Tudung kanak-kanak

Penyedut Hingus Bayi


masa umur 2 bulan Rania dah mula kena selsema tapi masa tu belum berani nak guna penyedut hingus ni lagi. jadi.. sedut dengan mulut. hasilnya kurang memuaskan.

bagi saya.. penyedut hingus ni perlu ada sekiranya ada anak kecil. just untuk memudahkan ibuayah untuk sedut hingus yang ada dalam rongga hidung anak.

alhamdulillah, sejak penyedut hingus Pigeon ni dibeli, ianya amat membantu kami setiap kali Rania diserang selsema. hingus yang disedut pon banyak keluar. rasa puas hati dapat tolong anak keluarkan hingus tu. cuma kena pandai handle anak je la. macam Rania dia boleh tahu kalau kita nak sedut hingus. 

penyedut hingus mula guna masa umur Rania 4 bulan. waktu ni kali kedua Rania diserang selsema dan masih kecil. Rania redha je bila guna penyedut hingus tu. tapi bila usia makin meningkat, Rania dah pandai menepis dan meronta2. kena sedut secara berhemah. supaya anak selesa dan mudah beri kerjasama

tapi kan.. mak saya macam tak berapa nak galakkan sangat guna penyedut hingus ni. sebolehnya suruh sedut guna mulut juga.. mmmmm.. bukan tak nak guna mulut tapi hasil selepas sedut tak berapa memuaskan. kesian ke anak.. 

sejak umur 4 bulan juga, saya guna kaedah percussion untuk longgarkan kahak. kendian saya sedut guna penyedut hingus ni. memang selambak hingus keluar. selsema pon lagi cepat baik..

next entry saya kongsikan teknik percussion tu ye..

in shaa Allah ^_^


3 Comments

  1. Baguslah penyedut hingus ni....sebabbaby mana pandai buang hingus kam

    ReplyDelete
  2. Ciksue sebenarnya sy tsk pernah sedut hingus anak.padahal dah dua anak.hehe..ngan mulut pun tak pernah lglah dengan menatang ni..mujurlah selsema anak tak teruk..buat teknik percussion pun bila anak nangis en suami plak bising..dah tu lagumana..biaq dia lega sendiri la jawabnya.hehe

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)