Tudung kanak-kanak

Gegata Oh Gegata

lepas ikut nasihat kak nora dalam entry yang lepas, saya stop sekejap makan semua sumber protein, rasanya makin oke sikit. cuma memalam ada juga gatal2nya. nak2 dekat area kepala. bila dok garu, boleh je rasa biji2.

ingatkan dah baik la, lepas naik kat muka tu, rupanya tak pon. makin naik lagi ada la.

paling tak tahan minggu ni la. adoii. sungguh tak tahan sebab gatal yang merenyam222 tu. dah tak tertahan rasanya. cik abe dok suruh makan ubat alergic yang dibeli tu, tapi saya tak nak. hukhuk. sebab bf rania, kan ! ubat tu kuat sangat, lepas makan comfirm mengantuk, esok pagi lemau je rasa, itu yang tak nak makan ubat alergic tu.

mula2 yang perasan naik balik tu, gatal dekat area bahu kiri. memalam dok le berjaga sambil mamai2 menggaru, bangun pagi bila tengok memang mendapat la, kan ! melarat macam peta dah. lega bahu kiri, naik bahu kanan pulak. pon melarat macam peta sebab gegata ni makin digaru makin menjadi2 naiknya.

paling tak tahan naik dekat dagu dengan leher la. Allah ! punya dok garu malam tu, sampai sedap sungguh sudahnya bengkak kemain lagi tempat garu tu.

dalam dok layan menggaru tu, terjumpa la satu petua ni..

petua hilangkan gatal gegata



tepung beras, air paip, lilin. 

caranya.. bancuh tepung beras dengan air, agak2 boleh dikepal, kendian golek2 kat tempat yang naik gegata tu sampai la tepung hilang kelembapannya. lepas tu, ambil lilin. nyalakan api, kendian ambil tepung beras yang digelek2 tadi, patah2kan, sambil patah2kan tu, cer peghati betul2, memang ada bulu2 halus yang melekat. tak banyak pon bulu2 halus tu tapi ada la melekat. bulu2 halus tu kena bakar. katanya kalau jumpa 'bulu halus warna perang itulah ibunya'.

jam 4 pagi gigih bangun buat petua ni. memula saya buat di bahu kiri dan kanan serta dagu. area dagu, selepas digelek tepung beras. tengah hari tu, saya perasan memang hilang terus gatal tempat yang disapu tu. bengkak pon otomatik surut. yang tak bestnya, kulit bahagian dagu memang calar. sebab memang saya garu sungguh malam sebelum ni. bahu kiri dan kanan pon hilang gatal dan bengkak pon surut.

penangan gegata ni kan, dia punya gatal dah la tahap merenyam2 tu, pastu bila makin digaru dia rasa panas2 + pedih.

tapi...

gegata timbul tempat lain pulak. jadi area lutut, siku, lengan, betis, leher dan perut la pulak. dekat kepala pon ada juga. dugaan bulan oktober. penghapus dosa juga ni. hukhukhuk. kalau tak baik juga 2,3 hari ni memang nak ke pusat perubatan islam la nanti.

tahun 2012 rasanya gegata hilang selepas naik merebak macam peta tu selepas disapu dengan ubat yang doktor bekalkan sebab saya ingatt lagi, doktor ada pesan, katanya selepas sapu, masih tak hilang, datang semula, kita inject. tapi saya tak pergi pon sebab lepas sapu ubat tu memang terus hilang. setelah sekian lama, tahun 2015 gegata serang kembali. aduh.. duh.

gegata ni memang tak boleh hilang terus erk ?

12 Comments

  1. huhu.. zaza pun ada alergik kulit gatal..

    ReplyDelete
  2. lahai kesiannya cik su kena gegata
    memang kalau kena ni merenyam...gatal sangat
    habis bengkak2 kan
    kata orang tak boleh kena air...nanti lagi teruk

    anak saya kerap kena, memang lambat baiknya
    tapi saya bagi makan ubat gatal...tak penah cuba petua tu

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni.. cik en nak try baikkan gatal2 kt laki.. dkt berpuluh tahun.. blh kot cuba cara ni
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Tinggal kurang 24 jam lagi berakhirnya Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000. Moh kita join
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
  4. cik en rasa, de alergik makan kot.. org dulu2 kan byk pantang alrang.. x lehmakan ikan tapah la, ikan pari la.. cube tanya org tua yang ada..

    ReplyDelete
  5. Wa jarang kena..tapi hubby Wa selalu kena ..nanti nak tryla petua ni ciksu TQ

    ReplyDelete
  6. kakak saya pun dulu kerap jadi gegata ni sampai mak saya lumur abu dapur kat badan dia..dulu kecik2 kami pakai dapur kayu jadi senang nak dapat abu nya tu..tapi sekarang dah besar tak de la jadi gegata tu..memang boleh sembuh rasanya..

    ReplyDelete
  7. alergik makan tu kak.. moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Gegata ni apa ciksu? Puncanya? X brapa thu sngt. Hee

    ReplyDelete
  9. alahai..memang merenyam la kan gatalnya tu, akak takde la petua apa nak bagi. akak mampu doakan moga ciksu cepat sembuh dari gegata ni ye

    ReplyDelete
  10. huuuu kesiannya. moga cepat sembuh dan tak kena lagi dah ciksu amin amin. takde jugak petua yang sesuai. huuu

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)