Tudung kanak-kanak

Solid Food: 8 bulan Bubur Nasi & Bijirin

Sesapa yang singgah masuk ke blog ni harap maklum la ye.. actually, kisah2 dalam blog QasehnyaRania boleh dikatakan kesemuanya kisah trowback.. cuma bab menu aje kekadang keluar ketika masih berasap-asap lagi ;)



Tapiiiii..




Untuk menu Rania sepanjang bersolid food memang kebanyakkannya trowback.. maklum la, sekarang Rania dah berusia 13m+ *_*


Untuk entry kali ni.. just nak kongsikan pengalaman saya kenalkan Bubur Nasi & Bijirin untuk Rania ketika diusia 8m :) 



kalau belah kedah BUBUR NASI panggil MOI.. belah perak panggil KANJI ;) padahal kedua2nya benda yang sama je.. so, tak payah nak pening2 la sangat oke.. 

Anak umur 7/8m dah boleh kenalkan dengan Bubur Nasi & Bijirin.. untuk bubur nasi boleh gunakan beras perang atau beras putih.. tapi untuk Rania umi pilih beras putih wangi.. kemain, kan ! wangi2 pulak. ini pengalaman umi masa kerja di MB, leader ada pesan nak buat bubur seeloknya guna beras wangi. katanya bubur cepat masak selain berbau wangi. nak makan pon sodappp.


untuk bijirin umi pilih Rolled Oat Organic & Cous Cous. ikutkan nak bagi masa umur 8m la. memandangkan kelam kabut dengan ayah rania warded, postpone sehingga rania injak ke usia 9m+ baru bagi oat & cous-cous. ok-ok je penerimaan rania dengan oat & cous-cous. akan buat entry khas untuk oat & cous-cous ×_×


Ini yang menjadi pilihan umiayah untuk Rania.. dengan harapan Rania suka la makan hendaknya.. 

Genap usia Rania 8m pada 10/4/2015 umi intro Bubur Nasi.. beberapa hari sebelum tu, umi dah mula bagi air nasi.. bagi rasa katanya.. kalau ikutkan tok, tok suruh bagi masa usia Rania 6m hari tu.. sebelum diperkenalkan dengan solid food.. memandangkan umi start dengan Puri Kurma maka kita skip la dulu.. pelan2 kenalkan untuk anak.. nak kalut mana, kan ! 

Nak diawalkan lagi pemberian bubur nasi ni pon boleh.. terpulang pada mak memasing.. tapi umi mulakan pada usia 8m.. actually, takut pon ada.. 

Alhamdulillah, Rania berjaya habiskan bubur nasi yang pertama. memang bubur nasi semata. nak bagi rania kenal rasa bubur nasi tu dulu. ala, bukannya banyak sangat pon. sukatan macam biasa. letak dalam bekas baby bullet :) 



Selepas berjaya merasa bubur nasi baru umi combokan dengan puri sayur dan buah. alhamdulillah, Rania makan juga..




bila dah serasi dengan puri buah/ sayur, umi siapkan chicken stock untuk dimasukkan dalam bubur nasi.. bab chicken stock nanti umi siapkan entry lain.. sekali harung dalam entry ni kang panjang berjela la pulak, kan !



saje je.. kenang2an katanya. maklum le pestime buat sendiri. hanya nakkan yang terbaik buat permata hati terchenta & tersayang umiayah ni  @_@ kalau boleh semuanya nak explore dan rasa sendiri.. barulah belajar dari pengalaman, kan !

Kebetulan masa kenalkan bubur nasi ni, ayah Rania kena warded kes denggi, so, Rania kurang berselera makan masa tu.. kalau makan mesti ada bakinya. tak apa lah.. umi tak paksa pon.. asalkan Rania jamah sikit pon memadai.. umi tahu Rania tak seronokkan sebab ayah sakit, kan ! 



:)


8 Comments

  1. Yusuf masa umur 6-7 bulan tak gemar bijirin. dia tak suka. bila makan dia luahkan balik. hihi.. rupanya dia nak Ummi dia masakkan puree.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. betul tu ciksu dapat masak sendiri untuk anak-anak makan, kepuasannya tak terkata kan... teruskan usaha ciksu

    ReplyDelete
  3. betul! semangat nk masakkan anak dengan solid food.. dulu pun jijah excited gini..bnyak ilmu dapat.. tp xsempat nak share!

    ReplyDelete
  4. Untunglah rania umi rania rajin masak macam2 menu..pelan2 kenalkan rania dengan solid food..kita mak2 ni memang mahukan yg terbaik utk anak

    ReplyDelete
  5. Haha.. bila baca ni akak teringat kedua Ahmad ni mula makan seminggu sbln 6 bulan.. haha. Awal.. nampak kelaparan dan xcukup dgn susu itulah kesnya diberi bibur terus.. kes naim tu excited sb anak sulung kot.. bagus ciksu simpan semua perkembangan rania ni.. mudah dirujuk nanti..

    ReplyDelete
  6. betul. bagi anak terus nasi takut nanti perot diorang terkejut. lagi pun risau nanti takut dorang jemu makan nasi bila dah besar. bagi makan yang manis2 buah dulu lagi better kot :D

    ReplyDelete
  7. Zara start mrsa bbur ni msa 7bln kut. X ingt sngt. Tp jnuh jgk dia nk mkn. Lbih suka nyusu..

    ReplyDelete
  8. puas kan sis dpt buat makanan ank sendiri..bila tgk die mkn rs ilang penat tu..may b rania pun risau kt ayah jgk tu..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)