Tudung kanak-kanak

Percubaan Pertama Permata Hati Naik Bas

Image result for 4 months


Ya Allah. sungguh tak sangka permata hati kami sangat2 la behave sepanjang perjalanan balik kampung dan balik semula ke KL tempoh hari. syukur sangat2 :) 

masa balik kampung kami bertolak siang. memang bagi permata hati susu secukupnya. memang lena je sepanjang masa. bila jaga mood pon oke. bila tukar tangan dengan ayah dia, kemahen lagi dok main ba ba cak dengan orang belakang. senyum suka je. 

masa siang tu bas singgah rehat setengah jam di RTC, Perak. sempat la buat apa yang patut. cuma bab makan je, kami terpaksa makan dalam bas. bergilir2. 

balik utara kawasan tinggi atau berbukit hanya di terowong menora saja rasanya. time tu elok je permata hati lena kot rasanya. lupa dah. sebab saya pon terlelap. hahahha. 

cuma masa lepas tol juru je, permata hati dah mula "erk.. erk.." sebab jem. time orang balik kerja masa tu. so, bas bergerak agak perlahan. ditambah pulak hujan. maybe permata hati dah mula rimas dan bosan.. tapi bila lepas je tol sungai dua, alhamdulillah, sambung nyot2 kendian lena semula. 

kiranya percubaan di siang hari berjaya ^-^

untuk perjalanan balik ke KL, tiket malam
dari mula naik bas, sampai la bas berhenti rehat di Simpang Pulai semuanya oke
 dapat je upah terus lena sepanjang jalan.. legaaaaaa :p

sampai di Simpang Pulai dalam jam.2:30 pagi gituuuu
 dalam jam 2:45 dia mula rimas, terus menangis.. dalam 5 minit jugak.. 
dah la suasana senyap sepi bila menangis nyaring je bunyinya.. huhu. 
si ayah dah cuak giler. umi dia relax je lagi.. dok tenteramkan si anak..

yang saya ni hangin sebab bas berhenti terlalu lama. rehat 45 minit. aduhai!!! 
jarang kot memalam rehat kemahen lama kan.. 
habis kuat pon singgah bagi yang nak buang air je pastu terus sambung jalan..
dah la masa nak berhenti rehat tu apa pon tak bagitau.. 
sudahnya 3:15 pagi baru bas bergerak. 

lepas aje senyap,
 bagi bf terus lena sampai la bas berhenti di Hentian Duta jam 5:45 pagi
masa turun dari bas pon tak jaga
 masa berjalan ke kereta pon tak jaga juga
sampai la masuk dalam rumah pon tak jaga juga..
 memang lena sangat.. 

pagi tu ada call mak juga bagitau, mak kata mungkin masa nyusu dia tak kenyang sangat. itu yang dia menangis.. nak kata sejuk saya memang selimut dari kepala hingga ke kaki.. 

cuma yang saya perasan saya dok ubah posisi tidurnya. itu yang marah kot.. 
kawan tengah dok lena elok tetiba pi dok kacau.. memang kena la kan.. 

walauapapon permata hati berjaya juga di bawa naik bas.
alhamdulillah.. 
lepas ni boleh try public transport yang lain pulak.. 
pelan2 cuba sesuaikan dengan diri anak..
in shaa Allah :) 



18 Comments

  1. Wah.. bagus baby.. good girl.. bolehla jalan2 lagi lepas ni.. lega macam ni kan. Bimbang baby tak selesa satu, bimbang juga kot menganggu orang lain.. dah gitu, bolehla balik kg selalu ni..

    ReplyDelete
  2. HIhi.....bsgusnya dia.....sorry yer caps lock....tatau la com ni...hihi

    ReplyDelete
  3. Owh.. Dia diusik waktu tidur.. Tu dia marah..

    ReplyDelete
  4. Klau sy naik kete pn nk give up, ni kn pula public trnsprt.. Mmng x brni. Mngkin bby pn kcik lg kn.. Bru 2bln lebih.

    ReplyDelete
  5. Untung Ciksu anak tak banyak ragam dibawa naik bas. Ingat cerita kakak saya, anak lelakinya dulu masa bayi kalau naik bas memang melalak. Sakit jiwa katanya tak tenteram orang keliling. Itu bukan sebab naik bas sahaja tetapi memang spesies kuat melalak ^_^

    ReplyDelete
  6. hehhe pasni bleh naik kapal tebang ;p

    ReplyDelete
  7. biasanya masa kecik sikit sng sikit nak bawa jalan.. cuba baya hakimi ni aduhh pening pale makkk

    ReplyDelete
  8. bagus baby behave je..kira pengalaman pertama bawak permata hati naik bas semuanya dipermudahkanlah ye

    ReplyDelete
  9. Mmg mencabar tu cik Sue kalau bawak baby naik bas....nasiblah baik baby tu tak meragam

    ReplyDelete
  10. Xbanyak ragam anak ciksu..bagus dia..

    ReplyDelete
  11. tabik kat ciksu,..akak ni sampai anak yang sulung dah pandai ajak naik bas nak balik kg pon belom dapat kekuatan lagi..lagi lah bila dah 3orang skrg ni

    ReplyDelete
  12. pernah juga bawa anak sndiri balik naik bas... masa tu blum boleh jalan,,, mmg baik je .. xde ragam,, skrg ni mmg x sggup ke mana sendiri tanpa suami... hehe

    ReplyDelete
  13. Mmg biasanya naik bas malam tak berenti lama. Kalo ke Ktn, langsung tak berhenti kecuali bila ada request utk ke toilet. Saya rasa driver bas ciksu tu mungkin terlalu mengantuk dan tidur kot. Lebih baik dia tidur, drpd dia bawak bas dlm keadaan ngantuk. nnti bahaya.

    Tapi Rania baik la. Behave.

    ReplyDelete
  14. Lamanya bas tu rehat. Baby boring kot lama sangat bas benti...hehehe...

    Dah lama tak naik bas.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..bagus sgt..
    dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  16. Lama pula bas berhenti malam malam ek..pengalaman ros naik bas, siang je bosan bas berhenti lama..hihu

    ReplyDelete
  17. kecik2 dah naik bas ye..anak2 acik ni tak pernah naik bas jauh2 macam tu lg..bagus la behave je dalam bas senang macam tu

    ReplyDelete
  18. biasa kecil ni sedang sikit dak
    kang dia beso sikit yang susah nak berjalan
    masa tu dah rajin explore =)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)