Tudung kanak-kanak

Set Bersalin Tanamera


..
nak habaq ni. punyalah lama entry SET BERSALIN TANAMERA ni dok melepak di kotak draft nun haaa. saya mula draft pada 20/8/2015. kebetulan hari ni dah pon 9/9/2015. sabaq je la, kan ! ambil masa sampai bertahun untuk menonjolkan diri. ekekekek :)

Oke. rasanya nak kongsi pengalaman saya menggunakan SET BERSALIN TANAMERA ni dengan uols terutamanya buat ibu-ibu di luar sana yang tengah tunggu masa nak bersalin. tetiba terbaca entry ni boleh lah dibuat pertimbangan, kan ! so, bolehlah dijadikan panduan nanti. boleh pilih sama ada nak beli satu set atau loose item sajok.


Macam saya hari tu, memang terus beli satu set bersalin tanamera nie. senang. anak sulung, kan! semuanya pengaruh dari pengalaman testimoni set bersalin tanamera dalam majalah Pa&Ma yang saya beli setiap bulan. bila selalu baca pengalaman testimoni, memang terus terasa nak beli. walaupon masa tu, belum lagi pregnant. berangan dulu. hihihi. 

Terus terang cakap, walaupon kesemua item dalam set bersalin tanamera ni hanya disediakan tak sampai kita habis pantang yakni 44 hari TAPI SAYA AMAT BERPUASHATI BILA MENGGUNAKANNYA WALAUPON ADA SETENGAN ITEM YANG MACAM OKE TAK OKE JE. apa yang oke dan apa yang tak oke tu. jom kita rungkaikan satu persatu. 

saya beli di sini

Harga satu set bersalin tanamera RM335 + RM30 + RM15 = RM380 termasuk postageWalaupon saya beli set bersalin tanamera tapi saya ada tambah Virgin Coconut Oil (1 botol) dan Brown Formulation Body Soap (1 bar). itu harga tahun lepas la. tahun ni punya harga kena semak la ye. oh ya, set yang saya beli ni tak ada spray yang lavender tu. 

1) Virgin Coconut Oil (RM30)

Cukup suka baunya. wangi. mula guna masa kandungan masuk 7 bulan. saya sapu di perut untuk elakkan kesan strechmark selepas bersalin nanti. macam mana rupa bentuk strechmark. uols boleh tanya makcik goggle oke. nanti dia tunjukkan. gerun je tengok. bila kandungan dah 36 minggu dah boleh guna untuk disapu pada bahagian perinium atau kata mudah kawasan untuk melahirkan anak nanti. tujuannya untuk bagi kawasan tu lebih elastik atau mengurangkan kesan koyakan masa proses bersalin nanti. selain itu, minyak kelapa dara ini juga dibuat minum. saya minum waktu pagi dan petang sesudu. guna sudu plastik. 

alhamdulillah, untuk kelahiran yang pertama ni, saya BERSALIN NORMAL dan semasa rania dilahirkan, kulitnya memang bersih tanpa ada ruam atau biji biji putih. kuasa Allah, kan. 



sampai la sekarang, keadaan perut pon tak da la sangat kesan garu2 disebabkan strechmark. sebab tak sempat nak garu2 pon dulu. pernah juga baca entry orang lain, yang garu sampai tinggal kesan, kan. so far, dekat saya tak terjadi. 




pastu mak cakap, baru anak sulung.. memang la belum ketara kesan strechmark tu. oke, nanti kita tunggu anak no 2 pulak. tengok macam mana, kan :) 

2) Brown Formulation Body Soap (RM15) 

Saya guna dari masa mengandung. kendian diteruskan semasa dalam berpantang. best sangattt. kulit jadi lembut dan nampak cerah selepas guna. saya suka sabun ni sebab bau herba. 



sabun ni membantu membuang sel2 kulit yang lama, mengilangkan hitam2 di area leher, perut, ketiak dan pelipat badan kita. selain untuk meransang peredaran darah pada kulit badan kerana ia dihasilkan dari gabungan herba dan bijirin. bila kita sabun ke badan, ada butir2 kasar tapi tak ada la kasar sampai boleh lukakan kulit. tujuannya untuk membuang kulit mati. mmm, macam mana nak habaq erk.. uols kena try la. 




pendek kata boleh sental segala daki2 yang ada dan sabun ni boleh guna seisi keluarga. 


3) Mandian herba



saya campakkan aje dalam periuk yang berisi air mandian saya yang dicampur dengan dedaun yang saya bagitau sebelum ni. senang.




4) Calming Herbal Blend Paste/ Pilis




sedap di pakai selepas mandi. semacam je rasa bila tempek di dahi. cuma bila dh kering jatuh bersepai. 




guna 2x sehari selepas mandi. di awal2 berpantang memang pakai pilis ni. 




wajib sapu untuk elakkan angin naik ke kepala dan mengurangkan sakit kepala. tau saja la kan, memalam mesti berjaga sebab anak nak menyusu. comfirm tak cukup tidur. bila tak cukup tidur mata akan lesu, sakit urat mata apa semua kan. bila tepek pilis ni memang rasa lega dan nyaman sangat. saya lepas tepek pilis memang nyenyak je tidur. 





5) Teh Herba 



hari ke 3 selepas bersalin start minum. alhamdulillah, dapat membuang dengan aman. sepanjang tempoh berpantang, saya tiada masalah sembelit. lega :))))) suka rasanya pedas pedas bila diminum. selepas minum badan akan jadi panas.




Kebaikan teh herba ni ialah untuk melancarkan peredaran darah, menggalakkan pembuangan darah beku dari rahim, mencegah dari kembung perut dan melegakan sembelit. 




6) Herbal Massage Oil




berjaya dihabiskan sebab mak mertua guna semasa urut badan 3 hari berturut turut. bau dia sangatlah menenangkan jiwa. lagi satu kulit sangat lembut selepas mandi.




selain dijadikan minyak urut, saya buat sapu di lengan, tapak kaki dan bahu setiap kali selepas mandi. bagus untuk perjalanan darah. walaupon minyaknya tak berapa panas mana tapi saya suka baunya. bau serai wangi. mak mertua pon suka baunya.




7) Herbal Feminine Wash




guna setiap kali nak mandi. biar suam suam masa guna nanti. 




Tujuannya ialah untuk membantu menyembuhkan jahitan dan mengurangkann bengkak pada luka, menjaga kebersihan dan kesegaran di kawasan kemaluan serta menguatkan otot faraj. ia juga membantu mengurangkan masalah keputihan.




8) Firming Herbal Blend Paste




sangatttttt suka. bila sapu diperut terasa hangatnya. lama. cuma sangat LECEH bila dah kering. bila bangun mesti akan berterabur paste yang dah kering tu. stresssss ibu dalam pantang nengok..




9) Bengkung




sangat selesa dipakai bersama Firming Herbal Blend Paste. terasa kemas dan kejap. hari 1-3 mak mertua pakaikan. selepas tu, minta cik suami pakaikan. bila suami dah mula masuk kerja kena lah pakai sendiri. so far, bagi saya tak ada masalah pon bila kena pakai sdn bhd. kata nak ramping balik, kan.. so, kena la bertabah memakainya. janga risau, dalam set ni ada sekali cara pemakaian bengkung ni.




caranya, sebelum pergi mandi, saya bentangkan bengkung sesiap atas tilam. selepas tu, bancuhkan Herbal Firming Blend Paste dan siap sedia untuk disapu di sekitar "tilam air".




10) Boreh Body Scrub




cuba pakai masa dalam pantang tapi entah mana silap tetiba kulit jadi merah2 + gatal2. terus stop pakai. 




dekat2 nak habis pantang pakai balik. so far, alhamdulillah oke je. sangat bestttt. kulit lembut. yang penting dapat tenyeh segala daki daki semasa dalam tempoh berpantang tu. gabungan herba dengan ciri2 pemanasan, memberi tenaga dan merangsang peredaran darah.




Setiap pembelian set bersalin tanamera ini disertakan sekali cara penggunaannya. termasuk cara pemakaian bengkung juga. so, tak payah risau. kalau ada yang tak berapa nak yakin dan pasti saya just message dengan dealer yang saya beli. alhamdulillah, kakak tu banyak membantu.




Kesemua item dalam set bersalin tanamera hanya untuk kegunaan luaran kecuali teh herbal. itu yang buatkan saya tertarik untuk mencuba. untuk dalaman saya ambil yang lain. sedia maklum, kan :) 




Kesimpulannya, bagi saya set bersalin tanamera ni bagus dan sesuai dengan saya. walaupon hanya sesetengah item tidak memuaskan hati tapi alhamdulillah sebab kesemua item dalam set bersalin tanamera ni saya berjaya habiskan. 



kata mahal, kan ! so, kena la guna sebaiknya. tak berbaloi pulak beli mahal2, kalau tak habiskannya, betul tak ? hikhiks. 




Untuk makluman selebihnya uols boleh singgah website Tanamera sendiri


12 Comments

  1. Set bersalin tanamera ni adalah salah satu yang terbaik di pasaran sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. singgah pagi ciksu..
    *Doakan zaza merasa guna brg2 set bersalin ye ciksu.

    ReplyDelete
  3. Bila dah guna baru tahu apa lebih dan kurangnya
    Kakak dulu guna produk Amway CikSu

    ReplyDelete
  4. aah PC rajin juga baca PaMa...suka juga baca tetimoni berkaitan produk tanamera ni..terdetik juga dihati..onceday kalau ada rezeki boleh cuba..hehehe..ada kawan2 yang guna lepas bersalin..biasalah pendapat masing2..ada kata ok..ada yang kata biasa2..

    ReplyDelete
  5. masa nak bersalinkan anak kedua, IbuNoey guna Tanamera juga.tapi yang VCO tu je.memang ok la.

    dah beli satu set,memang kena guna semuanyalah kan.hehe.

    ReplyDelete
  6. Sy baca testimoni dalam pa & ma pun tergoda.tp hargabtu je dok fikir taj mampu hehe nak jimat sgt amik shaklee ja la

    ReplyDelete
  7. Tak ingatlah dulu okje guna apa.....anak pertama rasanya jamu kampung.....mak ai kuss semangat nak menelan.....anak kedua ketiga rasanya mak mertua bagi, jamu HPA..m
    Boleh tahan juga harga jamu set betsalin ni ek

    ReplyDelete
  8. ciksu, saya guna minyak kelapa dara tanamera, best. hihi, set berpantang masa kat ainul abang beli d herb, suma item saya mkn x habis. huhu. kali ni mestilah berpantang dengan shaklee..hihi

    * tak tau la potong apa kak, kerja 9 jam di bayar 6 jam ja... seluruh malaysia, masalah kewangan katanya, sebab kami ni sukarela pejabat soboleh la nak potong sesuka hati kan, cer kalau umum pejawat awam kena potong gaji, mau riuh 1 malaysia ni..

    ReplyDelete
  9. biar lambat, jadi post entry ni.
    ramai org boleh buat rujukan :)

    ReplyDelete
  10. dulu guna set mancur tapi sbb bsalin czer xsempat habiskan ubat2 tu nak2 takut makan jamu takut baby kuning.. nnt anak kedua ni nk beli yg penting2 je..

    ReplyDelete
  11. saya panggil kulit tembikai ihihihih. memang tak berani nak garu2 bila gatal perot. sebab takut jadi kulit tembikai tu haaaa

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)