Tudung kanak-kanak

Nasi Ayam Penyet

Dah lama masak Nasi Ayam Penyet ni.. bagitahu sesiap kang ada pulak yang terkezut nengok.. sebab ada timun, kacang panjang & kubis.. semua ulam ulaman tu tak boleh lagi dimakan oleh wanita lepas pantang kerana bersifat sejuk & berangin..


sebenarnya kan Nasi Ayam Penyet adalah salah satu makanan yang saya teringin nak makan sepanjang ngandung hari tu.. dapat buat sendiri je. nak pergi Seri Alam macam jauh sangat.. takkan ke sana semata-mata nak makan Nasi Ayam Penyet ni je kan.. sungguh tak berbaloi.. serius nak habaq ni..!! saya mula kenal Nasi Ayam Penyet masa menetap di Masai, JB dulu.. sokmo makan di Restoran KampungKu dalam Tesco Bandar Sri Alam.. 

kesahnya sepanjang waktu lunch time kerja atau hari cuti memang suka ke situ semata mata nak makan Nasi Ayam Penyet.. iteew yang dok teringat-ingat je masa ngandung hari tu.. makanya merajinkan diri buat sendiri je.. senang :) 


Ayam Penyet
Bahannya:
daging ayam bahagian keel & wing

Bahan untuk dikisar:
bawang putih, jintan putih, jintan manis, ketumbar
serai, lengkuas, halia, kunyit hidup

Bahan lain:
Garam sesedap rasa
1 Kiub pati ayam Knorr
tepung beras + air
Minyak 

Caranya :
 Ayam penyet direbus dengan kiub pati ayam. Biar ayam separuh masak sebab nanti nak goreng pulak kan.

Bahan2 kisar dikisar untuk dijadikan rempah perapan ayam.
Ayam masak, angkat, sejat/ toskan & perap dalam bahan yang dikisar tadi. berapa lama nak perap terpulang. lagi lama perap lagi sedap. 

Tepung beras dibancuh dengan air. Bila dah siap, celup ayam ke dalam bancuhan tepung beras & goreng garing. 


Sambal Ulek:
Bahannya:
1 genggam cili padi *
belacan *
7 biji bawang merah - hiris kasar *
2 biji tomato -hiris kasar *
minyak *
garam & gula

Caranya:
goreng kesemua bahan bertanda *
kendian tumbuk dalam lesung batu
perasakan dengan garam & gula

Bahan lain:
Tempe & tauhu goreng -boleh celup dalam bancuhan tepung beras tu jugak kalau nak
Ulam ulaman seperti kacang panjnag, timun, kubis, terung bulat
Kuah Sup boleh alter kuah yang reneh ayam tadi pepandai la erk :)

21 Comments

  1. ayam penyet ni kena sambalnya pedas bru malatops!

    ReplyDelete
  2. Bila rajin nanti boleh buat ni....bunda ni tak makan cili api sangat..kurang makan pedas...yelah perut dah tua kan...

    Kalau makan kat kedai tu sure sambal ni pedas kan...kalu buat sendiri boleh lah alter kepedasannya..

    Salam petang...

    ReplyDelete
  3. ciksu ni kan bab2 masak semua senang bagi dia.. bagus bagus.. kalau cikna.. hihi..

    ReplyDelete
  4. owh tak boleh makan eh semua tu... saya ni nama jer mak orang, tp apa pun tak tau.

    ReplyDelete
  5. ermmm sedap nyer ayam penyet tuu!!!
    cara wat pun mcm senang je...lbh kurang mcm wat nasi ayam je...
    hihih blh la cube nnt =)

    salam pagi n salam singgah =)

    ReplyDelete
  6. Alamak! ayam penyet.. pebret zaza jgak ni..

    ReplyDelete
  7. Xpnh lg merasa ayam penyet ni cmne.. Kna cri ni..

    ReplyDelete
  8. Itu dia, Ciksu dah kembali dengan resepi. Untung jadi orang cam Ciksu ni. Asal teringin nak makan, boleh buat sendiri. Bukan macam saya, asal teringin je jenuh membeli. Nak suruh buat sendiri alahai banyaknya alasan nak bagi!

    ReplyDelete
  9. inilah makanan jijah hari2 kebetulan ada staf jual..heee mmg sedaP!

    ReplyDelete
  10. kitorg pun suka nasi ayam penyet kat kampungku tesco seri alam tu..tapi sekarang mcam dah tak macam dulu je,,

    ReplyDelete
  11. boleh jer nak makan tapi sikit jer..hihi terbaek ayam penyet homemade

    ReplyDelete
  12. teringat lak nasi ayam penyet wong solo seksyen 7 shah alam..sedapp

    ReplyDelete
  13. blh cuba buat jugak..pernah mkn sekali je ayam penyet... tp rsa mcm lekat kat tekak.. sbb x berkuah kan..

    ReplyDelete
  14. salah satu pebret saya ni tapi yang sedap dekat wang solo sini je malanya kedai pun dah tutup. sedihhh je

    ReplyDelete
  15. Sedapnya. Rajin sue buat. Akk order kat kedai jer.

    ReplyDelete
  16. marvellous..ni favret IbuNoey ni..haha...nanti nak jalan-jalan p umah Cik Sue la..boleh makan nasi ayam penyet..

    ReplyDelete
  17. sya xberapa suka aym penyet tapi kalau makan masakan indon, memang suka..sambal dia fuh...meletops..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)