Tudung kanak-kanak

Kisah Makan di JM BARIANI HOUSE

siang tadi ke tesco ampang sebab pergi hantar barangan plastik yang dikumpul. selepas ditimbang dapat la RM0.60. jadi la kan daripada saya buang botol-botol plastik tu ke mana hala. sekurangnya dapat juga selamatkan bumi.. ece.. ce.. wah :) cuma masalahnya botol-botol kaca je. dorang tak ambil. tak tahu mana nak letaknya. 

masuk jenjalan dalam tesco, tak teringin nak beli apa-apa pon. sebab mood nak balik kampung. hewhewhew. 

sudahnya ke sini lah kami. 
sesekali pekena nasi beriani di JM BARIANI HOUSE.
 

en suami yang beria nak makan nasi berianinya. nak ke Jalan Tar macam nak tak nak je. masa berdua memang laju je ke sana. tak kisah nak bersesak dengan orang ramai.. 

memandangkan si kecik ada bersama maka kena cari tempat yang selesa untuk keselesaan bersama. mak pak yang nak makan tapi anak kena la diberi keutamaan. udah kalau anak tak selesa duduk, guano mak paknya nak makan. ye dok ? 

setakat hari ni anak bertuah kami okje. boleh layan perasan sendiri bila mak pak menjamu selera. tunggu dah besar dan boleh makan hidangan keluarga umi suapkan ye. buat masa sekarang kena teman je dulu tau :) jangan maghah noh.. hihihi

menu di JM BARIANI HOUSE memang sedap-sedap. cuma tunjuk aja nak yang mana.

hajat dihati nak makan kacang pol tapi non hado. sudahnya kena la juga makan nasi beriani.. maap ye gambar makanan non hado. terlupa la pulak. tapi nampak tak pinggan dah bersusun tu.. saya memamg, kalau lepas makan di kedai memang suka sangat susun pinggan tu sesiap.. cik abe kata boleh la tolong kerja di situ. muahahaaa.. 

saya ambil Nasi Beriani Ayam Panggang. perghhh memang menyendatkan perut. tak boleh nak habiskan nasinya. termasuk Ayam Panggangnya. saya suka nasi berianinya. ayam panggangnya biasa-biasa je tapi saya suka.. terpaksa bagi separuh dekat orang diet tu. hahaha. diet tapi sabtu atau ahad belasah makan nasi juga. sekali sekala tak apa katanya.. 

cik suami ambil Beriani Gum Kambing.. pon sedap.. 

apa yang kami dapat. ada semangkuk kuah dalca, acar buah sorang 3 biji. papadom dan lauk memasing serta sambal cili. air sirap suam je.. 

mmmmm, tak syiokkan bercerita tanpa gambar..  alahai sangat.. 

sedap ke tidak ?? 
giler ngko kata tak sedap, dah la nasi beriani, nak masak sendiri memang bercinta la kan setakat dua orang makan.. baik suruh orang masakkan. hahaha. dalam dok nak kurangkan makan di luar.. 
tapi kalau macam ni bagi saya berbaloi je.. ye la kan, dengan nak sediakan bebahannya lagi, dengan nak masaknya lagi..  memang agak renyah :) nak seribu daya, tak nak cipta seribu alasan.. hahaha tak tahu ^_*



10 Comments

  1. Ramai suka nasi beriani... tp knp Sya tak?.uhuk...terasa.lain dari manusia lain...

    ReplyDelete
  2. Ciksue..mmg tanpa gambar tak berapa sedap bercerita.tp dpt cerita kisah baby yg behave tu pun dah cukup buat dia senyum lebar bila dah besar.klu dia baca la umi dia punya blog nti.hehe..

    Beriani ni renyah sikit nak msk kan..makan kt kedai je senang!

    ReplyDelete
  3. Npe ek diorg xamek botol kaca. Kan boleh recycle jgk kan. Sy pun penah anto..xmo die..

    ReplyDelete
  4. beriani makan dgn ayam masak merah faverite jijah..sedappp sangat!

    ReplyDelete
  5. sokong!!! kalau setakat makan berdua nak masak renyah2 ni kita suruh orang la masakkan hahahahaha

    tapi kita ni selalu yang masak pun somi, nak tak nak dia kena ikut la jugak hihihi

    ReplyDelete
  6. Saya dulu mmg tak berapa suka nasik beriyani, tp bila anak saya suka makan nasik berempah macam tu, saya gigihkan la hati utk suka. Now dah suka.

    ReplyDelete
  7. tak brapa nk makan nasi2 glamer mcm ni hihihi suka mkn nasi putih berlauk jek ;p

    ReplyDelete
  8. nasi beriani, memang Ros suka... sejak suami dok kat Batu Pahat, kerap jugak Ros makan beriani. hihihi..

    ReplyDelete
  9. pernah makan juga kat JM Beriani ni,memang sedap lah

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)