Tudung kanak-kanak

selamat sampai kL

alhamdulillah.. selamat sampai rumah petang semalam..
sepanjang perjalanan kejap panas.. kejap hujan..

selepas R & R Tapah ternampak satu kemalangan yang melibatkan 5 buah kereta menghala ke Kuala Lumpur.. semasa kami sampai di situ kejadian baru sahaja berlaku. rasanya ! sebab belom ada polis yang tiba.. dua buah kereta terbalik disebalik pembahagi jalan. manakala kereta wira berpusing menghala ke arah berlawanan. salah seorang driver berusaha keluar sambil dibantu orang orang ramai singgah memberi bantuan.
seriau je nengok.. treller pulak bergerak perlahan di lorong tengah sebab kemalangan berlaku dilorong kiri.. 

masuk kl sebelum habis waktu kerja 
maka selamat la dari kesesakan lalu lintas.
sampai parking pun masih banyak kekosongan.. 
begini la nasib bila duduk rumah bertingket-tingket.. kalau ada parking kosong rezeki lettew. kalau tak ada pepandai la bawa kereta carik parking nun di hujung sana.. pastu exercise balik ke rumah. hahahahaha.. 

 lega !  

masuk rumah jangan lupa azankan dulu  lama tinggal..
sekali cik abe hidupkan suis esbok. sekali bunyi "pop".. alahai, meletop la pulak.. rezeki kami sebab yang kena tu extension, mungkin dah rosak. nasib esbok tak ada apa-apa. 
suis tivi, wifi dan loceng rumah pon okje. 
kalau tak mau melayang $$$$$$$..

selalunya kami tak pernah off kan suis esbok tu tapi minggu sebelum cik abe balik kampung tu ada kejadian mencuri kabel apa ntah. banyak dah jiran-jiran atas kami yang mengalami kerosakan tivi, laptop dan esbok.huhuhu. 

geram la dengan sikap manusia yang ntah hape-hape ni..
bila buat sesuatu kerja jenis tak memikir.. 
pikir nak untung dia aje. susah orang lain tak dipikir.. 

haiiisssshhhh ! kalau dapat memang teruk la dikerjakan.. 
katanya orang dalam juga.. sebab nak masuk ke sini ada guard di pintu masuk. hanya yang  ada kad sahaja dibenarkan masuk tapi bagi yang tak ada kad kena melapor dulu.. 

hanya Allah yang tahu kan  :-)





15 Comments

  1. byk nyer kereta yg terlibat kemalangan...

    Alhmdlh da slmt sampai umah yer...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah selamat sampai :D

    ReplyDelete
  3. duduk kat kl cam gini la.... bahaya di mana2. kena sll watch-out

    ReplyDelete
  4. apesal extension jd cmtu??? bnyk sgt ke yg tpasang??

    ReplyDelete
  5. biasanya macam tu, orang dalam or security sendiri :p

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...dah selamat sampai.

    TAk takut pencuri ni erk. Kabel pon boleh. Sanggup membahayakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. Kalo naik bas, nampak lagi jelas la permandangan eksiden tu kan sebab bas tinggi. Harap2 takde yg cedera teruk2.

    Bahaya la kalo rumah dah jadi target pencuri. Derang ni biasanya dah tak fikir apa2 dah. Asalkan dpt mencuri.Take care ye ciksu.

    ReplyDelete
  8. aduhai, kes kecurian kabel ni.. emm tak tau nak cakap ape, bila ciksu kata kemungkinan orang dalam. yelah, nak masuk tu ada kawalan kan, takkan orang luar terlpas..

    ReplyDelete
  9. Kesian anak anak akk. Cuti sklh ni x pi mana pun. Sbb maknya dah x de cuti

    ReplyDelete
  10. Semalam pun dua kemalangan akak jumpa Ciksu. Satu tu di MRR2 berhampiran jalan masuk ke Aeon AU2. Berderet-deret kereta bercium satu sama lain. Tengok driver banyak perempuan daripada lelaki. Mesti baru kena sebab polis pun takda. On the way nak balik rumah, nampak sebuah jip berpusing maybe dek kerana tayar pecah kot. Seriau tengoknya!

    Nasib baik segala peralatan elektrik tak apa-apa. Kalau tidak, memang RM melayanglah Ciksu, apalagi...

    ReplyDelete
  11. org dlm tu yg payah nye harap kn pgar pgar mkn padi alahaiiiii manusia mcm ni pon ade...

    ReplyDelete
  12. Tah org2 ni.. walau ada security pon berani buat hal

    ReplyDelete
  13. Sama la mcm rumah MIL Sya.. selalu Sgt kabel kena curi.. sakit betul hati

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)