Tudung kanak-kanak

Rawatan untuk bayi yang kerap menangis pada waktu malam

baru 2,3 hari lepas saya dapat jiran baru. setelah beberapa bulan rumah sebelah dikosongkan. penghuni asal dah pencen. 

kebetulan penghuni yang baru ada anak 2 orang lelaki. umur dalam linkungan 2 dan 4 tahun. 

nak dijadikan cerita, malam pertama mereka di rumah ada gangguan. semuanya bermula bila si suami hantar wasap dalam group blok yang kami duduk ni. katanya isteri dia menangis sensorang. makin lama makin kuat. tak lama lepas tu bagitau dah pengsan. katanya. sesambil tu isteri dia dok ajak balik rumah lama. masa kejadian dalam jam 8 malam. selepas maghrib. dia minta tolong tengokkan. 

ada member lain bagi no ustaz yang boleh dihubungi. 
saya suruh je cik abe pergi tengok situasi di sana. saya memang tak pergi la kan.dengan anak kecil lagi. risau la jugak. 

lama juga cik abe pergi. pastu dok ulang masuk umah. jap ambil air. jap ambil bawang putih. dorang kan baru pindah masuk, so, kelengkapan rumah ada yang belum mencukupi.

saya pon tak tanya banyak. oh ya, sebelum cik abe pergi ke rumah sebelah, masa cik abe dok baca teks wasap tu. bulu roma saya dah cering/ naik tau. sampai ke sudah saya tak tahu cerita sebenar. suami ada nak cerita, tapi saya macam tak ambil port sangat. bagi saya yang dah berlaku, biarkan berlalu. bukan apa, saya tak nak la nanti kalau dah tahu ceritanya, saya pulak dok memikirnya. dah la saya sepanjang masa duduk di rumah. suami pulak kerja. 

selain itu, ada juga member-member blok post teks ni. orang yang dialami mungkin berbeza. situasi mungkin sama. 



pppssttt: kalau salah tolong betulkan ye.

11 Comments

  1. mungkin penghuni baru lupa nak pulihkan rumah kosong tu kot. yela dah lama kosong kan mesti ada yang tumpang sekejap. moga semua kembali pulih sediakala amin

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ni ciksu. nanti ada anak boleh praktik. hehehhe

    ReplyDelete
  3. salam singgah.

    selalunya rumah yg lama ditinggalkan ni ada la penghuni lain nya. mintak dorang tu usaha dengan ustaz ke, inshaAllah lepas tu akan ok la tu :)

    ReplyDelete
  4. mungkin ada gangguan kot...mintak dijauhkan la ek tekena kt bb rania

    ReplyDelete
  5. rumah da lama kosongkan mesti ada penunggu..lbh2 lagi kita masuk xde baca apa2...ini salah satu rawatan juga..harap2 anak2 tu jauh dr gangguan halus.

    ReplyDelete
  6. rumah dah lama tinggalkan memang macam tu kot.seriau jugak ye ciksue,dah la kena dekat jiran pulak,dengan kita ada anak kecik,semoga gangguan segera pulih

    ReplyDelete
  7. sebulan sebelum bersalin saya dh pindah masuk umah skang..sebelum tuh sethn xde org duduk..mmg anak setiap malam menjerit menangis..dan setiap masa saya amalkan pasang surah al-ruqyah..alhamdulillah xberpanjangan..in fact smp sekarang saya masih amalkan..

    ReplyDelete
  8. Biasalah tu... Kita mmg berkongsi alam... Selalu psgkn ayat rukyah ya bila ada ank kecil ni... Dan selalu berzikirpd telinga anak terutama waktu malaam..

    ReplyDelete
  9. Apa yang terjadi kat jiran ciksu tu? Nape ciksu taknak amik port? Mana la tahu kot2 sebenarnya takde apa pun. Tapi harap2 okay la jiran ciksu tu.

    ReplyDelete
  10. rumah tak berpenghuni memang gitulah keadaannya
    lagilah ada anak kecik, mak saya masa sebelum pindah dulu suruh sentiasa pasangkan surah al-baqarah
    tak boleh nafikan kita berkongsi alam ni dgn makhluk lain
    harap jiran cik su dah stabil sekarang

    ReplyDelete
  11. kalau nak masuk rumah yg baru @ kosong pernah terbaca dr ustaz haron din,baca surah a-baqarah, kalau ada gangguan mcm tu, setiap nak maghrib buka semua pintu,tingkap azan 3kali..

    moga dah takde apa2 la lepas ni dekat rumah tu

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)