Tudung kanak-kanak

Aeon Taiping

sesaje pergi riki tempat.

 menarik ! tertarik ! 

lepas ni kalau balik kuala, boleh la lepak sini sesambil layan si kecik main kat kidzonia.. nampak besar dan luas. macam selesa je. kalau dah cuba masuk baru boleh cakap selesa. boleh gituu :) 

kalau area dekat rumah pasti kidzonia jusco au2 bakal menjadi pilihan. sebab dekat je. mihmih. pon nampak macam best jugak..

Fee entrance RM15 per entry untuk hari minggu manakala untuk hari biasa RM10..

dah ada anak kena carik tempat yang bersesuaian untuk si kecik belajar meneroka selain dari rumah.

hajat dihati nak bawa anak pergi spa baby yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni.. bila diajak cik abe pandang semacam je. 
mmmmm..

ini nak citer pasai Aeon Taiping ke pasal Kidzonia ni ?? 
hahahha.. tak pasal-pasal dah terkeluar tajuk ye.. 
oke la, palinggggggg suka surau. besar dan selesa. memang luas. boleh muat sampai tiga saf. tempat ambil wudhuk pon selesa. memang ketara la bezanya dengan JJ sedia ada setakat yang saya dah pernah guna sebelum-sebelum ni.

lagi satu tempat duduk. makk aii banyak giler. merata-rata tempat ada je tempat duduk. tempat duduk pon cantik-cantik je. maklum le baru aje bukanya pon.. hatta kalau tengah penat belek baju anak, korang boleh duduk-duduk dulu sambil bf baby. if ada nursing cover la. kalau tak ada pasti korang segan silu pulak nanti kan >_<

selain itu, ada Daiso, Mr DiY dan banyak lagi la. tak ingat nak sebut sebenarnya. hikhik 

selesai tawaf JJ balik pekena nasi ayam dengan yong tau foo bersebelahan balai bomba taiping. makan sampai kenyang. padahal tak kenyang pon. hukhuk. kena main pas-pas anak dengan cik abe. 

"tak pe la nak, umi sanggup berkorban makan keranamu.."

satu petang di tahun baru, 2015 :)
semoga tahun ini bakal memberi seribu sinar lagi. aamiin 


16 Comments

  1. Ciksu, apa khabar?.. owh balik Perak yer..

    ReplyDelete
  2. biasa la tu ciksu..ada anak makan gilir2 dah..pun makan xsekenyang dulu..hehee

    jijah tukar url lama.. t update baru yer..
    http://nurazizahyahaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Macam tulah bila ada anak kecil..mesti dia kacau, nak jugak sebenarnye..hehe

    ReplyDelete
  4. dah maju taiping ;p happy new year moga thn ni betambah2 rezeki ye...

    ReplyDelete
  5. SELAMAT TAHUN BARU DAN SALAM MALIDUR RASUL :D

    ReplyDelete
  6. begitulah bila dah berAnak ni kan kak... main passing passing.. hihi

    ReplyDelete
  7. Paling selesa kalau ada surau kat mall kan Sue? Selesa nak berjalan-jalan. Sampai waktu solat boleh terus solat :)

    ReplyDelete
  8. Mcm tu la waktu makan bila dgn anak.. Mula mummy makan, lepas tu baru abah makan..

    ReplyDelete
  9. time kami pg taiping ari tu..blom buka lg...nanti nk pg juga jusco taiping ni
    saya pun suka mkn yong tau fu kat balai bomba tu..tp sejak ada ank2 dh jarang dpt pegi sbb ank2 jenis tido mlm awal...

    ReplyDelete
  10. seronok layan ank.. hilang erti pnt...

    ReplyDelete
  11. inshaAllah..moga tahun baru ni rezeki ciksu sekeluarga akan bertambah dan moga ciksu juga berbahagia sentiasa disamping baby dan suami

    ReplyDelete
  12. dia dah besar sikit lagi nanti
    lagi sonok melayan =)

    ReplyDelete
  13. selalunya saya bagi suami makan dlu, kalau anak mcm takmo diam. sebab nanti kalau kita nak makan boleh berlama2 ekekekeekeke

    ReplyDelete
  14. Bila dah ada anak ni makan memang kena bergilir² ☺

    ReplyDelete
  15. Surau kat Jusco not bad sebenarnya. Akak pernah pergi satu shopping mall ni terkejut tengok suraunya sikit punya luas padahal tempat ni terletak di kawasan mostly Chinese. Cuba pi IOI CityMall Putrajaya. Lagi haru suraunya kecil sungguh, kena ikut turn nak solat!

    Ciksu, bab pass-pass anak masa makan ni, lama baru boleh lega. Memang tak kenyanglah kita ni mak-mak. Nanti kalau dah besar sikit, lagilah tercekik-cekik aje masa makan dok tengok keletah anak yang tak reti diam. Tapi takpa, demi anak, makan tercekik selalu pun redha aje :)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)