Tudung kanak-kanak

Perkembangan Rania 14 Bulan

10/10/2015
14 Bulan


kenal anggota badan
setiap kali lepas mandi, memang akan ajar rania cari apa yang umi sebut. baru kenal tangan, perut dan kaki. bila sebut lelaju mencari.

suka tiru gaya


"nampak lawa.. nampak lawa.." haaaahahaa.. rania suka sangat tengok iklan NV tu, tengok la tu, siap ikut gaya lagi. hikhiks. dengar je lagu tu, terus laju2 buat gituu. 

so.. umiayah memang kena berjaga2 segala perbuatan selepas ni. kena tunjuk yang baik2 je. 

semua nak buat sendiri

selain daripada makan, nak suap sendiri.


nak pakai bedak pon sendiri juga. tak mo bagi umi tepekkan. bila umi tepekkan, tak puas hati. dapat pegang botol, tuang sendiri, kemain suka lagi.


suka tolong.. tolong, lah sangat, kan !
pantang nampak umi lipat kain baju, mai dekat pastu ditariknya, bagi itik dia bawa jenjalan. aduh.. duh..






3 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)