Tudung kanak-kanak

Jalan2 Makan Kenduri & Jumpa Sedara Mara

hari kejadian

khemah dari anak tuan rumah sendiri. kiranya sepupu saya la.
 masak je upah katering. itupon cuma belikan barang dorang tolong masakkan.
 kengkawan juga.


pengantinnya perempuan..
akad nikah dah selamat dibuat sehari sebelum majlis perkahwinan.


siap ada kudap2.. lepas makan nasi boleh la kunyah2 kejap sementara bagi laluan untuk nasi turun. itu pon kalau sempat. kalau orang ramai mana nak dannya. ye dok !


rewang sikit pagi tu. hanya jiran & sedara terdekat je la. potong jambu batu..


nasi hujan panas yang sangattt sedapp
digandingkan dengan ayam goreng berempah, sambal belacan, ikan masin, gulai daging campur kentang. ada juga gulai nenas dan ulam ulaman. nasi putih pon ada.
memang terbaik la. nasib rumah sedara sendiri, boleh ulang makan :) itupon puas si ayah dukung Rania. sebab tak mahu dengan orang. uminya makan sambil nyembang. bila lagi kan (",)


buah tangan 
orang balik kenduri bawa balik goodies bag. tapi kami tidak. bawa balik ni haaa..


hasil menyembang dengan sorang pakcik. kebetulan dia tengah menyapu di bawah pokok jambu air tu. di berinya pada kami. buat santapan di homestay. saya tak makan pon.
jambu air dah boleh makan ke ? jambu batu pon saya belum makan juga. kebetulan di rumah kenduri ada jambu batu. letak asam.. kecur air liur ni haaa >_<


apam warna warni pelbagai corak. berinti jem blueberi, stoberi & oren. sedap yakmat. satu demi satu laju aje masuk ke mulut. apam ni dari penang. sepupu bagi saya.

dapat kerepek dan muruku juga.
cik abe siap ambil daun kari lagi. apa pon tak boleh.
daun kari maklong merimbun.. seronok tengok. .

sekali sekala berhimpun begini seronok. nak jumpa selalu bukannya senang. masing2 bekerjaya dan ada tanggungjawab. duduk jauh2 pulak tu. jika tiada aral in shaa Allah hujung tahun makan nasi kenduri lagi.

lepas isyak bertolak balik kl. alhamdulillah selamat sudah sampai ke rumah. jalan pon tak  sesak sangat. itu yang bertolak malam. kalau bertolak lepas Asar maybe sesakkan sebab orang dah mula bergerak balik ke KL petang tu.

tanda kenangan untuk Rania dari Melaka.
habis kemerahan mukanya..



5 Comments

  1. Meriah nampaknya kenduri kahwin ni. Rania makin best la, rilex je umi bawa jalan ke mana2.. syokla umi jalan gtu...apam tu nampak menarik je kalau ada naim dan nazif tu agaknya kejap je licin..

    ReplyDelete
  2. seronok kan cik su bila dpt bertemu sdare mare..mmm sedapnya nasi ujan panas tu!comeyy la apam tu..

    ReplyDelete
  3. apam tu comellah kan =)
    kalau saya dah sayang nak makan tu =)
    jambu mawar tu kan cik su
    kalau beli kat luar tu, mahal tu

    ReplyDelete
  4. merah2 tu kena apa ciksu? Nyamuk ke ruam? Seronoknye kenduri jumpa sedara mara. Apam tu mmg menarik betul la.

    ReplyDelete
  5. best kan ciksue sesekali jumpa sedara Mara.dpt pulak makan sedap.mmg tak ingat berulang2, dapat bawak balik souvenir byk lagi memang untung..

    awat tu rania kena kiss dengan nyamuk ke?

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)