Tudung kanak-kanak

Bahagia Tanpa Anak


sesiapa antara uols yang suri rumah dan ada blog serta kenal dengan Kak Neen atau Neena Anuar. moh le nengok Kak Neen tampil di TV3 dalam Rancangan Wanita Hari Ini sekejap je lagi.. 

Kak Neen akan berdiskusi tentang tajuk "BAHAGIA TANPA ANAK"

sedia maklum, kami pon 'sekapal'.. so, jom la tengok. saya suka tengok Kak Neen dan En. Teman beliau. mereka sangat happy go lucky..  saya suka dengan aura positif mereka suami isteri. setiap kali terjah ke blog i'm yours memang akan terasa terhibur dengan celoteh Kak Neen. walaupon tak pernah bersua muka dengan Kak Neen saya kagum dengan dia.. nak2 selepas berjaya keluarkan koleksi tudung tersendiri sampai saya pon dah jatuh chenta dengan tudung instant Naifah keluaran Kak Neen

sama2 kita doakan buat geng ttcian yang lain juga ye.. saya yakin rezeki anak untuk dorang juga pasti ada. doa, usaha, ikhtiar dan tawakal :) 



12 Comments

  1. Alaaa terlepas la..ermmmm..doakan untuk kami..

    ReplyDelete
  2. Nanti nk terjah gak la blog kak neen tu mcm besz ja . Hihi

    ReplyDelete
  3. ohhh blogger gak erk..tadi ada ternampak sekejap WHI tu... cantik dan tenang je tgk org nya... sama2 kita doakan...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ade rezeki tu, cuma org lua jgn mencemuh tapi Cuba bagi sokongan...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, rahsia Allah tiada siapa yang tahu... yang pasti Allah aturkan semuanya dengan baik sekali... Moga Allah akan kurniakan anak2 buatnya nanti... Amin...

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah kak neen , Allah know the best ! aamiin

    ReplyDelete
  7. moga dimurahkan rezeki jugak buat mereka semua. amin amin

    ReplyDelete
  8. tengok juga! moga Allah murahkan rezeki anak buat kak reen dan semua TTC

    ReplyDelete
  9. Rsanya ada tgk hritu. Tp x thu pula ianya blogger..

    ReplyDelete
  10. Insha Allah.. Nanti terjah blog dia.. Bahagia tu subjektif.. Ada org de anak tapi tak bahagia pun ada kan.. Allah tahu apa yg terbaik..

    ReplyDelete
  11. teruskan berdoa.
    rezeki Allah.
    kakak sulung aida pun xde anak :(
    anak2 buah la tempat dia curah kasih syg.

    ReplyDelete
  12. akak rajin juga baca blog neena anuar ni...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)