Tudung kanak-kanak

Solid Food: 6 bulan Sayur-sayuran


ketika umur 6 bulan saya kenalkan puri sayur pada Rania tujuannya supaya Rania sukaaaaa makan sayur nanti, tak nak memilih sangat ! 

Kalau ikut mak saya, mak suruh bagi air nasi untuk permulaan tu. saya tak buat pon. lupa sebenarnya. tapi first solid food untuk Rania saya bagi Puri Kurma. nak kenalkan makanan sunnah.

memula intro puri kurma, selepas pass baru saya mulakan dengan puri sayur, puri buah and then baru nasi/ bijirin. diikuti sumber protein, dairy product, tepung, telur, dsbnya.

Untuk puri saya campurkan dengan breastmilk kasi cair2. tak da la Rania terkezut bila bagi makan :)

Antara puri sayur pertama yang menjadi pilihan saya ialah lobak merah. ini semestinya la kan, umi kan peminat lobak merah. so, nak juga anak dia sehati sejiwa dengan lobak merah, boleh ;-)
dengan lobak merah macam2 menu boleh dibuat, kan ! antaranya kek lobak merah, kek cawan lobak merah, jus lobak merah dan nasi lobak merah. nampak ! nampak ! menu yang disebut semuanya menyelerakan dan semestinya my peberet oke :) lepas ni boleh la try buat lempeng dan cucur lobak merah pulak, kan.. try & error je la.

Selepas pass lobak merah, bagi pulak ubi keledek, kacang peas dan keledek jepun. memang ikut 4 day rules tu. skema sangat tau :) demi anak terchenta.

4 day rules ni untuk kita (mak mak ni ) tengok sama ada anak kita nanti ada alergik ke tidak dengan sesetengah makanan yang kita kenalkan tu. tujuannya supaya mudah bagi kita nak detect, kan! kalau terus campur itu ini, sudahnya kita sendiri tak tahu anak kita alah dengan makanan apa. 

sapa yang susah hati nanti ? kita jugakkan.. 

ape pon meh tengok carta solid food ni. kite rujuk je carta solid food ni nanti, comfirm kerja ibu2 jadi mudah & pantas, kan !! eheheehee 



Seterusnya just sesuaikan sayur2an ikut keadaan semasa. 

8 bulan
kentang, bunga kubis


9 bulan

beetroot, Keledek 


10 bulan

tomato, brokoli


11 bulan

jagung


12 bulan

sawi, bayam

Alhamdulillah la, Rania okje bila makan. cuma sampai sekarang, belum bagi Rania rasa squash butternut. dia macam labu juga. tapi lagi sedap katanya. saya pon tak pernah try. sebab belum jumpa lagi. setakat ni dok pusing Giant, Tesco, Aeon Big & JJ memang tak pernah bersua muka lagi dengan squash butternut ni.. susah juga, kan nak cari squash butternut ni..

7 Comments

  1. Bagus idea cik Sue tu.....biar anak suka makan kurma, makanan sunnah, pas tu makan sayur....elok benar lew tu ....bebudak kan kurang makan sayur ni.

    Okje dulu mmg memanjang bubur nasi jer cik sue

    ReplyDelete
  2. butternut squash..sy pernah try bg Qhaira..sedap..tp susah nk dpt sbb bermusim, sy pun dpt beli dr market pagi

    ReplyDelete
  3. kipidap mama rania.
    apa yg lebih baik drpd makan mama yg buat, kan?

    ReplyDelete
  4. best kan pelbagaikan menu anak utk solid food

    ReplyDelete
  5. saya dulu takut nak bagi makan labu. takut angin huuuuuu

    ReplyDelete
  6. squash butternut mmg jarang ade..ikut musim..aritu tgk kt cold storage ade tp sy xbrani nk bg..takut angin..aritu sy bg labu..abis kembung baby sy..hihi..klu sis rajin, tgk kt ig "babyeatsbyjustlixa"..sy tau psl butternut tu pun kt ctu..sis tu rajin jgk share resepi baby..die jual yg frozen..xde gula garam n msg ;)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)