huhuk .tp seyes mang lenguhhh nk cabut bulu itik tebal sungguhh.

    ReplyDelete
  4. sedapnya cik sue..tapi kt sini itik payah nak dapat.
    selalu kalau ada itik ni kami masak rendang...masakan lain tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  5. Makcik dulu ada bela itik sue... tapi akak memang tak makan lah..hihi... skrg ni mil ada bela kt kg... selalu ipar2 buat rendang juga...

    ReplyDelete
  6. Rasanya akak pernah makan itik tp yg masak kari. Orang kelate makan macam nasi berlauk pagi tu. Ke itu itik serati? Haha.. entahla.. tp yang pastinya kalau rendang itik mmg tak pernah lg.

    ReplyDelete
  7. saya pernah mkn sekali je itik ni... di restoran sorang sahabat di melaka... dia masak kari itik... sedap juga!

    ReplyDelete
  8. Rendang pun tak pandai masak..lglah itik yg payah nak jumpa ni..tak pernah sy masak ciksue..itik ni pun sekali je pernah masak masa dijohor dulu..tupun buat lauk lain..

    ReplyDelete
  9. nampak sedapnyaaaaaaaa. tak pernah makan lagi. sama macam rabbit. rasa macam 'tak lalu' nak makan huuuu. kat gerai bawah ofis ni pun ada orang jual gulai itik hari2 tapi takpernah rasa nak try. tgk rendang ciksu ni tetiba terliur pulak hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi makan daging itik nih.

    ReplyDelete
  11. macam sedapp jer.. tapi itik xpernah makan lagii

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)