Tudung kanak-kanak

Jalan-jalan Makan Kenduri

destinasi pertama pada 7/12/2014

kemahen unik kad jemputan kawin sekarang ni kan.. 
macam2 design dok ada. pilih aje yang mana berkenan dihati 

rumah sedara mara sebelah mak. dah kira cucu menakan kot kalau tak salah saya. 
meriah sangat. maklum le kenduri penghabisan. anak bongsu. tumbang sekor lembu. boleh tahan besarnya. masak secara gotong royong. 
ada lauk kegemaran saya.
gulai batang pisang. sedapppp weii !! 
lama dah tak makan.
cicah dengan sambal belacan je pong. ulam tak ambik. ada timun, kacang sireh, petai, kacang panjang
ikan pekasam dengan ikan masin pon ada
terbaek la makan kenduri masakan kampung
puas hati.

ada ABC juga
just tolong ambil untuk mak

haaa. jangan tak tau pelam asam boi pon ada jugak.
tak ketinggalan menyelit :) 

ini paling mengancam
kambing golek
selain itu ada juga teh tarik, roti john & cendol
memang kenyang orang kampung
alhamdulillah. rezeki kan.

pengantin tak sempat jumpa sebab nak balik dah 
nak pi lagi satu kenduri.
rumah my bff pulak
member dok tunggu nak nengok permata hati
so, kena la angkat kaki 

ole2 yang disediakan
ada bahulu, agar2, gula2
yang lain dah selamat dihadam.kikikiki


destinasi seterusnya, 

my bff yang akad nikah di Masjid Wilayah hari tu

menu di sini ada ayam goreng berempah, gulai lemak pucuk manis & keledek, ikan masin, ulam cabai, gulai ikan talang nenas & sambal telur
ada air tebu juga

ole2 untuk tetamu
macam2 ada. itu pon dah selamat. hahaha.
tinggal gelas ni je tak boleh ngap. 


di sini paling lama juga lepak sebab jumpa ramai kenalan masa sekolah. seronok sangat. rabung je nyembang. tetiba baru teringat nak balik. apa daaa.. 
itupon sebab cuaca panas sangat. langit pon gelap semacam je. gaya2 macam hujan nak turun. maka berangkat la kami balik ke sarang.. 

ppsstt: kebetulan la pulak, nama pengantin lelaki sama, BADRUL :)



11 Comments

  1. lawa betul kadnya :) sedapnyaa pelam asam boi. baru ni buat dekat rumah dah habess

    ReplyDelete
  2. gulai batang pisangggg!!!! owh lamaaaa nye tak makan

    ReplyDelete
  3. wah..banyak benda menarik.. lauk kendurinya mengancam, ditambah dengan pauh asam boi lagi, terbaikla...
    hadiah door gift pun best gak...kad perakuan nikah tu pun lawanya... baru tgk kali pertama kad macam tu

    ReplyDelete
  4. Kad kahwin sekarang memang macam-macam style. Unik je. Alahai, Ciksu mentioned ikan pekasam tetiba teringat. Baru nak kata napa tak beritahu balik Kedah, boleh kirim! Hahaha...

    Actually ada sebekas lagi ikan pekasam dalam fridge saya. Kalau tak kerana entri ni, saya lupa dah pasal ikan pekasam tu!

    ReplyDelete
  5. pegi umah kawin kawan2 la best dapat jumpa kawan2 lama.. time ni mcm2 citer..

    ReplyDelete
  6. mmg kad kawen skang unik n kreatif..tinggal pilih n sediakan duit je..

    sesekali jumpa kawan lama mmg tak ingat nk balik.hehe

    ReplyDelete
  7. Yelah....dasat kad jemputan sekarang yek....pilot ke hape tu hihi....
    Nampak mmg meriahlah Cik sue....mcm mcm ada haaa.. ..mmg kenyang org kg tu!

    ReplyDelete
  8. Macam macam menu tambhan sekarang ni kat kenduri kan

    ReplyDelete
  9. haih la..menu2 yg ciksu sebut tu semuanya sedap2 buat akak rasa lapar pulak ni hehehe

    ReplyDelete
  10. gulai batang pisnag tu yang mahal tu!
    lama dah tak makan, lapo jadinya =)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)